Trip Bercuti Tempat Menarik JB-Alor Setar-Kota Bharu-JB : Tiba di Plaza Beruas(3235), WCE (West Coast Expressway)

Trip Bercuti Tempat Menarik JB-Alor Setar-Kota Bharu-JB : Tiba di Plaza Beruas(Exit 3235), WCE(West Coast Expressway)

Foto atas : Plaza Tol Beruas(Exit 3235), West Coast Expressway (WCE)

Tempat Menarik JB-Alor Setar-Kota Bharu-JB   Plaza Beruas3235)WCE-1600PX 02 .jpg

Foto atas : Pada masa ini WCE masih belum siap sepenuhnya dan kami terpaksa lencung keluar di tol Beruas. Perhatikan barrier konkrit pada foto. Sekiranya siap, perjalanan akan terus ke Tol Changkat Jering().

Ok folks, kita sambung lagi.  Selepas bayar keluar Tol Plaza Teluk Intan kami sambung perjalanan di WCE yang merupakan hybrid jalan Persekutuan (5) digabungkan dengan Lebuhraya(E32).  Pemandangan di sini amat menarik di mana kami juga travel melepasi Jambatan Sultan Yusof yang merentangi Sungai Perak. Pemandangan ini melalui kampung-kampung di dalam negeri Perak dan di sini korang akan dapati jalan persekutuan 2 lorong 2 hala telah pun dinaiktaraf dengan dilebarkan menjadi 4 lorong.

Kami juga melalui sisi Jambatan Sungai Nazrin yang merentasi Sg. Perak dan nampaknya jambatan ini  macam baru siap dibina 1-2 tahun lepas. Pemandangan Sg . Perak di sini juga amat indah di mana terdapat pulau semujadi di tengah-tengah sungai yang amat lebar ini

Untuk makluman anda semua, post ini adalah rentetan post-post pengembaraan dengan perjalanan berkereta yang panjang hampir berkeliling Malaysia dari selatan, pantai barat hingga ke pantai timur dan balik semula ke selatan tanahair melalui 3 negeri dipantai timur Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang . Nak baca psot sebelum ni klik travel kami di sini

Bagi korang yang nalk follow kami bolehlah daftar untuk jadi fans blog J2C2 ni, kaedah nak follow boleh ikut panduan di bawah :-
1. Pergi ke Home page ( senang klik jer banner besar pada bahagian atas page-tak kira di page mana korang berada, bila klik banner ni autobot akan bawa anda ke Home page ,
2. Selepas berada di Home page, pada  side bar kanan scroll ke bawah nanti nampak perkataan dalam kotak oren/merah “Ya, hantarkan Yang Terkini” .
3. Masukkan email dan selepas tu check email anda yang ditaipkan dan tekan butang oren “Ya, Hantarkan Yang Terkini”

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Selamat menunaikan ibadah puasa sunat di bulan Syawal 🙂

Save

1 thoughts on “Trip Bercuti Tempat Menarik JB-Alor Setar-Kota Bharu-JB : Tiba di Plaza Beruas(3235), WCE (West Coast Expressway)

  1. Pingback: Trip Bercuti Tempat Menarik JB-Alor Setar-Kota Bharu-JB : Tiba di pekan Beruas, Perak | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe