Tempat makan di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah

Tempat makan  di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah

 Tempat makan best tomyam di Johor Bahru Restoran Nabiha dan Zaiton Indah, Pusat banar taman Bukit Indah

 

Tempat makan sedap di Johor Bahru ini iaitu Nabiha dan Zaiton Indah ini merupakan restoran yang menyediakan aneka menu makanan ala thai ( Thai Food ) yang pada hemat penulis di antara makanan thai yang sedap di kalangan seantero restoran-restoran kelas – rumah kedai di Johor Bahru ni. Tempat makan sedap ini juga terletak di satu lokasi berhadapan Jalan Danga iaitu berada dalam lokasi bandar Taman Bukit Indah yang famous dengan Aeon Jusco ketiga terpanjang di Malaysia ; selepas Aeon Bukit Tinggi Selangor dan Aeon Tebrau, Johor Bahru.

 Tempat makan best tomyam di Johor Bahru Restoran Nabiha dan Zaiton Indah, Pusat banar taman Bukit Indah

 

Walaupun tempat makan sedap ini berwajah sederhana, namun begitu persekitarannya agak sedap mata memandang. Anda boleh duduk di sini sambil menjamu mata melihat pemandangan kereta yang lalu lalang di hadapan restoran dan keindahan perabot jati  di sebelahnya….Ahakkss..

Tiada pemandangan sejauh memandang seperti restoran tepi bendang ya..tapi yang pentingnya kalau korang se -family baru balik dari Legoland dan menginap di homestay di Bukit Indah  dan atau hotel – motel di sini, pastinya perut masing-masing kan berkeroncong kan…? Apa-apa pun tempat makan yang terletak di pusat bandar Bukit Indah ini cuma 10 minit sahaja memandu dan dekat Legoland Malaysia. Ia juga terletak 15 minit memandu ke Hello Kitty di tepi Puteri Harbour  ( Legoland ke Hello Kitty Theme Park pula cuma 5 minit memandu)

Tempat makan sedap di Johor Bahru ini menyediakan ruang makan , kerusi dan meja untuk para pelanggan seperti anda yang di letakkan di pinggiran jalan ( lot parking ) dan cuma terletak 200m dari stesyen minyak Petronas.

 Tempat makan best tomyam di Johor Bahru Restoran Nabiha dan Zaiton Indah, Pusat banar taman Bukit Indah

Foto atas : Ikan kembung besar masak 3 rasa , ikannya lembut dan masih baru lagi

Jadi pastinya menu ala Thai yang sedap  dapat menenangkan perut anda yang lapar. Maklumlah di Legoland pastinya seharian melakukan aktiviti hiburan fizikal kan…?🙂  ( pada masa penulisan ini masih tersedap di seantero Bandar Bukit Indah😀  )

 Tempat makan best tomyam di Johor Bahru Restoran Nabiha dan Zaiton Indah, Pusat banar taman Bukit Indah

 Foto atas : Api masih menyala di bawah periuk Tomyam dan saiz udangnya yang agak  besar ( pada masa penulisan )

Skala kesedapan J2C2 masakan di sini : 4 star

4 thoughts on “Tempat makan di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah

  1. Pingback: Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Ya tu dia komen dari Anonymous berkaitan Nabiha dan Zaiton Indah, makanan memang sedap tapi pelayan nya lambat datang ambil order. Harap tokey restoran kalau terbaca blog ni ambil perhatian terhadap pekerja .

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s