Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru

Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru

makan-jb-larkin06

Tempat makan di Larkin ni, dinamakan Medan Selera Plaza Larkin, memang dah tak asing lagi bagi Johorian yang mencari makanan. Outlet-outlet di sini menyediakan anda pelbagai jenis menu makanan daripada sarapan pagi hinggalah ke malam. Merupakan sebuah medan selera yang terletak di dalam sebuah plaza yang juga menyediakan outlet-outlet jualan seperti tudung dan feseyen wanita, spa dan lain-lain jenis perniagaan.

makan-jb-larkin07

Tempat makan di Johor Bahru ni terletak bersebelahan jer dengan Terminal Bas Larkin Sentral. Larkin Sentral  ialah terminal pengangkutan awam yang terbesar di selatan Semenanjung Malaysia. Ia menghubungkan semua negeri-negeri di Malaysia dengan Johor. Jadi tak hairanlah terminal ni memang sentiasa sibuk, dan menjadi terlalu sesak terutamanya pada musim cuti sekolah .

makan-jb-larkin10

Fungsi  bandar Johor Bahru yang kini sebagai bandaraya perdagangan dan pelancongan juga menjadikan Terminal  larkin Sentral  ini bertambah sibuk kerana pelancong pelancong asing terutamanya dari Indonesia, Filipina dan lain-lain warga asing dari Asia yg datang dari Kuala Lumpur untuk ke Legoland Nusajaya juga berhenti di sini sebelum mereka menyambung perjalanan ke lain-lain tempat di sekitar Johor Bahru dan Nusajaya . Legoland yang terletak di Nusajaya ( berhampiran bandar satelit Nusajaya iaitu Bandar Bukit Indah ) juga cuma 30 minit perjalanan dari Bandaraya Johor Bahru.

Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru

Jadi hampir kesemua bas ekspress yang membawa pelancong pelancong untuk bercuti ke Legoland Nusajaya akan berakhir di sini sebelum mereka menaiki mod pengangkutan awam yang lain seperti teksi, mpv, kereta sewa dan lain-lain lagi. Dengan jumlah pelancong dan pengunjung Larkin Sentral yang ramai ini tempat makan di Plaza Larkin ini menjadi tumpuan ramai.

makan-jb-larkin02Foto atas : Nasi kuskus enak dimakan dengan ayam goreng berempah

 

Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor BahruFoto atas : Bagi korang yang bukan Johorian kalau nak cari laksa Johor meh le ke sini

Ok  apa yang ada kat sini? Korang akan dapati pelbagai jenia makanan di sini.  Ada yang korang akan jumpa di lain-lain negeri dan yang paling best ,makanan ini cuma ada di sini di negeri  Johor  sahaja iaitu seperti :-
Laksa johor
Nasi ambang
Rojak  asma
Dan lain-lain makanan popular seperti di Malaysia :
Pisang  goreng
Roti canai dan murtabak
Nasi ayam
Nasi lemak berlauk
Nasi Kuskus
Asma rojak  dan pelbagai lagi makanan Malaysia

Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru

Medan Selera Plaza Larkin : Tempat Makan Di Johor Bahru

Foto atas : Plaza Larkin Sentral dari luar

makan-jb-larkin12Foto atas : jejantas pejalan kaki di dalam foto ini menghubungkan Terminal Larkin Sentral dan Plaza Larkin ini

Tu dia sedikit cerita tentang tempat makan di Johor Bahru yang boleh korang kunjungi jika kebetulan berhibur ke Legoland.  Kiranya anda berasal dari luar Johor dan ketika ni menginap di sekitar Legoland atau homestay sekitarnya seperti di Bandar Bukit Indah dan lain lain perumahan, boleh lah ke sini . Memandu ke sini dari bandar Bukit Indah atau  Legoland cuma akan memakan masa lebih kurang 20 hingga 25 minit , dan pemandangan di kiri dan kanan  juga menarik . Pemandangan yang cantik dapat dilihat ketika anda melalui jambatan Sungai Danga dan menghampiri Teluk Danga (Danga Bay)

Advertisements

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s