Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal, 1444 Hijrah (22 April 2023)

Selamat  Menyambut Hari Raya Aidilfitri, 1 Syawal, 1444 Hijrah (22 April  2023)

Hari ni 1 Syawal 1445Hijrah , bersamaan dengan 10 April 2024 iaitu hari Rabu, maka dengan ini Admin serta Krew Jalan-jalan Cuti-cuti ingin menzahirkan ucapan kepada semua  fans dan follower kami  :-

Selamat Hari Raya Aidilfitri,
Maaf Zahir dan Batin

Hari ni merupakan hari pertama bulan Syawal yang syumul ini, semoga anda semua berbahagia di hari Raya Puasa ini bersama keluarga, sanak sauadara dan sahabat handai. Admin juga mengharapkan bila anda semua berhari raya ke destinasi masing-masing , maka berhati-hatilah di jalanraya.

Pandu cermat jiwa selamat, jangan ikutkan emosi nanti rempuh besi. Ambillah teladan ke atas kemalangan di lebuhraya yang terjadi 2 hari sebelum Raya ini (08.04.2024). Pastinya korang dah tengok video viral kereta Waja dan Honda City, menghimpit dan menghimpit antara satu sama lain dan akhirnya mengakibat Waja kecundang merempuh besi guard rail di pinggir lebuh raya kan??? 🤦‍♀️

Amalkanlah sikap bersederhana  dan berhemah ketika memandu. Pandu cermat jiwa selamat. Sentiasalah ingatkan mereka-mereka yang disayangai. Admin doakan semoga anda semua, keluarga admin sendiri serta Krew J2C2 berada dalam sihat sejahtera dan dilindungi Allah SWT di mana jua kita berada

Selamat berhari raya! Adioss Amigoes!!

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Camaner nak follow kami ikut cara di bawah :-
1. Pergi ke Home page ( senang klik jer banner besar pada bahagian atas page-tak kira di page mana korang berada, bila klik banner ni autobot akan bawa anda ke Home page ,
2. Selepas berada di Home page, pada  side bar kanan scroll ke bawah nanti nampak perkataan dalam kotak oren/merah “Ya, hantarkan Yang Terkini” .
3. Masukkan email dan selepas tu check email anda yang ditaipkan dan tekan butang oren “Ya, Hantarkan Yang Terkini”

Komen le ape-pe