Tempat Makan Best di Johor Bahru : Senibong Seafood

Tempat Makan Best di Johor Bahru : Senibong Seafood

Tempat Makan Best di Johor Bahru : Senibong Seafood

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Senibong seafood memang dah cukup glamour dengan orang Johor Bahru. Kebelakangan ni bukan saja orang Johor Bahru tau pasal tempat makan best ni, orang dari luar Johor, Singapura dan terutamanya dari Kuala Lumpur.Ramai juga yang bertanyakan tentang Senibong tempat makan best kat Johor Bahru ni.

Penulis pun perasan semenjak Legoland dibuka ramai pengunjung dari KL atau Kuala Lumpur  turut bertanyakan pasal Senibong Seafood ni. So, bagi korang yang bercuti ke Legoland dan nak jalan-jalan cari makan selepas main-main kat Legoland, meh la ke sini ya…bawak GPS, nombor koordinate pun ada kat bawah post ni ya

Bagi orang JB atau Johor Bahru dan Singapore ,nama Senibong ni memang dah tak asing lagi,memang glamour semua akan mengaitkan Senibong dengan makanan laut ataupun seafood.

Ok, sekarang macam mana nak cari jalan ke Senibong ni atau bagaimana nak ke Senibong ni?

Senibong atau Kg Senibong ni terletak tak jauh dari bandaraya Johor Bahru iaitu lebih kurang 15 minit perjalanan dengan kereta. Ada dua jalan, satu melalui jalan lama dan satu lagi melalui lebuhraya bertingkat(macam MRR2 yang kat KL tu)

Paling mudah sekali dengan melalui Lebuhraya EDL( Lebuhraya EDL ni bermula dari CIQ Kastam Johor Bahru). Kemudian ambil persimpangan Permas Jaya semasa di atas EDL. Anda akan sampai di satu persimpangan yang di sebelah kirinya Jusco Aeon Permas Jaya. Di simpang tu ambil belokan ke kanan ( tengok signboard Kg Senibong) dan jalan terus , ikut jer papan tanda nanti sampailah ke kawasan pantai di mana di sini terdapat lebih kurang 4 hingga 6 buah restoran makanan laut.

Ok, first yang kita akan nampak  setibanya di Kg Senibong Seafood ni ialah tempat letak kereta (masuk bayar RM2)

Bersambung lagi… Follow Up ya..masukkan email kat kiri ni…Klik sini untuk Siri Senibong Seafood next..

Business Hour: 4.00pm – 1.30am

GPS Coordinates: 1.485069,103.817196

Address: Gerai No. 1 (Selera Senibong), Persisiran Pantai Senibong, Permas Jaya Johor.
Phone: 012-755 7327

3 thoughts on “Tempat Makan Best di Johor Bahru : Senibong Seafood

  1. Pingback: Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Bila turun ke JB memang ke Singgah Selalu (sinonim dengan namanya). Dah lama rancang ke Senibung Seafood, baru-baru ni berkesempatan ke Senibong. Pilih di Anjung Senibong , banyak pilihan ‘and not bad’ boleh datang lagi.

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s