Tempat menarik di Pulau Pinang : Bukit Bendera best!

Tempat menarik di Pulau Pinang (Penang) :Bukit Bendera

 bukit-bendera

Tempat yang paling menarik dan famous di Pulau Pinang ni sudah pastinya Bukit Bendera. Memang tak sah kalau anda datang ke sini tapi tak mengunjungi Bukit Bendera. Bukit ni memang famous dengan pelancong-pelancong asing Dalam bahasa Inggerisnya pula ia dikenali sebagai Penang Hill. Juga ada nama lainnya iaitu Flagstaff Hill.

Bukit Bendera ni yang terletak kira-kira 735m atau 2450 kaki tingginya dari aras laut, mempunyai suhu yang agak sejuk dan nyaman sedikit berbanding tanah rata di bawah .Menurut Wikipedia lagi suhu puratanya di atas sana ialah 21 hingga 27 darjah celcius, dengan bulan paling sejuk ialah antara Jun hingga Oktober dan tinggi sikit pada Disember hingga April.

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit Bendera

Sejuknya bertambah-tambah lagi bila menjelang lewat petang dan suhu terus turun selepas senja. Jadi pada anda semua yang bawa anak-anak kecil pastikan diorang bawa baju yang agak tebal sikit atau baju panas ya!

Jaraknya dari pusat bandar Georgetown ialah kira-kira 6km iaitu tempat di mana crew Jalan2cuti2 menginap, nampaknya macam dekat kan? Tapi jangan terpedaya ya, Penang ni penuh dengan traffic light dan jalan sehala. Jadi pastinya anda akan tersesat dan terlencong sebelum sampai ke kaki atau stesyen Bukit Bendera ya! Ditambah pula dengan traffic jam sepanjang jalan dan 2km lagi sebelum sampai ke stesyen Bukit Bendera !

So, perjalanan yg 6km tu mengambil masa  1setengah jam baru kita orang sampai ke Bukit Bendera.Itu belum lagi beratur nak beli tiket 1jam ++, tunggu dapat naik keretapi sampai  1 jam lebih (queu punya la panjang sampai 2 kali keretapi sampai pun tak dapat naik)

Tips Jalan2cuti2 : Untuk elakkan kesesakan dan menderita nak tempoh  traffic jam, datanglah ke Bukit Bendera pada awal-awal pagi, jangan dah tengahari bar sampai ye …ahakkss🙂

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaAlahai punya la lama nak tunggu ‘turn’ nak naik keretapi ni, alhamdulillah si kecik ni faham dan tak meragam🙂

Kalau kita tengok gambar di atas pelancong-pelancong yang tunggu ‘turn’ naik keretapi Bukit bendera ni punyalah ramai, terutamanya pada musim cuti sekolah , sampaikan khidmat pegawai RELA diperlukan. Apa-apa pun khidmat mereka ni amat-amat diperlukan dan kita orang merasakan dan dapt tengok sendiri yang  kehadiran RELA memang banyak membantu pengunjung-pengunjung. Syabas pada RELA yang banyak bersabar dengan karenah orang ramai ya!

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaAngkatan RELA yang banyak membantu melancarkan perjalanan dan traffic di Stesyen Keretapi Bukit Bendera.

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaNi salah sebuah restoran yang terdapat di kaki Bukit Bendera

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaNi lagi 2km nak sampai ke Bukit Bendera, jem memanjang jer…

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaKeretapi Bukit Bendera yang baru dan canggih macam naik LRT je, datang setiap 30minit sekali, tapi orang terlalu  ramai menyebabkan kita orang dapat naik setelah 2 kali trip keretapi sampai

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaAlahai si kecik ni, disalinkan pakaian yang kering sebab bajunya basah berpeluh-peluh tunggu keretapi sampai🙂

OLYMPUS DIGITAL CAMERAKesesakan di kaunter tiket Keretapi Bukit Bendera, tetapi alhamdulillah sistemnya agak teratur dan tak banyak masalah. Masa kami kat sana stesyen ni tengah jalankan kerja-kerja ‘renovation’

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaNi display pada control ‘cockpit’ keretapi, canggih dan dikawal oleh sistem SIS berkomputer

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaAkhirnya penat lelah berbaloi juga bila dapat sampai ke puncak Bukit Bendera dan menikmati pemandangan sekitar Pulau Pinang, dan Seberang Perai di seberang laut sana. Kami sampai di sana lewat petang tetapi alhamdulillah sempat menunaikan solat.

 bukit-bendera

Tempat menarik di Pulau Pinang-Keretapi Bukit BenderaAntara tarikan yang terdapat di sini ialah kedai-kedai cenderahati macam baju-baju, cafe-cafe dan gerai-gerai dalam 20 unit, Muzium burung hantu(Owl Museum), naik ‘buggy’ panjang pusing lereng-lereng Bukit Bendera. Makanan dan minuman yang dijual di sini juga berpatutan harganya, ada mi goreng-goreng, nasi goreng-goreng , tomyam, air panas, air sejuk  dan macam-macam lagi. Waktu terkhir tren Bukit Bendera ialah 9 malam.

Rasanya setakat ni jer yang dapat kita orang di J2c2  ceritakan pengalaman kat Bukit Bendera ni walaupun banyak sebenarnya benda menarik yang kami nak tulis ni. Apa-apa pun jangan lupa Follow blog ni untuk topik-topik tempat lain kat Pulau Pinang ni yer :)  Nantikan post terbaru kami ya!🙂

9 thoughts on “Tempat menarik di Pulau Pinang : Bukit Bendera best!

    • Sesama..sy pun rasa macam nak ke Penang lagi nak merasa Nasi Kandar Line Clear …ahakkss..nak tau apa dia Nasi Kandar Line Clear…tungggu…nanti kami post kann..

  1. Tempat menarik di Pulau Pinang yakni Bukit Bendera,

    Salam Tomatopuri ,pada pendapat saya, menurut pengalaman kami semasa ke Penang, tengah bandar paling convenience untuk menginap masa tu kami di Bayview Georgetown, kalau nak amik budget Tune Hotel Georgetown pun ok), untuk ke Bkt Bendera tu kena keluar pagi ,

    Ndak-ndak kalau ada baby atau anak kecil yg umur bawah 3, supaya bebudak ni x resah , kalau sampai beli tiket dah tengahari dah ramai orang, nak Quee beratur beli tiket lain hal, nak tunggu Que naik keretapi pun dah dekat sejam lebih..(kalau musim cuti sekolah laaa), yang penting di Penang ni kalau tepat tumpuan pelancong keluar pagi..walau di mana pun menginap

    ..kalau tengah bandar senang nak ke Pasar Pagi Sabtu (best mcm2 ada), ke Chowrasta (Pasar kering), Jeruk Madu Pak ALi.. dan memacam lg..baju-baju dan memacam lagi yg orang pompuan ni suka..Shopping Spreee…. 🙂

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s