Menarik di Johor : Johor Air Carnival, Dataran Kota Iskandar

Menarik di Johor : Johor Air Carnival, Dataran Kota Iskandar 9-11 October 2015

menarik di johor karnival-udara-johor

karnival-udara-jb5

Menarik di Johor pada hujung minggu ini , iaitu pada Jumaat hingga Ahad 9 hingga 11 Oktober 2015 ini ialah Johor Air Carnival atau Karnival Udara Johor yang akan diadakan di Dataran Kota Iskandar ( bersebelahan taman tema “indoor” Hello Kitty dan dekat Puteri Harbour Waterfront.

tempat-menarik-Johor Bahru-Puteri-Harbour-NusajayaFoto atas : Puteri Harbour Waterfront, boleh santai-santai berjalan kat tepi waterfront sambil tengok kapal-kapal layar berlabuh, macam jenis ada besar kecil, dari  Mediteranean, Eropah, South Africa, America dari seluruh dunia. Dengan Kota Iskandar pun 5 minit memandu.

karnival-udara-jb1

Jadi jika anda sedang bercuti dekat Legoland ( 2-3 minit berkereta sahaja ke tapak karnival), jangan lepaskan peluang untuk turut heboh di sini . Antara acara-acara yang diadakan di sini ialah seperti :-
1. Belon udara panas
2. Parachut ( payung terjun)
3.Aeromedelling
4.Paramotor ( Payung terjun bermotor)
5.Skydive (terjun udara)
6.Parajump
7.Joyride helikopter

karnival-udara-jb3

Selain itu di tapak karnival juga didirikan khemah-khemah jualan yang pelbagai jenis aneka barangan dan produk

karnival-udara-jb6

Menarik dan Acara Utama

Yang paling menarik dan jangan lepaskan peluang bersama keluarga  ini ialah pertunjukkan akrobatik udara yang dilakukan oleh ahli-ahli persatuan  Paragliding Akrobatik Profesional  dari New Zealand dan Eropah. Jadi korang dan keluarga akan dapati yang  sukan udara ini sebenarnya adalah  satu sukan yang selamat dengan syarat ia dilaksanakan dengan latihan yang mencukupi dan mestilah dijalankan oleh ahli-ahli  yang berpengalaman luas dan profesional.

karnival-udara-jb4

tempat-menarik-johor bahru-Dataran Kota IskandarDataran Kota Iskandar di mana Karnival Johor akan diadakan.

Bagi anda yang datang dari jauh dan mahu menginap, bolehlah mencari penginapan seperti hotel atau pun homestay di sekitar bandar Bukit Indah, Nusajaya, bandar paling lengkap dengan kemudahan di Nusajaya.

Dan alang-alang dah berada di Johor bahru dan Nusajaya apakata korang sekeluarga explore tempat menarik kat Johor Bahru  dan pastinya bila jalan-jalan mesti nak makan-makan betul tak? Klik sini untuk tempat makan di JB

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s