Hotel Budget dan penginapan hotel di Johor Bahru (berhampiran Nusajaya) : Tune Hotel, Danga

Hotel Budget  dan  penginapan hotel  di Johor Bahru  (berhampiran Nusajaya dan Legoland Malaysia) : Tune Hotel, Danga

Tune Hotel Danga : Bajet hotel Johor Bahru Nusajaya

Hotel budget di Johor Bahru ni memang banyak, tapi yang pentingnya hotel budget mana yang selesa di samping bersih dan selamat untuk anda sekeluarga. Bagi anda yang mencari hotel budget , Tune Hotel Johor Bahru yang terletak di Danga Bay ni terletak berdekatan dengan Nusajaya iaitu lebih kurang 15 minit memandu menggunakan lebuhraya Pesisir Pantai (Coastal Highway).

Ikut sahaja signboard yang menghala ke Nusajaya dan perkataan ‘Legoland’ maka korang akan sampai ke destinasi Legoland ataupun Hello Kitty di Puteri Harbour.

Hotel budget yang nombor satu terkenal di Johor Bahru dan seantero Malaysia ini menyediakan satu suasana  “tidur dengan tilam lima bintang dengan harga bilik 2 bintang” ataupun English nya  “5 star bed at a 2 star price” . Memang agak decent, bersih tak semacam hotel-hotel budget Ah Tong yang lain.

Tune Hotel Danga:Bajet Hotel

Dan paling best skali pancuran mandinya ataupun yang korang panggil shower pun 5 star, sebab airnya bertekanan tinggi dan tak meleleh macam hotel budget lain. Puas hati mandi kat Tune Hotel ni.

Hotel budget terbaik di Malaysia ni mempunyai kelebihannya yang tersendiri berbanding hotel budget yang lain di Johor Bahru antaranya:-
1. 20 minit pandu ke Legoland Malaysia di Nusajaya

2. Terdapat bas shuttle yang datang ke Tune Hotel Danga untuk bawa anda ke Legoland Johor, Resort World Sentosa dan Universal Studio Singapore ya!

3. Juga berhampiran dengan Kota Iskandar-Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor dan Puteri Harbour-Hello Kitty!

4. 10  minit perjalanan pandu ke Pusat Bandar Taman Bukit Indah yang mengandungi kemudahan penginapan homestay dan prasarana pusat bandar lengkap seperti :-
a.Pasaraya dan Hypermarket seperti Jaya Jusco Aeon Bukit Indah(3 tingkat) , Tesco (2tingkat), Giant(2tingkat)
b.Outlet F&B dan Restoran (30buah dalam Aeon Jusco) dan juga di kedai Pejabat seperti MacDonalds, Tutti Frutti, Chatime,restoran Mamak(Habib,Said,Hamid Corner dll) dan lain-lain tempat makan minum sambil melepak-lepak suasana biasa dan cozy seperti cafe-cafe moden.
c.Pam minyak seperti 3 buah Stesyen Minyak Petronas dengan ATM (Maybank ATM-CDM, CIMB ATM-CDM)
d.Perbankan penuh seperti Ambank, Bank Rakyat, Public Bank, Alliance Bank, Maybank(di dalam Jusco Aeon) dan Pejabat Pos POS Malaysia di aras 1 Jusco Aeon bandar Bukit  Indah
e.Kedai-kedai runcit konvensional dan juga barangan Rm5 setiap barang di Daiso  Aeon Bukit Indah (Aras 3 Aeon)
f.Kedai-kedai Dobi
g.Farmasi-farmasi spt D’Apotec, Daily’s Care,AMPM. Di dalam Jusco Aeon pula terdapat Watson, Guardian, Aeon Pharmacy dll dan juga klinik-klinik swasta dll
h. Kedai Servis dan Tayar kenderaan-
woksyop baikpulih enjin kereta, tayar, air-con, cuci kereta dan lain-lain khidmat baikpulih selenggara tayar

Taman Bukit Indah Johor Bahru

Tips J2C2 : Bagi keluarga, aku cadangkan korang dapatkan bilik jenis Quad (Quad-room) kerana ia adalah dua bilik yang mempunyai pintu bersambungan iaitu bilik 1+1 .

Satu bilik katil Queen dan satu lagi bilik dengan 2 katil single, dan boleh memuatkan dengan selesa 1 ayah, 1 mak + 1 anak kecil (toddler dan), 3 lg anak dlm umur 6-12 dengan selesa. ( ni utk keluarga purata saiz badan Asia, kalau korang saiz Eropah amik la Quad-room dan 1 lg bilik ya🙂 ahakss.. Tu pun masih murah berbanding korang amik bilik 4 star atau  3 star.

HOTEL GRANADA, TAMAN BUKIT INDAH, JOHOR BAHRUHotel Granada dan pusat bandar Taman Bukit Indah dilihat dari dalam Jaya Jusco Taman Bukit Indah Johor Bahru

Apa-apa pun kalu korang ada masalah (yg biasanya masalah kecil), bersederhanalah dalam mengutuk, kerana Tune Hotel ni masih lagi hotel terbaik nombor satu dalam kelasnya baik di Malaysia mahupun di lebih 5 buah negara antarabangsa

Cuba anda fikir di mana anda boleh dapat 2 bilik dengan harga di bawah RM150 dengan suasana yang decent?

Bukannya nak mempromosi tetapi hakikatnya hotel budget ni masih memberikan nilai yang lebih berbanding wang yang anda bayar…Cuma takde kemudahan fridge kecil, cerek elektrik dalam bilik ..pun masih berbaloi berbanding wang yang dibelanjakan..kalau nak .. apa-apa pun anda masih boleh menghangkut barangan eletrik tersebut mengikut keperluan sendiri ya!  Ahakkks 🙂

Selain daripada penginapan berhampiran Legoland di atas, masih terdapat lagi penginapan di Legoland Malaysia berbentuk homestay atau guesthouse yang masih lagi menawarkan penjimatan dan ruang yang besar berbanding hotel seperti  Dillenia Homestay di mana ianya merupakan rumah teres 2 tingkat dengan 3 bilik tidur ( Satu master bedroom dengan bilik air dan juga 2 bilik biasa -) Penginapan berbentuk homestay ini terletak di Pusat Bandar Bukit Indah yang terletak hanya 3.5km ke Legoland Malaysia

Penginapan dekat Legoland  Malaysia - Dillenia HomestayGambarfoto di atas menunjukkan Dillenia Homestay – rumah teres 2 tingkat  senibina moden dengan ‘high ceilling’ , 1 bilik tidur “master” , 2 bilik tidur biasa dan 2 kamar mandi dan dilengkapi dengan perabot-perabot (“fully furnished”)

 

3 thoughts on “Hotel Budget dan penginapan hotel di Johor Bahru (berhampiran Nusajaya) : Tune Hotel, Danga

  1. This review is so useful. Planning to go to universal studio this coming semester break and looking for a budget hotel. Glad you shared.

    herweightlossdiary.blogspot.com

    • Good, lot of budget hotel here nearby Tmn Bukit Indah town center or around JB City, Jb City is just 15 minutes drive from Tmn Bukit Indah town center.Or you can opt to stay at homestay here

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s