Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Tempat Makan Best Johor Bahru ni iaitu Kerisek dan Koffie merupakan sebuah restoran yang agak “cool” dengan interior kayunya yang selesa mata memandang dan sesuai juga untuk berbual-bual di waktu petang atau “ hanging out” sambil menikmati the tarik pada waktu petang bersama-sama dengan rakan dan taulan.

Foto atas menunjukkan Interior design Kerisek ni memang agak cool…kerusi dan meja makan ( juga terdapat high-chair, sesuatu yang jarang-jarang dijumpai di kebanyakan restoran, menambahkan lagi seronoknya pengalaman berborak-borak, kata orang Perak berlabun ) diperbuat daripada kayu dan berkemungkinan dari hasil kreativiti pertubuhan JOHO , anak-nak muda kita yang kreatif dan berbakat.

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Restoran ini menghidangkan sarapan pagi, tengahari dan petang.

 

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Pelbagai jenis menu sarapan pagi dari nasi hinggalah ke mee, lontong dengan kuah lodeh, asam pedas pun dah ada pagi-pagi,  ikan kering dan sambal belacan untuk korang nikmati bersama ubi rebus,

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Makan tengahari pula pun ada nasi goreng, mee goreng, asam pedas, kuah lemak, ikan keringg, sambal belacan dan pelbagai lagi menu.

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Foto atas : Menu tengahari pun banyak lauk pauk dari sayur sayuran, bayam, sayur dan tofu, kangkong tumis, peria katak masak tumis pedas dan pelbagai lagi. Dan di bawah pula tempeh masak cili…Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Foto atas : Laksa Penang pun ada..Laksa Kuala Kangsar yang diperbuat dengan gandum kat mana nak cari?Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan Koffie

Foto atas : Lontong ( makanan Johor )Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Lontong pun ada

Terletak di Jalan Sultan Abdul Samad dan tidak sukar untuk dicari malah jika anda lihat gambarfoto di atas pastinya akan terperasan akan sebuah restoran yang telah diubahsuai dari rumah kediaman asalnya. Jika anda berkereta mungkin anda perlu letakkan di pinggiran jalan kerana jika pengunjung ramai , parking di dalam laman restoran ini amatlah terhad, lebih kurang dalam 6 buah kereta sahaja.

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Ada juga Papan Notis unutk mengumumkan pelanggan-pelanggan perkara-perkara penting berkenaan restoran.

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Minuman sejuk dihidangkan dalam gelas kaca tinggi, dan air masak dah tersedia di dalam botol berpenutup gabus..unik

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Kaunter cashier pelanggan  dan penanda jenis “desert” dari jenis kayu

Tempat makan best yang terletak di Jalan Abdul Samad ini sebenarnya terletak di kawasan kediaman yang telah wujud semenjak dari berpuluhan tahun yang lepas seawal tahun 40-an lagi. Sebab itu jika memandu, akan dapati di kiri dan kanan jalan ini terdapat pelbagai rumah kediaman yang mempunyai rekabentuk klasik . Tak secara langsung ia juga menjadi tempat menarik di Johor Bahru untuk dikunjungi.

Tempat Makan Best Johor Bahru : Kerisek dan KoffieFoto atas : Simple tapi menarik  dan “cozy”

Itulah dia serba sedikit pasal tempat makan best di Johor Bahru ni. Apa kata korang yang dah pernah ke sini buat komen sikit pasal skala kesedapannya, suasana dan lain-lain yang korang rasa perlu.

 

 

 

 

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s