Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor

Tempat makan di Johor Bahru ni iaitu Rasa Rasa Johor merupakan sebuah gerai menu sarapan , makan tengahari dan petang

Terletak di Jalan Abdul Samad ( juga di kawasan bandaraya Johor Bahru ,gerai ini beroperasi dari seawal pukul 7.30 pagi higgalah ke pukul 6.00 petang, gerai ini terletak di tepi Jalan Abdul Samad tetapi sedikit ke atas bukit. Untuk ke sini anda perlu melalui Restoran Sedap Corner yang terletak di belakang Thistle Hotel ( 5 Star Rating ), Johor Bahru

Kiranya anda menikmati hidangan makanan di sini anda juga akan dapat menikmati pemandangan sekitar kawasan ini yang agak mendamaikan. Walaupun di tengah bandar kawasan ini merupakan lot-lot rumah berasingan yang telah wujud semenjak lebih daripada 50 tahun yang lepas.

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Juga ada menyediakan Pisang Goreng Cheese, tetapi pada waktu petang sahaja.

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Pelbagai menu sarapan seperti lontong, mee goreng, mee hon goreng, laksa johor dan pelbagai lagi

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Pelawak Azlee juga pernah singgah ke sini ye🙂 Siap letak tandatangan dan komen lagi …

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Tu dia anda dapat menikmati pemandangan di sekitar kawasan ini sebab lokasinya di atas bukit .

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Kerusi dan bangku makan jenis yang dipopularkan oleh pertubuhan Joho ( anak anak muda kreatif dan berbakat )

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Lokasi tempat makan sarapan best di Johor Bahru ni cuma di pinggir jalan sahaja. Boleh parking di kiri dan kanan jalan untuk menikmati hidangan makan di sini.

 

Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor Foto atas : Gerai berkanopi  ini terletak di sebelah rumah kediaman di Jalan Abdul Samad yg juga merupakan kawasan desa bandar bercampur. Jaraknya dengan Danga Bay cuma 5km dan pusat bandaraya Johor Bahru 3km ( jadi kalau nak ke JB Bazaar dan Pasar Karat memang tak jauh ) Jarak tempoh memandu ke Legoland Malaysia, Kompleks Kota Iskandar ,Hello Kitty Theme Park di  Puteri Harbour dan Terminal Feri Antarabangsa ke Batam dan Singapura pula ialah 25-30 minit memandu.

Itu dia serba sedikit tentang makan best di Johor Bahru ni ya…adioss amigoes…

 

One thought on “Tempat makan best di Johor Bahru, Rasa Rasa Johor

  1. Pingback: Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s