Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu!

Tempat makan best kat Johor Bahru: 12 Tempat Makan Yang Perlu Anda Tahu Tempat makan best di Johor Bahru

Memang tak sah kalau makan angin atau jalan-jalan cuti-cuti tak disertakan dengan tempat makan best.  Nak-nak jika anda bercuti di Legoland Nusajaya pada siang harinya, di malamnya pula anda ingin bawa keluarga jalan-jalan cari makan kan? Ok di sini kami akan senaraikan tempat makan best yang terdapat di JB ya:

-Restoran Damai Seafood di Kampung Danga (bersebelahan Taman Perling 8km dari Tmn Bukit Indah (Dillenia Homestay) ), sebelah Lebuhraya Pesisir Pantai -diusahakan oleh Penghulu Danga ((8km dari   Pusat Bandar  Taman Bukit Indah))

-Restoran Din BBQ, aneka makanan laut yang di grill dan BBQ, di samping menu-menu lain spt mee dan nasi di Taman Nusa Bestari/Taman Bukit Indah Lokasinya di area Kedai/Pejabat Belakang Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay)

-Restoran Ayam Penyet House-depan dengan Restoran Din BBQ, Tmn Nusa Bestari, Giant depan Tesco bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay)

-Malay Village Restaurant di Taman Nusa Bestari, menghala ke Sutera Mall, restoran dua tingkat berhawa dingin, dengan Interior ala cafe, cantik dan very comfortable dining experience (10 min pandu dari Dillenia Homestay, Pusat Bandar Taman Bukit Indah) —kini telah ditutup dan operasinya berpindah ke lokasi di bawah

-Malay Village Restaurant – Jalan Kolam Air, berhampiran English College JB dan juga Masjid Kolam Air, bawah Taman Nong Chik, Johor Bahru. 500m jauhnya dari Medan Selera Tepian Tebrau.

Wadihana Islamic Steak House (W.I.S.H) di Bandar Baru Uda, bersebelahan Plaza Angsana , deretan kedai di belakang gedung kain Jakel  (bangunan kedai-kedai pejabat baru juga berdepankan lebuhraya Skudai hala ke bandar JB) – Aneka steak dan Western menu, specially on Western Steak house!! So, bagi korang yang nak cari kedai makan western di JB marilah ke sini( boleh meleleh air liur dibuatnya ahakks..  :)

-Kangkong Steambot, di Taman Nusa Bestari (belakang Restoran Habib  mamak)-diusahakan oleh Cina Muslim (5 min pandu dari Dillenia Homestay, Pusat Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran Habib (India Muslim) , Taman Nusa Bestari, berdepan jer dengan Tesco Bandar Taman Bukit Indah (5 min pandu dari Dillenia Homestay , Pusat Bandar Taman Bukit Indah)

-Restoran Nasi Padang Kintamanis Jalan Indah 15/3, Taman Bukit Indah – Kompleks Kedai/Pejabat di sekitar Jaya Jusco Aeon Taman Bukit Indah (belakang Public bank dan sebelahan denga Mc Donald Pusat Bandar Tmn Bukit Indah ) -harga boleh tahan (Ditutup untuk Renovasi atau...)

Restoran Dapur Indah, Jalan Indah 15/3, Taman Bukit Indah – juga terletak bersebelahan kompleks Kedai/Pejabat di sekitar Jaya Jusco Aeon Bandar Bukit Indah (belakang Public Bank dan sederet dengan Mc Donald Pusat Bandar Tmn Bukit Indah )

Restoran Osman, Bandar Taman Bukit Indah (India Muslim) – berhampiran Tangki Air Bukit Indah, menghala ke exit Legoland-Kota Iskandar, Lebuhraya Pesisir Pantai – 500m dari simpang 4  lampu isyarat depan Jusco Aeon Bandar Bukit Indah

Restoran Hamid, Bandar Taman Bukit Indah (India Muslim) – berhadapan simpang 4  lampu isyarat ke Hospital Asia Columbia, Bandar Taman Bukit Indah

Restoran Tomyam Nabiha dan Zainab Indah ( berdepan seberang Jalan dari Restoran Habib , Pusat Bandar Taman Bukit Indah)

-Medan Selera Tepian Tebrau di Jalan Tengku Puteri atau nama lama jalan ni Jalan Straits View. Terdapat lebih 40 gerai-gerai di dalam medan selera ini. Terletak 300m dari Dataran Bandaraya Johor Bahru yg juga bersebelahan dengan Hospital Sultanah Aminah.

-Medan Selera Stulang Laut di Jalan Stulang Laut (bersebelahan jer dengan Shopping COmplex Zon Bebas Cukai)

-Medan Selera Jalan Sg Chat berdekatan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru (Murtabak Singapura RM8.00 sekeping tapi tebal dan banyak daging, memang sedap dan berbaloi dengan harganya)

Senibong Sea Food – lokasinya sebenar jauh sedikit dari pusat bandar JB dan perlu melalui Lebuhraya EDL 6 lorong (Lebuhraya bertingkat spt MRR2 ) dan masuk melalui exit Permas/Permas Jaya. Seterusnya pandu hingga sampai ke Persimpangan Traffic Light di hadapan Jaya Jusco Permas , di sini ambil belokan ke kanan.Di sini terdapat 3-4 buah restoran makanan laut di atas pinggir laut antaranya ialah Restoran 6 Corner, Gerai Permata Senibong dan lain-lain lagi. Pemandangan cantik, terutama di waktu malam , sambil makan dapat menikmati lampu-lampu malam nun jauh di seberang laut , Pulau Singapura dan Sembawang.

Gerai Glamour Sea Food di Permas Jaya (Flat Perumahan selepas Jambatan Permas, Johor Bahru) – apa yang aku boleh katakan ialah – Harganya memang Fuyooh-terbaikkk, masakannya pun sedapppp!! :)

-Food Court di Plaza Sentral, Larkin bersebelahan dengan Terminal Bas Larkin

-Kapten Steamboat di Jalan Tun Abdul Razak (Susur 6) berhampiran Jabatan Pelajaran Johor. Ada yang tulis sebagai Captain Steambot atau capten stimbot atau kapten stimbot atau kaptain stimbot tapi yang pentingnya ia merujuk pada tempat yang satu kat Johor Bahru ni.

-Restoran Singgah Selalu di Jalan Kolam Air (berdepan dengan Danga Bay tetapi di seberang jalan-juga berhampiran jalan masuk ke Istana Bukit Serene, agak ‘happening’ dibuka 24jam, sesuai untuk lepak-lepak , juga terdapat ‘shisha’ di sini)

-Restoran Dayang di Jalan Kolam Air, iaitu juga di dalam kawasan Rekreasi Taman Tasik Merdeka (berdekatan RTM Johor Bahru) Agak santai makan-makan di sini sambil melihat-lihat para pengunjung Tasik Merdeka berjoging di sini..Ahaks.. :)

-Food Court The Galleria, di Plaza Kotaraya, Johor Bahru. berdepan dengan Kuil Hindu bandaraya Johor Bahru

-Medan Selera Lotun Van di Dataran Bandaraya (Van-van lotun yang menyediakan meja dan kerusi unutk pelanggan di kawasan tempat letak kereta)

-Medan Selera Plaza Angsana, Tampoi, Johor Bahru (Aras Ground)

-Medan Selera Arena, Jaya Jusco,di pusat Bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru.

-Medan Selera Tesco, di pusat  Bandar Taman Bukit Indah

-Restoran Najwa Wangsa, Bandar Taman Bukit Indah, Johor Bahru (Di Jalan Indah 5/3, sebelah Petronas Jalan Indah 5/3) -masakan Tomyam Thai spt Nasi Padprik  dll

-Restoran Seafood di muara Sungai Pendas : Restoran Tanjung Nelayan dan Restoran Terapung Pendas yang terletak di muara Sungai Pendas (di Kg Pendas). Pemandangan di sini juga menarik kerana berada di muara Sg Pendas, berserta latar belakang pokok-pokok bakau. Juga muara ni berhadapan dengan Selat Johor yang di seberangnya ialah negara Singapura. Jarak ialah 25km daripada Legoland Nusajaya. (28.5km dari Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran LC Catering - menyediakan resipi ayam penyet dan lain-lain menu tempatan, betul-betul tepi Lebuhraya Tebrau menuju ke Johor Jaya. (12km dari Bandar Taman Bukit Indah)

Restoran Seri Bayu Perdana , Jalan Susur Larkin Perdana 2 , Larkin, Johor Bahru. -menyediakan lebih daripada 40 jenis aneka lauk-pauk masakan Melayu . Pernah ditemuramah oleh Jalan-jalan Cari Makan – hos Tengku Maria  dalam slot mereka dan juga dikunjungi artis-artis terkenal tanah air termasukalah Amy Search, Siti Nur Haliza, Alleycats, Jalil Hamid, dan lain-lain artis . Masakannya memang sedap dan kelas gituuu…

Tempat makan Legoland Malaysia-Homestay Legoland MalaysiaRestoran Dapur Indah di Taman Bukit Indah berdekatan Dillenia Homestay

Tempat makan best di Johor Bahru Tempat makan best di Johor Bahru Tempat makan best di Johor Bahru

Tempat makan di Johor BahruAntara deretan Kedai makan di sepanjang Jalan Stulang Laut

Tempat makan di Johor Bahru

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Medan Selera Stulang Laut bersebelahan Kompleks Zon Bebas Cukai

tempat-makan-legoland

Restoran Din BBQ, Taman Nusa Bestari, Depan Tesco
Bandar Taman Bukit Indahtempat-makan-legoland

Restoran Ayam Penyet House, Taman Nusa Bestari, Depan Tesco
Bandar Taman Bukit Indah

tempat-makan-legoland

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayantempat-makan-legoland

Restoran Seafood di muara Sg Pendas :Tanjung Nelayan tempat-makan-legolandRestoran Seafood di muara Sg Pendas :Restoran Terapung Pendas

Foto bawah :Wadihana Islamic Steak House , Rib Steak Yg Lembut, Tender and Juicy..

Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

Gambar Bawah : Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

Wadihana Islamic Steak House Johor Bahru

About these ads

117 thoughts on “Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu!

    • Kat mana tempatnya,?kalau ada nama jalan lagi bagus boleh saya masukkan dalam post kat sini supaya semua pembaca blog ni tau ya Cik Shima

    • cuba di Arash station café – bandar baru kangkar pulai, tulang merah nya berbagai mengikut selera pelanggan – ada gear box kambing, chuck bone, ekorpun diaorang boleh kasi merah……rasa macam kt singapura la…..western pun ada gak…cubala lamb chop rasa daging kambing memang soooon………….. gila. thai food style dia orang memang ada different ngan tomyam yang sedia ada. sup tulang ekor n gearbox yang terbaik beb………………..

      • Good info, dah lama tak makan sup tulang merah macam kat Singapura tu…nak cubalah kat Arash Station Cafe, selalu lalu depan kedai tu bila nak ke Pontian…one of these day mesti ke sana juga..tunggu…

        • Senang jer nak ke Arash Station ni, dari Skudai menghala ke Pontian, anda akan lalu trafic light Tmn Pulai Utama, trafic light Taman Sri Pulai Perdana, Traffic light Taman Pulai Jaya /Taman Pulai Utama, dan kemudian traffic light Bandar Baru Kangkar Pulai, kat traffic light tu ada kedai-kedai sebelah kanan jalan, kalau stop kat situ dah boleh nampak Arash..

  1. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru – Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Salam Tuan/Puan

    Mee Bandung Kuah Kacang ‘Odeon’ Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

    Kini di Taman Universiti, Skudai

    Stall Elias @ Restoran Lubuk Selera
    105 Jln Pulai 7
    (Sebelah Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Taman Universiti, Skudai)

    Biasa RM5 makan/bungkus
    Special RM6 makan/bungkus – Letak Sotong Kembang

    Pilihan citarasa – Ori atau Pedas

    Waktu operasi – Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

    Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

    P/s- Kalau nak datang dari luar Taman U, harap call/sms dulu coz takut saya cuti kecemasan atau mee bdg dah abis awal

  3. Cuba ke @booya cafe terletak di taman sri pulai perdana, jb pelbagai menu ada dari western, stimbot, masakan panas dan lain2 lg.

      • Yup danial1, untuk ke booya cafe jalan yang menghala ke pontian,slepas petronas belok ke kiri di belakang pekan francais lokasi booya cafe kedainya berwarna hijau putih, saya sertakan alamatya skali no 24, jalan pulai perdana12, skudai jb.buka pada jam 3ptg dan tutup pada setiap ahad…….cubalah, western food dier terbaik, semuanya homemade…

  4. Agak baru saya di JB nih. Tp melalui beberapa blog dan teman teman beberapa tpt mkn telah menjadi kewajipan ketika berkunjung Jb. Soto Mat Misai breakfast, asam pedas Desa Rahmat Lunch & Mee Rebus Wahid, Kacang Pool Haji or Murtabak Majidee sebagai tapau bawa balik ke N Sembilan.
    Then di Air Hitam singgah lagi tapau putu bambu dkt traffic light tu…..

  5. Pingback: Homestay di sekitar Legoland Malaysia ?Atau homestay dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • OK, bagus. Kalau korang semua ada tempat makan yg best-best boleh lag bg tau saya ya, nanti sy masukkan ke dalam blog ni.Tapi saya akan test dulu sedap atau tak ..ahakkss :)

    • klu kota tinggi..restoran anjung kota gemerlapan..jln bypass..dkt ngan sg..tp dia bkk ptg ke mlm..tmpt yg menarik..ade karok lg..

      • Selalu juga lalu depan Restoran Kota Gemerlapan kalau ke Mersing atau Desarutu, tapi tak pernah singgah, one of these day mesti akan ke sana

    • Salam selamat hari raya Aidil Adha , ada sesapa nak kongsi tempat makan sekitar Mutiara Hotel JB?

      Komen J2c2: dalam 500m menghala ke arah Jln Tebrau ada Restoran LC catering-nasi ayam penyet dan juga ada menu Western. Juga blh cari dalam Search wordpress blog J2c2 ni ye, juga berdekatan LC Restoran , iaitu depan Kompleks Sentosa ada Medan Makan Tmn Sentosa(buka malam)

  6. Salam semua. Saya boss Ayam penyet house. Saya ade tukang masak dari perak. Berpuluh tahun pengalaman. Menu seperti asam pedas claypot, tomyam. Juge ade bakar bakar. Ayam kampung bakar penyet pun ade. Dah banyak perubahan sejak saya ambil alih pada mei 2013

    • Assalamualikum En Zan,

      Kami bercadang untuk buat review berkaitan makanan dan menu yang dihidangkan di restoran Ayam Penyet House tuan, adakah En Zan menerima para blogger untuk mencuba menu2 dan memaparkan nya di laman atau FB kami? Jika setuju kami akan merancang masa unutk membawa Krew Jalan2cuti2 ke restoran tuan di Nusa Bestari ya?

  7. Sup tulang merah di Arash Station Café, Tomyam di sini pun kick jugak, mee goring mamak memang real, banyak lagi sup ala melayu yang pekat terasa beb………………cuba lah rasa selera aku memang kena

  8. Try restoran ayam penyet di Setia Tropika , Johor Bahru…sedap dan konsepnya agak menarik. Nama kedai Penyet World Express. Cheers

  9. Try test tengok Restoran Ayam Penyet di Setia Tropika Johor Bahru . Rasanya sedap and konsepnya agak menarik..something different! Nama Restoran Penyet World Express

  10. Malay Village kat Nuasa Bestari bukan dah tutup ke??? Sebab hari tu lalu… Mcm dah tak meniaga… Tapi tak pasti kalau hari saya lalu tu mmg tutup 1 hari…

  11. Pingback: Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Saya suka nasi baryani..boleh berikan alamat restoran tradisional kempas tu..masa perniagaannya atau tanda lokasinya untuk mudah saya dan sahabat lain mencarinya..terima kasih.

  12. Alang2 dah di Johor, seberang je ke Singapura. Rojak India, mee goreng, tulang merah apa 2 lah, semua tak boleh angkat..

    • Ok, terima kasih pembaca blog Soerati, Restoran Bayu Perdana ni buat pengetahuan korang semua, terletak di Larkin Perdana, cuma 1km jer dari Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunus) .Stadium kontroversi perlawanan bola antara JDT dengan T-Team hari tu..huuhuu. Bagi korang yang datang dari luar Johor nak tengok bola apa kata korang datang ke Seri Bayu Perdana jalan-jalan cari makan. Tengahari punya menu tak kurang dari 30 jenis lauk-pauk ada kat sini!! :)

      Rating Tempat Makan J2C2 : Best !

  13. tanpa nama : nasi beryani hyderabad kat kempas tu…dkt dlm dewan TNB kempas.. klu nk pergi..lokasinya mesti jumpa sek agama kempas…bdepan dgn sek agama kempas tu…kira2 dlm 200m akn nmpk dewan tnb…masuk jer…waktunya x silap dr pkl 10am hingga 4.00ptg shj.tq

  14. kampung melayu majidee : abc depan pejabat pos..murtabak depan masjid, nasi campur sebelah kedai taya falken
    taman molek berdekatan petronas : rojak keropok lekor
    zz : mee rebus tulang
    kantin hospital ultanah aminah : pelbagai juadah
    air kathira abu bakarrrrrrr

  15. Pisang goreng paling sedap dekat depan Chop Ah Lek, Jalan Simbang, Taman Perling. Ade satu brand kicap pedas ni memang sedap kalau makan ngan goreng pisang. Brand ENAQ.

  16. Nasi Padang yang paling best di JB ialah di INAH Nasi Padang tempatnya Pawagam Cathy Lama jalan lumba kuda JB

  17. Jgn lupa murtabak di jln sungai chat, kacang pool di medan selera larkin bomba & mee bandung muar kt kg melayu blkng pam minak petron

  18. Boleh tak admin rekomen tempat mkn yg best2 di kluang johor…psl saya nk pi explore ke sana, terima kasih!

  19. Boleh try makan nasi padang di restoran mesra nasi padang di uda business centre. Chef dari padang n gerenti best!:)

  20. 1. Bubur nasi no 1. dekat sentosa.dekat2 dengan The Store.
    2. ABC paling sedap dekat larkin bomba. dekat kg melayu pun ada.

    • Ya betul tu, memang famous depan Taman Sentosa JB, jalan uatama berdepan dengan The Store Shopping, Kg Melayu dengan Bomba pun dalam 5km jaraknya tuhh.

  21. saya nak cari restoran yang ada masakan sepat bukhari (sejenis masakan diraja sumba), semua bahan-bahannya dibakar(ikan, bawang, lada, terung,limau kemudian dimasukkan kedalam kuah khasnya..sekali rasa….sedapnay tak pernah lupa.., kat kl saya pernah jumpa…..kat johor ada tak?

  22. Nak makan nasi kerabu, nasi dagang, nasi kukus, mee celup & nasi air..singgah Restoran Nasi Kukus bbu..

  23. Kalau rasa nak makan mee rebus power gila g lah ker majidi berhampiran pam minyak petron kalau tak silap…kat situ ada sign board mee rebus muar…..semangkok rm10 tapi memang bebaloi baloi ,udang dia banak n besar2

  24. Kalau anda ingin makan satey paling sedap n besar datang lah ker pasir gudang berhadapan restoren rezz ….makcik n pakcik tu sampai tak cukup tangan betapa banyak org oder setiap malam…….secucuk 0.70 memang sedap….cuba lah

  25. kat restoran dapur indah ade pelbagai sarapan mkn tgh hr dn mkn ptg@mlm..soto merebus lontong pelbagai jenis mee goreng,,lbh dr 25 jenis lauk dan masakan panas..tk lp jg mee celup..

    • Cuba lah bgtau yg mana x de kt sini, blh kami masukkan ke dalam senarai sini

      2014-05-20 14:44 GMT+08:00 Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti :

      >

  26. cuba lah sarapan di area larkin, blkg dewan raya larkin(seberang perpustakaan larkin). restoran tu bersebelahan dengan tadika caliph. Macam2 ada sarapan disitu.. cuba lah sarapan juga nasi rawan di jalan tapah, kedai dia betul2 kat corner jalan tapah. area dekat dengan taman suria…

  27. Salam..nk tumpang tanya…Damai Seefood Village itu ada lagi ke x…semalam try cari tp x jumpa la…

    • W’salam , msh ada lagi , baru direnovate oleh pemiliknya . Dari Taman Bukit Indah, Johor Bahru cari Kg Danga, iaitu juga jalan menuju ke Taman Laguna. Di sebelah kiri Lebuhraya Pesisir .Sebelum jamabatan Sungai Danga yang juga menghala ke Danga Bay (2km sebelum Danga Bay)

  28. Hi …kalau baca blog saya bolih tambah lagi list tu sbb blog saya ada review macam2 restoren di JB.
    saya pun baru jer upload pics masa makan kat wadihana steakhouse tapi branch Johor Bahru di http://www.blogmakanbest.blogspot.com
    Senang2 tu singgah le yer….blog saya nih cakap pasal makan jerrr 100% takde topik lain hehe dan kalau bolih follow la yer TQ bebanyak…

  29. Pingback: Makan Express Sg Website Food Menu | Masakan Indonesia

  30. Salam..

    Jika berkelapangan, sila singgah di Gerai 5, Ateh Corner Jalan Kebangsaan 29 di Medan selera Taman Universiti, Skudai Johor.

    Kami menyediakan pelbagai menu western, ala carte, dessert & minuman.

    T. Kasih

  31. Terdapat satu gerai Mee Bandung sangat lazat dan mempunyai citarasa Mee Bandung tradisional. (daging+seafood+bayam+dll) lokasi di kampun ulu pulai jalan gelang patah – pontian. jika melalui jalan ulu choh – gelang patah (jalan yang bengkang bengkok best drift) akan jumpa setia eco garden dan akan jumpa trafic light berhampiran sekolah memandu. belok kanan di persimpangan trafic light tersebut dan akan jumpa kedai menjual bahan binaan terpakai. jalan lurus dan akan naik jambatan kecil. dari jambatan sudah boleh nampak gerai menjual mee bandung dan belok masuk lorong di sebelah kiri untuk tiba di gerai tersebut. harga sangat berpatutan (harga dalam kampung). juga menyediakan masakan lain seperti mee goreng dan nasi goreng yang bercitarasa melayu dan tidak dipengaruhi unsur siam dan mamak. kuah “sedang elok” tak pekat tak cair. kepada yang tak boleh makan pedas boleh minta adjust tingkat kepedasannya dan ini tidak mengubah citarasa mee bandung tersebut. (yang biasa pun tak pedas sangat). waktu menunggu juga tidak lama. lada jeruk disediakan berkoyan-koyan dan suka hati la nak bubuh banyak manapun.

    • Makan best sedap Mee Bandung Kg Ulu Pulai Jalan Gelang Patah – Pontian. Fuhh!! dengar komen Makanayambiru pun dah meleleh air liur penulis dibuat. Next , dalam list Jalan2Cuti Meebandung , Krew J2C2 next on list!!Mari2 kita pergi

  32. Akan menginap di Renaissance JB minggu hadapan.. Boleh cadangkan tempat makan2 yang menarik dan sesuai utk family.. serta tempat yang terdekat utk dilawati.. terima kasih..

  33. Pingback: 11 Tempat Makan Paling Sedap Di Johor Bahru

  34. cuba la plak Mee Udang kat Kg. Tiram Duku, Gelang Patah…. atau nasi goreng udang ngan udang masak black pepper… perghhh….nampak bodoh je macam takde rencah ape ape… tapi bila dah start makan…hmm…mmg tak ingat orang seblah laa…cheap n excellent..!!!… chef recommended….

  35. Assalam.. Saya akan stay di hotel thistle mnggu depan.. Tempat2 yang diberitahu ni semua memang dekat2 ke dgn hotel thistle ni ek?

    • W’salam, yup dekat dalam 20-30 minit itu yang paling jauh macam Senibong seafood di Kg Senibong (dekat Permas), yang paling dekat dgn Thistle ialah Medan Selera Tepian Tebrau dan Lotun Van di Dataran Meredeka (ni boleh jalan kaki jer dari Thistle)

    • En Zul..

      If warung yg dimaksudkan ade di area Jalan Kebudayaan 29, Taman Universiti, Skudai. ATEH CORNER. Sederet tu mmg gerai under MBJBT. Siap ade toilet… salah satu gerai kosong digazetkan sementara menjadi surau. Untuk kemudahan crew/staf warung .. dan juga customers.

  36. assalam. nak minta tolong recommend tempat makan utk sarapan sebelum masuk ke Legoland. sy akan bertolak esok 4.30 pg dr selangor. sy akan exit di Gelang Patah. nak bagi anak2 makan berat sebelum masuk ke Legoland. harap ada yang boleh bantu. sy prefer tempat makan tu berada dlm perjalanan dr exit Gelang Patah ke Legoland & mudah dijumpai. terima kasih banyak2.

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s