Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland Malaysia

Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland Malaysia

Bandar Bukit Indah homestay-legoland-nusajaya-aeon

Bandar Taman Bukit Indah, Nusajaya terletak di satu lokasi strategik iaitu di pertengahan perjalanan pusat bandar Johor Bahru ke Legoland, di Nusajaya dan seterusnya hingga ke Kota Iskandar dan Puteri Harbour Waterfront yang terletak sebelah menyebelah sahaja.

 

 Homestay Legoland Malaysia
Taman Bukit Indah mempunyai kelebihan dari segi pengangkutan di mana ia dihubungkan terus dengan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke utara dan Lebuhraya Hubungan Kedua(Secondlink-PLUS) untuk ke Singapura melalui CIQ Tanjung Pelepas.

Homestay dekat Legoland Malaysia - Bandar Taman Bukit Indah

Klik untuk Zoom Foto

(Gambar exit ke 2nd link dan ke Legoland)

Exit Coastal Highway dan PLUS Secondlink terus ke bandar Taman Bukit Indah

Pusat bandar Bukit Indah juga mempunyai kelebihan kerana exit bagi kedua-dua Lebuhraya enam lorong di atas terletak berhampiran. Exit Secondlink hanya 300m, bermakna sebaik sahaja anda masuk ke exit Bukit Indah anda akan terus ternampak bangunan Jusco Aeon.

Homestay Legoland-Jusco Aeon Taman Bukit Indah

Sumber foto : Dillenia Homestay

Masuk ke exit Bukit Indah jika anda dari Legoland Malaysia via Lebuhraya Pesisir Pantai atau masuk dari exit Senai Utara akan terus ternampak mercutanda ini iaitu Jusco Aeon Bukit Indah

Bandar Bukit Indah homestay-legoland-nusajaya-aeon

Foto atas : Malam hujung minggu di Aeon , di mana Cineplex TGV dipenuhi dengan orang ramai

homestay-lego-johor-Aeon Bandar Taman Bukit Indah

homestay-lego-johor-Aeon Bandar Taman Bukit Indah

homestay-lego-johor-Aeon Bandar Taman Bukit IndahAeon Bukit Indah Shopping Complex, 3 tingkat juga terdapat Cineplex TGV (7 unit teater) di sini

Bagi yang ingin ke Legoland pula exit ini hanya terletak 500m dari Jusco Aeon(pusat bandar Tmn Bukit Indah) dan juga Dillenia Homestay yang terletak 300m dari Jusco Aeon.

Homestay near Legoland MalaysiaLokasi strategik Bandar Taman Bukit Indah 3.5km dari Legoland Malaysia dan 7km ke Bandaraya Johor Bahru dihubungkan terus degan Lebuhraya Pesisir Pantai (6 lorong)

Korang juga akan dapati yang bandar Taman Bukit Indah ni cuma 7.5km sahaja ke Legoland Nusajaya (7minit pandu) dan 12km ke bandaraya Johor Bahru, pantas, cepat dan selesa memandu melalui Coastal Highway 6 lorong ( tak de tol ok, tol-tol ni isu sensitif  : )

homestay-legoland-bandar taman bukit indah

Foto : Bandar Bukit Indah, Nusajaya kini adalah bandar satelit kepada daerah Nusajaya, menjadi Prime Business District bagi Nusajaya dan menjadi tumpuan pengunjung / pelancong Legoland ( cuma 7km shj atau 3.5 miles )

Taman Bukit Indah merupakan satu perbandaran moden di mana pusat bandar Taman Bukit Indah menjadikan Jusco Aeon Taman Bukit Indah sebagai pusat bandarnya di samping Mercutanda atau landmark yang lain iaitu Taman Rekreasi Bukit Indah. Di samping itu pasaraya hyper Tesco juga terletak bersebelahan dengan Jusco Aeon.

 Homestay Legoland MalaysiaSimpang ke exit Legoland Malaysia hanya 200m sahaja

Berhadapan hypermarket Tesco pula ialah hypermarket Giant. Jadi bagi anda yang ingin jalan-jalan cuti ke Legoland,  pemilihan bandar Taman Bukit Indah sebagai lokasi penginapan anda ini memang agak strategik kerana jaraknya yang dekat dengan Legoland iaitu hanya 3.5km dari exit Taman Bukit Indah dan 7km ke bandaraya Johor Bahru. Jika anda memilih untuk menginap sama ada homestay, hotel atau motel bandar taman bukit indah memang sesuai.

 Homestay Legoland MalaysiaTesco Hypermarket di Bandar Taman Bukit Indah

Tempat makan restoran, cafe dan gerai

Di pusat bandar Taman Bukit Indah juga terdapat pelbagai restoran, kedai makan, gerai dan juga cafe . Sila klik link ini maklumat pelbagai jenis tempat makan di bandar Taman Bukit Indah dan juga tempat makan di sekitarnya. Restoran Melayu seperti Restoran Dapur Indah(Jln Indah 15/3), Restoran Mak Engku(Jln Indah 25/16), Restoran Tomyam Nabiha dan Zaiton Indah(Jln Indah 16/12), Restoran Najwa Wangsa(Jln Indah 5/2), Warung Burger Best(Jln Indah 10/2) . Lain-lain gerai Melayu pula di dalam Tesco Bukit Indah ( dibuka hingga 9.00 malam )

bandar taman bukit indah, nusajaya legoland

Foto atas : Tempat Makan di bandar Bukit Indah dekat Legoland Malaysia iaitu Restoran mamak Osman dibuka 24 jam, berhadapan dengan Aeon Mall Bukit Indah, Nusajaya ( ke bandaraya Johor Bahru cuma 10 minit)

Keseluruhannya juga korang boleh dapati ada 5 restoran mamak seperti Habib, Osman, M.Deen ( menu mamak dan Tomyam) yang berlokasi berdepan Dillenia Homestay-seberang Jalan Indah 8/15 off Jln Persiaran Indah) dan lain-lain di sini.

homestay-legoland-near-nusajaya

 Homestay Legoland MalaysiaJusco Aeon Bukit Indah yang mengandungi pelbagai jenis outlet serta lebih 30 buah restoran serta medan selera dikunjungi oleh warga Singapura dan pengunjung-pengunjung dari Legoland

makan-johor-b.p09

Foto atas : Bandar Bukit Indah merupakan bandar Satelit kepada Nusajaya, suasana malam yang hidup berbanding Kota Iskandar yang suram dan sepi pada waktu malam, menjadikan Bandar Bukit Indah, Nusajaya, pusat komersil dan aktiviti perdagangan yang utama , jadi korang tak kan heran bila melihat ada 9 buah bank perdagangan dari bank tempatan seperti Maybank hinggalah Bank of China dan Standard Chartered full banking

Bagi yang inginkan suasana makan restoran di dalam kompleks membeli-belah bolehlah ke Jusco Aeon Bukit Indah yang mempunyai lebih daripada 20 buah pelbagai jenis restoran dan cafe seperti KFC, Pizza Hut, A&W, Johny’s, Old Town Kopitiam, Nando’s, The Chicken Rice Shop, Secret Recipe dan pelbagai jenis aneka restoran.

Kedai-kedai

Pelbagai jenis kedai-kedai terdapat di sini di antaranya ialah kedai runcit 24 jam(ala 7 Eleven dan juga the real 7-Eleven juga terdapat di sini ), kedai dobi seperti Balqis Laundry (berhampiran Dillenia Homestay ), kedai pengurup wang, car-wash, kedai alatulis, hardware, farmasi seperti AM-PM, Daily’s Care dan D’apotic.

Foto atas : Tesco dan Giant  berhampiran Aeon Mall

Bank-bank

Bagi korang nak keluarkan duit pulak di sini terdapat lebih daripada 9 perbankan penuh iaitu Public, Ambank, Hong Leong, Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank(perbankan penuh di dalam Jusco Aeon Taman Bukit Indah), Alliance, Bank of China, Standard Chartered, Selain itu terdapat ATM machine di dalam Jusco Aeon(CIMB, Ambank, RHB dll)

 Homestay Legoland Malaysia

Di dalam hypermarket Tesco Taman Bukit Indah juga boleh ditemui ATM RHB, BSN, Bank Rakyat,CIMB dll lagi.

Pejabat Pos Bukit Indah, Nusajaya

Pejabat Pos Mini boleh anda dapatkan khidmatnya di dalam Aeon Bukit Indah Shopping Complex, iaitu di aras Ground berhampiran outlet fesyen kasut . Waktu buka  8.30 hingga 5.00 petang, tutup Sabtu dan Ahad. Jadi jika anda mencari Pejabat Pos Nusajaya , carilah di sini.

Klinik dan Hospital

Terdapat lebih dari 4 buah Klinik swasta di sini dan terdapat sebuah Hospital Swasta 2 Tingkat iaitu Columbia Asia yang mengendalikan pesakit natal dan antinatal, kes kemalangan dan kecederaan dan pembedahan-pembedahan major.

Ok, tu buat masa ni itulah sebahagian kelebihan-kelebihan bandar Taman Bukit Indah yang terletak berhampiran Legoland Malaysia, bandar yang paling lengkap  di Nusajaya.

19 thoughts on “Bandar Taman Bukit Indah dekat Legoland Malaysia

  1. Restoren Almas tu sepelaung je dari opis saya, tapi tak penah lepak situ pun, Selalunya mesti makan kat Najwa Wangsa. Tapi kitorang prefer panggil dia Kedai Gelap. Huhuhu,,,

    • @gadisBunga , Restoran Almas kat Taman Bukit Indah belakang Jusco Aeon sana nuuun ni macam dah berape kali tukar pengusahanya, last time pergi hari tu , ownernya sendiri yang meniaga sampai laa ni.Dulu kat situ ada Mee Rebus sedapp..laa ni akak yang sewa gerai kat situu dah tak de.. Najwa Wangsa tu masakannya pun bleh tahan sedap juga..tapi aisehh ..gelap dan romantika.. sangat tempat tu..hari tu minta lilin brother tu cakap tak de..kalau korang nak terang bawak lilin sendirik lerr..ahakks🙂

  2. sebelum tauke sekarang ni, kitorang akan makan kat situ bila kene stay back. situ order apa pun semua sedap. tup tup tutup, dan tukar owner pulak. yang sekarang ni saya penah beli 2-3 kali je. rasa dia tak berapa kena dengan tekak. itu yg selalu pegi kedai gelap tuh.

    ofis saya kat block sebelah restoren almas tu je..huuu

    • Ohh, bagus le tu ofis dekat dengan Jusco Aeon Bukit Indah, Tesco and Giant kan? Kalau tak silap dulu ada budak-budak muda yang berniaga kat situ.Masa bebudak muda tu berniaga kat sit, mee rebus yang sedap tu pun ada, peramah juga akak yang berniaga kat situ.

      Di Taman Bukit Indah ni ada 4 restoran Melayu, Nabiha dan Zaiton dekat Petronas, Najwa Wangsa a.k.a kedai gelap ala-ala romantika, Nasi Ayam Somtam dan yang baru skali Restoran Dapur Indah tu dekat dengan Church yang dekat dengan Jusco Aeon.

      Yang lain ialah restoran India Muslim seperti Hamid, Osman, Almas dan Al – Fatah sebelah Restoran Dapur Indah.

  3. Pingback: Istana Runtuh Kuala Danga Siri 2 : Mana Istana Runtuh Danga ni? | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  4. Pingback: Tempat Menarik untuk Shopping di Johor Bahru-Aeon Jusco Bukit Indah | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  5. Pingback: Traders Hotel, Puteri Harbour dekat Legoland Malaysia | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  6. Pingback: Legoland Malaysia – “Apakah The Beginning “? | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  7. Pingback: Tempat makan best di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  8. Pingback: Tempat Makan Best Di Johor Bahru : Restoran Terapung Pendas ( Part 2 ) | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  9. Pingback: Tempat Menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia 20% Diskaun | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  10. Pingback: Tempat Makan di Johor Bahru – Legoland Malaysia : Restoran Mak Engku Bandar Taman Bukit Indah | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  11. Pingback: Event menarik di Johor Bahru : Hard Enduro Harimau Kumbang, Ulu Choh Dirt Park | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  12. Pingback: Pembukaan Event Hard Enduro Harimau Kumbang : Ulu Choh Dirt Park Motorcross – Menarik di Johor Bahru | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s