Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, MalaysiaFoto atas : Public bank depan AEON

Tempat makan kat Bandar Bukit Indah ni agak banyak juga la kalau korang campurkan dengan Aeon Bukit Indah beserta dengan Tesco Hypermarket yang terletak di Bandar Bukit Indah Johor Bahru ni. So, kalau korang tengah bercuti kat area Johor Bahru atau Nusajaya/Iskandar Puteri dan menginap di Granada Hotel, Bukit Indah ni boleh lah ke sini mencari tempat makan.

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Admin di Taman Rekreasi Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland yang menghijau. Taman rekreasi ini disediakan trek joging, peralatan kecergasan, permainan kanak-kanak ini seluas 20 ekar

Ada restoran-restoran, kedai makan dan juga sedikit gerai ‘on street’ atau gerai jalanan di sini . Agak berbeza dan banyak kelebihan kat sini, berbanding di area Legoland.Kat sana di mana kedai-kedai makan dan restoran semua jenis mewah-mewah dan memang tiada langsung kedai-kedai makan tomyam dan kedai makan rakyat di sekitar Legoland sana. Gerai burger? Yilek, zilch, zero, kosong! Nak burger?

bole…McD ada kt dalam Mall sebelah Legoland..Tapi harganya ehemmm… nak minum kopi atau teh, ngeteh kat tepi Legoland? ada…, ada café-café yang secawan kopi tehnya harganya RM7-8 , yang harganya sama macam korang makan nasi tomyam panas ( macam tomyam Zaiton Indah, Bandar Bukit Indah ) dengan air jus buah kat bandar Bukit Indah. Huhu..sediakan duit ajer laa…la la la..So kalau korang nak duduk kat area Legoland pastinya korang akan menginap di servis servis apartment mewah, tempat makan mewah dan makan-makan mewah serta harga makanan pun mewah juga wehh!

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia : Mak Engku Restaurant and Catering

Foto atas : Mak Engku Restaurant dan Catering
Senarai tempat makan yang korang boleh temui di sini:-

  1. Restoran Zaiton Indah ( tomyam paling sedap di area Nusajaya/Kota Iskandar/Iskandar Puteri/Medini/Legoland/Puteri Harbour/Gelang Patah)
  2. Restoran Najwa Wangsa (tomyam)
  3. Restoran Dapur Indah ( Menu Melayu -tengahari ) berlokasi di 30, Jalan Indah 15/3, Taman Bukit Indah, 81200 Johor Bahru, Johor
  4. Mak Engku Restaurant And Catering ( sarapan, tengahari dan malam termasuk gerai satey bebas)
  5. Mamak BMS Corner ( bersih, 24 jam, depan seberang jalan dari Dillenia Homestay) Tuan punya kedai ni wanita India Muslim Malaysia, peramah orangnya , kalau admin ngeteh sini sempat berborak juga dengan owner ni. 7 malam ke atas depan kedai ni gerai burger Kluang start operasi.
  6. Mamak Habib Restoran ( bersih gred A 24 jam), Jalan Bestari 2/2
  7. Restoran Osman ( mamak – B+ Gred ) di Jalan Nusa Bestari, area Resto Mamak Habib juga
  8. Mamak Osman depan AEON Mall ( sederhana bersih gred B 24 jam)
  9. Mamak Hamid (dah bankrap – sederhana bersih, gred entah la.. 24 jam, admin dah tak pergi lagi, korang kalau setakat nak ngeteh boleh la)
  10. Nasi lemak Al Aisy depan Ambank Bandar Bukit Indah ( 6 petang ke atas )
  11. Gerai-gerai beli “take away” menjual kuih-muih dan sarapan pagi di Jalan Indah 5/5, Bukit Indah.
  12. Restoran Marco Polo (sijil halal Jakim) – berdepan Aeon Bukit Indah
  13. Putu Piring MissAini, dalam Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman ( taman bersebelahan) di sini ( Sabtu dan Ahad tutup)
  14. Medan Selera Aeon Mall Bukit Indah
  15. Tea Garden Cafe Restaurant (baru dapat Halal Jakim) berdepan Taman Rekreasi Bukit Indah ( taman bulatan/roundabout seluas 20 ekar)

Foto atas : Putu Piring MissAini, dalam Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Nusajaya ( taman bersebelahan) . Lagi foto foto meleleh air liur sila scroll ke dasar blog ini 😂

Almaklumlah tempat Legoland ni untuk bermewah-mewah serta dibangunkan untuk perumahan mewah, komersil mewah, tempot hiburan mewah bagi menarik pelancong-pelancong luar negara yang berpoket tebal yang penuh berisi not not dollar, pound dan lain-lain lagi yang kalau convert ringgit gerenti kembung wallet tu. 🙂

Satu lagi korang takkan jumpalah rumah-rumah kos sederhana atau rumah mampu milik rakyat ( atau perumahan rakyat di Iskandar Puteri tak macam di Putrajaya – satu kerugian besar atas komposisi dan populasi Kota Iskandar, Medini dan Puteri Harbour -harap kerajaan negeri SUK Johor hentikan Kerugian Besar ini )kat area Legoland, Medini , membawa ke Puteri Harbour ni.
Ya tempat ni bandar baru mcm Putrajaya, tapi Putrajaya pun ada apartment-apartment rakyat dan medan-medan selera untuk rakyat, tapi kat sini minta maaflah ye, kalau korang income banyak, poket kembung sentiasa, ahli bisnes gaji besar ok sangat. Ohh satu lagi admin nak bagi tau, tempat ni mati ( Ghost Town pd weekdays)  pada waktu malam.
SO KALAU NAK NGETEH pkl 12 malam, sila ke Bandar Bukit Indah yang Cuma 7-10 minit memandu. Firstly admin nak explen pada korang secara ringkasnya tentang Bandar Bukit Indah yang cuma 7-10 memandu kenderaan ke taman tersohor kat Malaysia ni iaitu Legoland. Apa yang ada kat sini?

Bandar Bukit Indah ni kalau korang nak tau ialah pusat komersil atau ‘central business district’ bagi Nusajaya/Iskandar Puteri. Area Bukit Indah ni juga menjadi ‘prime area’ atau pusat aktiviti aktiviti bagi seluruh area Nusajaya/Iskandar Puteri termasuklah Medini yang terdapat Legoland di dalamnya.

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Restoran Marco Polo ( Halal)

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Bank Islam antara 8 buah bank bank di sana

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : McDonald dan “street scene” depan AEON Mall

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Public Bank depan AEON Mall juga

Ada 9 buah bank perdagangan kat sini termasuk Bank Rakyat, Bank Islam, BSN, Public Bank, Maybank(dalam Aeon Bukit Mall), Bank Of China, ICBC Bank dan pelbagai lagi prasarana. Klinik, farmasi, cyber café, kedai runcit, 7Eleven (4 bijik), dobi-dobi, worsyop tayar, servis kereta dan banyak lagi. Stesyen minyak ( 3 bijik semua petronas).

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Maybank dengan khidmat kaunter dalam AEON MALL Bukit Indah
Korang nak cari servis kereta atau stesyen minyak kat area Legoland? Sori bro…tak de..paling dekat pun kat sini lah..kat bandar Taman Bukit Indah.

Foto atas : Food Street dalam AEON MALL Bukit Indah
Selain daripada kedai-kedai makan kat luar, korang akan temui gak tempat makan kat dalam Aeon Mall dan Tesco bandar bukit indah ni. Macam biasa disediakan medan selera atau food court kat dalam ni. Dalam Aeon Mall di Medan Selera Arena korang boleh dapati pelbagai jenis menu makan halal seperti goreng-goreng nasi dan mee tomyam dan thai, western food, masakan melayu, masakan Cina, Italian dan pelbagai lagi ( tapi kat AEON ni banyak pekerja asing Bangladesh yang jadi tukang masak, haha nikmatilah air tangan masakan Bangladeshi… nyam nyam 😊..ahaksss. )

Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

Foto atas : Medan Selera AEON MALL Bukit Indah
Kat dalam Medan Selera Tesco hypermarket sini pulak korang boleh temui juga pelbagai menu masakan dari pelbagai stall seperti :-
1. Goreng-goreng Thai dan Tomyam
2. Mamak dan menu seperti roti prata, bawang, bom, tampal, ghee, tosai dll
3. Nasi penyet ayam, ikan, gado-gado dan lain-lain lagi menu Indon
4. Gerai/stall makanan Melayu spt laksa, rojak, kuih muih dll lagi
5. Gerai menu nasi berlauk Melayu Malaysia
6. Gerai/stall masakan claypot seperti nasi claypot, yee mee claypot dll lagi seumpamanya.

Dan kebanyakan tukang masak kat sini adalah orang tempatan dan sedikit warga Indonesia.Satu lagi tempat makan bersebelah Bandar Bukit Indah ialah Medan Gerai dan Makan Masjid Daing Abd Rahman, di Jalan Nusa Idaman, Taman Nusa Idaman.

Tempat Makan di Bandar Bukit Indah dekat Legoland Malaysia  : Mee Kari Miss Aini , Putu Piring MissAini, dalam Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Nusajaya ( taman bersebelaha)

Foto atas : Putu Piring MissAini, dalam Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman ( taman bersebelahan)

Tempat Makan di Bandar Bukit Indah dekat Legoland Malaysia  : Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Nusajaya ( taman bersebelahan) Tempat Makan di Bandar Bukit Indah dekat Legoland Malaysia : Masjid Daing Abdul Rahman, Taman Nusa Idaman, Nusajaya ( taman bersebelahan)

Foto atas : Medan Gerai Makan dan Perniagaan dalam Masjid Daing Abdul Rahman, Jalan Nusa Idaman, Taman Nusa Idaman sebelah bandar Bukit Indah.

Kalau korang nak tau pasal Bandar Taman Bukit Indah selanjutnya boleh lahklik link di bawah ni https://jalan2cuti2.wordpress.com/2013/11/30/bandar-taman-bukit-indah-dekat-legoland-malaysia/

Tu dia serba sedikit tentang tempat makan di bandar Bukit Indah dekat Legoland ni..dan kiranya anda menginap di sekitar Legoland seperti di hotel, motel atau homestay pastikan makan di sini..sila follow untuk next posting dari admin..macam mana nak follow? ikut arahan di bawah..jangan terlepas nanti melepas..ahakss.. 😀 . Masukkan email..klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.comAdios Amigoes!! 😀

5 thoughts on “Tempat makan di Bandar Bukit Indah, Johor Bahru dekat Legoland, Malaysia

    • Maaf tolong betulkan,yg kat Masjid Daing tu bkn mee kari miss aini ya….yg tu mee kari Jenab’s Cafe dimiliki oleh Pn.Jenab. Miss Aini hanya penyewa tapak disitu sahaja!

      Liked by 1 person

      • Astagfirullah, Allahuakbar yer ke? Kalau gitu sy minta maaf lah yer. Nnti sy betulkan. Boleh minta gambar premis Cik Jenab? Kalau bagus ada Signboard Perniagaan yang tulis “Jenab’s Cafe” . Jadi saya boleh viralkan semula dan war warkan. #kitajagakita #kitapromotekita ( mohon hantar foto2 dalam 7-8 gambar )

        Apa-apa pun kudos kepada Putu Piring Miss Aini, Krew J2C2 cakap sedap. Dan satu lagi untuk pencerahan, masa tu saya tercari-cari juga siapa pemilik Mee Kari ni, tapi kerana mungkin tiada sepanduk atau banner atau apa-apa info tentang Mee Kari ni jadi saya tumpangkan sekejap Mee Kari ni pada Miss Aini.

        Tapi jangan risau setelah dapat info2 dan forto2 relevan dari Miss Jenab min akan viralkan pulak Mee Kari Miss Jenab’s #niagaberjemaah #ramailagiberkat #bersekutubertambahmutu #Allahberkatijemaah

        Apa apa pun kebaikan dan jumlah pelanggan yang datang dengan adanya pemviralan Mee Kari ni tetap kredit dan pembelian tetap datang kepada Miss Jenab ( kecuali jika Miss Aini sendiri buat Mee Kari, dan Miss Jenab buat Mee Kari ) #ikutresmiCinaniaga

        Like

  1. Pingback: Tempat makan best di Johor Bahru: Najwa Wangsa Masakan Thai, Bandar Taman Bukit Indah | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe