Homestay di sekitar Legoland Malaysia ?Atau homestay dekat Legoland Malaysia

Homestay di sekitar Legoland Malaysia-Pusat Bandar Bukit Indah  Nusajaya?Atau homestay dekat Legoland Malaysia

Aeon-BBI-view

Foto atas : Aeon Mall Shopping di Bandar Taman Bukit Indah, Aeon terbesar dan satu-satunya Pusat Membeli Belah paling hampir dengan Legoland Malaysia yang menjadi kunjungan pelancong dari Singapura, Eropah yang bercuti ke Legoland Malaysia di Nusajaya/Iskandar Puteri

Homestay kat Legoland, kenapa topik J2C2 kali ni membawa anda kepada topik homestay?Kalau anda nak tau sebabnya penginapan homestay sekarang ni menjadi pilihan kepada ramai pelancong-pelancong dalam negeri untuk mencari penginapan apabila nak bercuti ke sesuatu tempat. Contohnya penginapan di Legoland Malaysia ramai warga tempatan memilih homestay atau pun guesthouse untuk mereka bermalam buat semalam dua atau pun lebih..

Homestay Legoland-Taman Bukit IndahTesco-Lotus Taman Bukit Indah yang terletak di Pusat Bandar Bukit Indah – bandar paling hampir dan lengkap dengan kemudahan paling  hampir di Legoland Malaysia dan Nusajaya  dan Kota Iskandar

Bagi kita orang di J2C2 , pengalaman kami semasa mencari penginapan untuk bercuti di Pulau Pinang memang agak memeranjatkan. Taklah begitu memeranjatkan tetapi agak tidak disangka-sangka. Kenapa?Sebabnya dalam tempoh 2 minggu sebelum cuti sekolah bulan Disember bermula di Malaysia, hampir semua homestay penuh. Itu tak termasuk hotel dan motel yang rata-ratanya dah ditempah oleh pelancong-pelancong dari luar negara .

Kini , situasi yang sama juga berlaku di Nusajaya/Iskandar Puteri ( terutamanya sekitar Legoland seperti bandar Taman Bukit Indah, Kota Iskandar dan Puteri Harbour Waterfront  dan lain-lain lagi ) Penginapan seperti hotel, motel, homestay dan guest house memang cepat habis macam pisang goreng panas cheese lagi!!

Semua iklan homestay  dan hotel yang kami cari di Google atau internet dan kami hubungi untuk buat tempahan dah penuh. Bila krew J2C2 telefon jawapannya ialah minta maaf Encik, Puan, homestay kami dah ada orang booking dan bayar full pun ada..gitulah jawapannya..

Homestay Legoland-Jusco Aeon Taman Bukit Indah Aeon Mall Bukit Indah

Kiranya anda menginap di homestay dekat-dekat dengan Legoland, Nusajaya, Jaya Aeon Bukit Indah ini merupakan satu-satunya kompleks membeli-belah yang paling hampir dengan Legoland dan juga kompleks membeli-belah yang terbesar di dalam kawasan Nusajaya/Iskandar Puteri . Juga kalau korang tengok Aeon ni merupakan Aeon yang ketiga terpanjang di Malaysia selepas Aeon Bukit Tinggi ( cartas teratas ) dan Aeon Tebrau, Johor Bahru ( carta tempat kedua )

Jadi tak hairanlah, tapi kalau terjumpa mat-mat Saleh yang tengah shopping kat Aeon Bukit Indah memang dah jadi satu kebiasaan memandangkan Bukit Indah ini memang hampir dengan Legoland dan inilah bandar satelit yang paling lengkap di dalam Nusajaya. Satu lagi Mat Salleh ini juga datang ke sini dari Singapura menggunakan Tuas CIQ yg cuma 15 minit dari sana berbanding JB/Woodland CIQ yg sesak serta nak melepasinya memakan 1jam lebih di kala waktu puncak.

(Nusajaya mengandungi Kota Iskandar dan Puteri Harbour yang juga mengandungi taman tema dalaman Hello Kitty – Innalillah..). Jaraknya cuma 4 km atau 7 minit memandu dari Legoland begitu juga dari homestay di bandar  Bukit Indah ini nak ke Legoland.

Aeon Mall Bukit Indah yang sekarang ni dikenali dengan nama  Aeon Bukit Indah sahaja merupakan sebuah kompleks beli-belah yang agak besar dan panjang dengan mempunyai lebih daripada 20 buah restoran di dalamnya . Jusco Aeon Bukit Indah ini juga cuma 7 minit memandu ke Legoland Malaysia .Antara Restoran-restoran yang terdapat di dalam Aeon Jusco Bukit Indah ialah :
1.A&W,
2.Pizza Hut,
3.Kentucky Fried Chicken (KFC)
4.Big Apple Donut,
5.Starbuck,
6.Black Canyon,
7.Johnnys’,
8.Stone Grill,
9.Old Town Cafe (Halal),
10.Nandos’s
11.Ayamas
12.Kenny Roger’s Roaster
13.Lavender Cafe
14.Vivo Restaurant
15.Baskin and Robin Ice Cream Restaurant
16.Subway Fast Food Restaurant
17.Secret Recipe Restaurant
18.Sushi King
19.Ada lagi…

Di samping itu terdapat juga  Arena Food Court dengan pelbagai jenis masakan pelbagai menu seperti Melayu, Thai, Western , Cina (calypot dll) dengan pelbagai jenis aneka gerai jualan makanan . Di samping itu di sini juga terdapat hentian bas (Bas henti-henti iaitu Cause Way Link untuk ke Singapura dan seluruh kawasan Johor Bahru, Kulai, Pasir Gudang, Senai, dll lagi) dan teksi (teksi bandar dan teksi Eksekutif Biru)

Jarak homestay ke Bandaraya Johor Bahru juga dekat iaitu dalam 8 km atau pun 10-15 minit memandu menggunakan Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway)

Homestay Legoland-Jusco Aeon Taman Bukit Indah

Daiso di dalam kompleks Jusco Aeon pusat bandar Bukit Indah ni memang famous dengan pengunjung Jusco sebabnya setiap barang harganya RM5 sahaja, tak kiralah macam mana bentuk atau saiznya. Lebih kurang macam Kedai RM5.  Dari barang dapur, plastik, stationery sampai ke hardware pun ada ya!! Yang pastinya barang-barang di sini Made in Japan dan kualitinya setara dengan harga RM5 yg di bayar

Very convenience sekiranya korang nak dapatkan keperluan bila berada di homestay dan ketika ketika bercuti ke Legoland ya !!

homestay-lego-b.indah

Foto di atas menunjukkan Map bagi Aeon Mall Shopping Complex, Bukit Indah, di dalam township Bukit Indah yang menghijau dan indah

Jadi, nampaknya penginapan berbentuk homestay sekarang ni menjadi pilihan ramai sewaktu bercuti. Homestay ni menjadi ‘favourite’ ramai berbanding dengan hotel atau motel, resort kerana faktor-faktor yang fleksibel. Kalau korang bercadang ke bandaraya Johor Bahru atau pun ada event di Johor Bahru memilih homestay di sini juga ada kebaikannya kerana ia juga berhampiran dengan Legoland.

Homestay Legoland-Jusco Aeon Taman Bukit IndahJusco Aeon Bukit Indah sering jadi tumpuan pelancong Eropah yang berkunjung ke Legoland Nusajaya

Homestay di sekitar kawasan Legoland Malaysia atau dekat-dekat dengan Legoland Malaysia memang sentiasa dicari oleh mereka yang ingin bercuti di taman tema Legoland. Legoland  ini juga  terletak di Nusajaya iaitu berhampiran dengan Kota Iskandar. Akan datang terdapat dua buah bandaraya besar yang terletak  berhampiran satu sama lain iaitu Bandaraya Johor Bahru , bandaraya Kota Iskandar dan Pusat Bandar Medini (ketika ini masih kosong dan sedang dibangunkan dengan  unit-unit  apartment mewah). Update fast forward ke tahun 2023 berbanding dengan post ini yang diterbitkan pada

Bercuti makan angin ni memang tak lengkap kalau tak makan-makan sekali, jadi untuk jalan-jalan cari makan meh klik untuk tempat makan best kat sini

Taman tema Legoland ini jaraknya dengan bandaraya Johor Bahru cuma 15km sahaja . Perjalanan memandu cuma memakan masa selama 15 minit jika anda menggunakan Lebuhraya Pesisir Pantai dari Legoland ke Bandaraya Johor Bahru. Begitu juga sebaliknya dari Bandaraya Johor Bahru ke Legoland Nusajaya juga memakan masa yang singkat menggunakan Lebuhraya Pesisir pantai (Coastal Highway).

Homestay Legoland-Jusco Aeon Taman Bukit IndahJusco Aeon Bukit Indah ni juga dikunjungi pelancong dari Asia Barat atau negara-negara Arab(klik dan zoom)

Buat pengetahuan anda, Lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway) ke Legoland , Nusajaya adalah lebuhraya 6 lorong yang tidak bertol yang moden setaraf dengan Lebuhraya PLUS. Ia juga mempunyai banyak persimpangan atau interchange ataupun exit ke lokasi-lokasi di antara JB ke Nusajaya. Yang paling best sekali ialah Lebuhraya ni tiada lampu isyarat langsung.

Homestay dekat Legoland di pusat bandar Taman Bukit Indah
Lebuhraya Pesisir pantai JB-Nusajaya ini mempunyai exit atau interchange terus masuk ke Pusat bandar Taman Bukit Indah. Cuba tengok kat signboard di atas (Klik untuk Zoom). Dari exit ini perjalanan cuma 5 minit sahaja ke Legoland.

Kiranya anda memilih untuk menginap di Taman Bukit Indah iaitu homestay atau tempat penginapan anda , perjalanan memandu cuma memakan masa 7 minit sahaja dan waktu pulang juga sama.

Homestay atau penginapan di pusat bandar Tmn Bukit Indah mempunyai banyak kelebihan iaitu:

  •  · 7 min ke Legoland (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 ‘lane’ hingga ke Nusajaya)
  •    3 min pandu ke Horizon Hills Golf Resort (HGCC) yg terletakndi Taman Hoeizon Hills
  •  · 10 min ke Danga Bay (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya JB )
  •  · 15 min ke Hello Kitty Land (Indoor Theme Park), Puteri Harbour (via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 ‘lane’ hingga ke Nusajaya)
  •  · 15 min ke JPO(Johor Premium Outlet) di Kulai Jaya (via Lebuhraya Secondlink (PLUS) 6 ‘lane’ hingga   ke exit Senai Utara(PLUS)
  •  · 15 min ke Pusat Bandaraya Johor Bahru(via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya JB )
  •  · 20 min ke JB Sentral & CIQ Johor Bahru-via Lebuhraya Pesisir Pantai 6 lane hingga ke Bandaraya Johor Bahru
  •  · 35 Min ke Singapura / Singapore [melalui CIQ Tanjung Pelepas-Tuas via Lebuhraya Second Link (PLUS)]

Kemudahan asas dalam jarak 200 meter (ATM/Bank-Maybank,Public Bank,Bank Rakyat, Hong Leong, klinik, restoran, dobi, farmasi Redcap, AMPM, 7 Eleven, kedai runcit, Kompleks membeli belah AEON Bukit Indah (5min walk), Hypermarket Tesco dan Giant)

Homestay dekat Legoland

Suasana sekitar kejiranan Taman Bukit Indah yang hijau  indah dan nyaman-Taman Permainan yang terletak 1 baris blok di hadapan

Homestay dekat Legoland

Laluan ke exit Lebuhraya Pesisir Pantai di dalam Taman Bukit Indah dihiasi dengan landskap jalanan yang menghijau. Exit ke Lebuhraya Pesisir Pantai ke Legoland hanya 500m. Manakala exit ke Lebuhraya Second-link (PLUS) ke JPO cuma 200m sahaja.

Homestay dekat Legoland

Jaya Jusco di pusat bandar  Taman Bukit Indah, siangnya kat Legoland, malam boleh bawa keluarga ke TGV Cineplex 🙂
Homestay dekat Legoland
TGV CIneplex dan Stesyen Minyak Petronas bersebelahan jer..

Homestay dekat Legoland

Taman Rekreasi 20 ekar di tengah-tengah pusat bandar Taman Bukit Indah

Homestay dekat Legoland

homestay-legoland-malaysiaTaman Rekreasi Pusat Bandar Bukit Indah

homestay-legoland-malaysia-tempat-makanRestoran Mc D pandu lalu di hadapan Jusco Aeon

Tempat makan Legoland Malaysia-Homestay Legoland Malaysia-tempat-makanRestoran-restoran Melayu dan Mamak juga terdapat di sini -menjadikan Pusat Bandar Bukit Indah  destinasi tempat makan di Legoland yang terhampir, tak termasuk lebih daripada 25 buah restoran dan cafe yang terdapat dalam Aeon Mall  Bukit Indah ( luas dan besar seperti Aeon Bukit Tinggi di Selangor)

Pusat bandar Bukit Indah dengan deretan kedai dan pelbagai jenis perniagaan

tempat-makan-legolandDin BBQ Di antara Restoran Melayu yang menyediakan makanan bakar-bakar ala BBQ di Pusat Bandar Bukit Indah

Homestay dan Kemudahan-kemudahan Di sekitarnya : Pelan Lokasi – Maps

homestay-map-pics

Jadi dengan peta Google Maps di atas anda akan dapati bahawa homestay di pusat bandar Bukit Indah ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan-kemudahan, satu tempat yang sesuai dan menceriakan jika anda bercadang bercuti ke Legoland ataupun melawati tempat-tempat menarik di Bandaraya Johor Bahru.

Homestay ke Legoland, Bandaraya Johor Bahru, Puteri Harbour, Hello Kitty, Kota Iskandar

Dillenia Homestay   ke Legoland, Bandaraya Johor Bahru, Hello Kitty, Puteri Harbour dan Kota Iskandar : Maps     Tu dia, memang cantik sangat kalau menginap homestay kat pusat bandar Bukit Indah ni, shopping kompleks Aeon Mall  Bukit Indah 5-&  minit jalan kaki, dikelilingi lak dengan restoran dan kafe-kafe, 7-Eleven 24jam kedai-kedai dan macam-macam kemudahan, jarak ke Legoland pun dekat.. 🙂

Di samping itu kalau korang rujuk map di atas homestay di pusat bandar Bukit Indah ini sebenarnya terletak di pertengahan laluan  dari bandaraya Johor Bahru ke Legoland jika anda memandu menggunakan Coastal Highway.

Homestay di sini mempunyai lokasi yang strategik kerana ia juga terletak bersebelahan (exit terdekat hanya 200m) juga dengan Lebuhraya Second-Link  yang juga boleh membawa anda ke Johor Premium Outlet ( JPO ) yang cuma memakan masa 20 minit memandu.

Kesimpulannya homestay dekat  Legoland ini  yang mempunyai lokasi strategik terletak antara dua buah lebuhraya besar iaitu Lebuhraya Pesisir Pantai dan Lebuhraya Second Link (PLUS).

Peta map dari homestay legoland ke Plaza Angsana, Tampoi, Johor Bahru

Bukan itu sahaja ya,  dari homestay ini dengan melalui Tol Taman Perling (PLUS)  anda boleh ke Lebuhraya Skudai (jalan lama ke bandaraya Johor Bahru) dan Plaza Angsana yang terletak di Tampoi . Buat pengetahuan anda di Plaza Angsana ni juga hampir bersebelahan Pusat Tekstil Jakel yang amat tersohor tu! Selain itu Plaza Angsana juga menyediakan khemah-khemah Bazaar  dengan  terdapat pelbagai jenis kuih-muih raya yang dijual oleh bazaar raya yang dikendalikan oleh pihak pengurusan Plaza Angsana iaitu UDA Berhad (check map lagi ya)

Kesimpulan lagi ya , homestay dekat Legoland ni bukan sajer terletak antara 2 buah lebuhraya tapi sebenarnya terletak di antara 3 buah lebuhraya ya 🙂   .

Plaza Angsana hanya 5 minit sahaja memandu kenderaan ya. Buat pengetahuan anda jika suami dan anak-anak  nak solat terawih dan isteri-isteri [ ahakss.. 🙂 ] nak shopping barangan raya buat menyambut lebaran, boleh la ke sini. Si suami tak terlepas terawih isteri lak boleh shopping dalam satu tempat .. ahakkss 🙂

Mencari homestay di Bukit Indah? Klik sini untuk Dillenia Homestay

8 thoughts on “Homestay di sekitar Legoland Malaysia ?Atau homestay dekat Legoland Malaysia

  1. Pingback: Hotel Budget dan penginapan hotel di Johor Bahru (berhampiran Nusajaya) : Tune Hotel, Danga | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park – Terbaru! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  3. Pingback: Bagaimana nak ke Legoland Malaysia – map | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

    • Salam, cuba contact no ni , atau cuba Whatsapps No ni 011-32234058 , untuk 30 orang tu kena ambil 2 rumah homestay tu.

      2015-10-12 10:29 GMT+08:00 Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti :

      >

      Like

Komen le ape-pe