Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park – Terbaru!

Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park

LEGOLAND MALAYSIA WATER PARK OPENS OCTOBER 2013Gambarfoto di atas menunjukkan gelongsor air taman air Legoland dalam pembinaan, kini 95% hampir siap untuk pembukaan pada Oktober 2013

Legoland Malaysia kini akan membuka satu lagi fasa permainan tema iaitu Taman Tema air yang akan beroperasi kepada awam pada bulan Oktober 2013 ni. Kita dah tengok Legoland Malaysia sekarang ni memang cukup hangat sambutannya baik dari pengunjung dalam negeri mahupun pengunjung antarabangsa.

Legoland Malaysia ini  terletak 20km dari pusat bandaraya Johor Bahru (30 minit memandu) dan hanya 3.5km dari Pusat Bandar Taman Bukit Indah (7-10 minit memandu) .

homestay-legoland01_new

 

Tu dia..pintu gerbang masuk ke  Legoland Malaysia Waterpark

 

Jika sedar atau tidak anda akan dapati bahawa taman tema air Legoland ini merupakan satu-satunya atau taman tema air bertaraf anatarabangsa yang pertama sekali dibina di negeri Johor. Sebelum ini belum pernah ada taman tema air berskala besar pernah diwujudkan. Berbanding dengan negeri-negeri lain yang sudah lama ada Water Park seperti Melaka dengan A’Famosa, Pahang dengan Bukit Gambang Water Park Resort, Perak dengan Lost World of Tambun di Ipoh dan Bukit Merah Lake Town di Taiping. Negeri Selangor pula popular dengan Sunway Pyramid Water Theme Park.

homestay legoland malaysia waterpark

Foto atas, memang seronok main slide pusing-pusing kat  Legoland Malaysia Waterpark

 

 

Taman tema ini kalau korang nak tau terletak bersebelahan sahaja dengan taman tema sedia ada. Kawasan tema air sebenarnya terletak betul-betul sebelah Legoland Hotel, jadi bagi anda yang akan menginap di Legoland Hotel berjalan dalam 20 langkah sahaja sudah sampai ke Legoland Water Park ni ya!!

Tetapi tiket yang berbeza diperlukan. Legoland Water Park ni mempunyai entrance atau pintu masuk yang berbeza dengan Legoland sediada. Buat masa ni pemegang pass tahunan atau ‘annual pass’ boleh menaiktaraf atau upgradre ticket pass sediada dengan tambahan bayaran.

homestay legoland malaysia waterpark

 

Patung beruang dan gajah pun ada di sini  Legoland Malaysia Waterpark

Ok, sekarang kita pergi kepada apa komponen yang ada kat dalam Legoland Water Park ni ya sebagaimana berikut:-

1. Tempat jualan tiket

Bahagian tema air ni mempunyai entrance atau ruang jualan tiket yang berbeza dengan yang sediada.

2. Bilik persalinan, bilik mandi, surau, tandas dan kedai-kedai jualan.

3. Restoran makanan utama ( di dalam ruang Wave Pool atau Kolam Ombak)

4. Kedai makan 1( di dalam ruang lazy river)

5. Kedai makan 2 ( di dalam ruang superbowl slide)

6.Permainan gelongsor ‘kiddies slide’

7.Permainan ‘aquaplay slide’

8.Permainan ‘superbowl family, rattler dan body slide’

9.Permainan gelongsor ‘body slide’

10.Permainan ‘Whizzard mat races slide’

homestay legoland malaysia waterpark

 

Tu dia , di atas Sungai Malas atau “Lazy River” untuk anda bermalas-malas atas boya sambil belayar ikut arus buatan. Jadi tertidor sudah daa…nanti kepala hantuk dinding..ahakss  :-)

Ni untuk pengunjung yang agak dewasa kerana ketinggian gelongsor air yang paling atas tingginya sama seperti bangunan 4 tingkat. Jadi untuk kanak-kanak adalah tidak sesuai.

Ok, kalau anda lihat senarai kat atas tadi ialah komponen-komponen yang ada kat Water Them Park. Tetapi yang paling menarik dan paling utama ialah permainanan gelongsor air dan komponen-komponen rekreasi air sebagaimana di bawah:-

1.Permainan gelongsor ‘kiddies slide’

2.Permainan ‘aquaplay slide’

3.Permainan ‘superbowl family, rattler dan body slide’

4.Permainan gelongsor ‘body slide’

5.Permainan ‘whizzard mat races slide’

Ada tak kurang dari 7 gelongsor yang disusun sebelah menyebelah di mana pengunjung boleh berlumba sesama rakan dari ketinggian gelongsor 10m(2 tingkat bangunan)

6.Wave Pool (Kolam Ombak)

Serupa seperti Kolam Ombak di lain-lain taman tema air, pelbagai aktiviti sukan boleh dijalankan di sini ya.

7.Lazy River

Ianya berupa sungai buatan yang mana ianya mengelilingi atau merentasi hampir disekeliling dalaman taman air ini. Pengunjung boleh menyewa bot dan anda akan dibawa arus ‘sungai malas’ sambil bermalas-malas di atas boya ni ya

Jadi buat anda yang ingin berkunjung ke Legoland Water park ni buat julung-julung kali pembukaannya pastikan dah beli tiket awal-awal dan seperkara lagi jangan lupa tempah penginapan seperti homestay atau hotel berhampiran Legoland Malaysia. Bagi yang ingin berhibur di kedua-dua Legoland  ( 40 jenis permainan indoor dan outdoor) dan Legoland Water Theme Park pastikan anda ambil masa 2 hari kerana 2 hari diperlukan untuk berhibur di sini ya.

Untuk Pertanyaan Homestay dan lain-lain Info Sila Isi Borang ( No H/P membolehkan kami Sms Balasan Cepat)

3 thoughts on “Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park – Terbaru!

  1. Pingback: Tempat menarik di Johor Bahru : Legoland Malaysia Water Theme Park : Gambar-Map | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Saya tk tahu harga nk masuk kalau murah saya nk pergi lusa sebab saya duk kl ni nati nk tdo hotel legolend ni

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s