Bagaimana nak ke Legoland Malaysia – map

Bagaimana nak ke Legoland Malaysia – ( map )

Bagaimana nak ke Legoland Malaysia - map

Bagaimana jalan nak pergi ke Legoland Malaysia? Di sini aku persembahkan pada anda semua Legoland Malaysia Map berserta penerangannya sekali ya .Legoland Malaysia  ni kalau korang datang dengan drive kereta sendiri agak mudah untuk dikesampaikan .

Tambahan pula kini dah ada macam -macam jenis peralatan GPS baik jenis ‘stand-alone’ macam Garmin  atau yang datang sekali dengan handphone macam yang begitu terkenal sekali digunakan pada masa ni iaitu Waze Apps yang biasanya didatang sekali dengan telefon bimbit  atau tablet Samsung.

Ok, berbalik semula pada topik kita iaitu bagaimana atau macam mana jalan pergi  ke Legoland Malaysia ya. Tempat menarik di Johor Bahru ni, buat panduan anda semua boleh diakses dengan pelbagai lebuhraya dan jalanraya. Baik jika anda datang arah  dari utara Semenanjung Malaysia mahupun dari pantai Timur Semenanjung Malaysia

Ke Legoland dari Utara

Bagi yang datang dari utara macam Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan ambil Highway Utara-Selatan. Terus pandu hingga ke selatan dengan menggunakan lebuhraya utara-selatan.

Korang sebenarnya ada 4 pilihan jalan hubungan untuk ke tempat menarik Legoland ,Nusajaya ni.Di bawah ni aku senaraikan pilihannya satu-satu yang mana semuanya perlu diakses dengan Highway Plus Utara-Selatan:

Route 1. Exit tol Senai Utara-ikut signboard Nusajaya akan membawa anda ke
Legoland.(via Second-Link Highway)

Route 2. Exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk ke interchange Taman
Tun Aminah dan amik Jalan Gelang Patah

Route 3. exit tol Skudai, ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Taman
Perling-Pasir Gudang, ikut signboard Nusajaya-Legoland

Route 4.Exit tol Skudai,ikut Jalan Skudai dan masuk interchange Danga ke Nusajaya / Kota Iskandar-Legoland(via Lebuhraya Pesisir Pantai-Kota Iskandar) Juga akan melepasi exit   Bukit Indah di mana di sini terletaknya perbandaran Pusat Bandar Bukit Indah yang mengandungi Jusco Aeon ,Tesco dan Giant Taman Bukit Indah (3.5km ke Legoland Malaysia) .

Di Pusat Bandar Bukit Indah ini juga terdapatnya penginapan berbentuk hotel dan homestay di mana dengan menginap di sini menawarkan anda pelbagai kemudahan-kemudahan berbanding dengan Legoland dan Nusajaya – Kota Iskandar yang masih lagi membangun (seperti Putrajaya pada awal tahun tahun 2000)  Komen Krew J2C2- malam harinya mati kutu…huhu

Pada aku jalan atau route paling mudah ke Legoland Malaysia di Nusajaya korang boleh guna pilihan Route 1 di atas iaitu dengan  terus ke Legoland Nusajaya atau Pilihan 4 ke Legoland. Pada aku kalau korang nak ke bandaraya Johor Bahru dulu bolehlah amik pilihan Route 4 sebab cuma 20 min drive gunakan alternatif ni dari bandaraya JB ke Legoland Nusajaya.

Dari pantai timur Semenanjung  ke Legoland Malaysia

Jika anda dari pantai timur seperti Terengganu, Kelantan atau Pahang, boleh menggunakan laluan Jalan Muadzam Shah ke Segamat , kemudian ambil arah ke Yong Peng. Dari sini ikut arah ke exit tol Yong Peng, lepas itu masuk ke lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dan seterusnya ikut Route 1 diatas (exit Tol Senai Utara)

Atau pun jika inginkan jalan yang lebih lancar, aman dan damai bolehlah korang gunakan laluan Kuantan-Mersing-Johor Bahru-Nusajaya. Korang juga akan dapati yang route ni juga mempunyai pemandangan yang indah dan permai terutamanya laluan setelah melepasi bandar Kuantan hinggalah ke Endau . Laluan jalanraya yang bersebelahan dengan pantai tu  pastinya amat mengasyikkan.

Bagi korang yang bercadang atau merancang gunakan laluan ni admin menasihatkan bertolak awal pagi-pagi kerana laluan ini agak sunyi terutamanya dari Endau Rompin hinggalah ke bandar Mersing . Korang akan dapati laluan bahagian ini merentasi hutan simpan Endau Rompin dan di kiri kanan jalanraya sini adalah pokok-pokok hutan hujan tropika yang dah berusia ribuan tahun lamanya seperti pokok-pokok Nyatoh, Tembusu (Fragraea fragrans), Keruing, Pulai, Kapur dan bermacam lagi namanya atau spesis

Kalau korang sampai daerah ni dalam lima petang dah rasa macam pukul 7.00 malam..hehee heee.. 🙂

Dari Selatan atau dari Singapore/Singapura

Bagi korang orang Singapore, how to go? Ok korang ada 2 pilihan ehhh, ikut Causeway atau via Tuas-Second Link. After Tanjung Pelepas CIQ , Malaysia korang head up to Nusajaya, tengok signboard Nusajaya ehhh..dan after that korang pasti akan lead up to Legoland  signboard. Korang mesti jumpa punya pasal aku rasa korang dah biasa dtg JB ni kan? aku tak boleh bedek korang ehhh..

Ok, kalau korang nak stay kat JB, bandar Bukit Indah ni banyak hotel, motel dan homestay  pilihlah yang mana satu ya…

Ok, tulah dia sedikit sebanyak tips dari Krew J2C2 -how to go to Legoland Johor …Adioss amigos dan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua fans J2C2!!

5 thoughts on “Bagaimana nak ke Legoland Malaysia – map

Komen le ape-pe