Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best : Kilang Bateri, Makan Dan Beli Belah

Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best : Kilang Bateri, Makan, Beli Dan Belah

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Tempat menarik di Johor Bahru ni iaitu Kilang Bateri merupakan destinasi yang dah tak asing lagi buat warga Johor Bahru . Namanya sahaja dah membuatkan sapa-sape sahaja terbayangkan ianya sebuah kilang kan?

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Ya betul, Kilang Bateri ni memang merupakan sebuah kilang , kilang buat bateri satu masa dahulu . Lebih tepat lagi sebuah kilang bateri Eveready . Namun kilang ini telah ditutup beberapa tahun lepas selepas syarikat Eveready memindahkan operasinya ke Filipina kerana kos buruh yang lebih rendah di sana.

makan-best-johor-bahru37

Di sini pelbagai jenis menu dijual, dari selatan hinggalah ke utara semenanjungTempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Meja dan bangku gerai-gerai adalah hasil kreativiti Pertubuhan JOHO ( Anak anak muda yang Kreatif dan Dayausaha yang Progresif )makan-best-johor-bahru02Walaupun simple kerusi kerusi dan meja meja ala-ala bar ini menarik hati dan “functional”

Ok,tempat menarik di Johor Bahru ni kalau korang ke sini adakah korang akan jumpa bateri-bateri lama bertaburan di sini? Jawapan taklahh…ahaks🙂 (bukan macam Beras Terbakar kat Langkawi yerr )

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang BateriOutlet outlet pakaian dan outwear di dalam kontena-kontena yang dihias  dengan cantik dan menarik

Sebaliknya korang boleh dapati banyak tempat makan best atau outlet outlet menjual pelbagai jenis menu makanan. Pendek kata admin, korang boleh cari macam macam jenis makanan dari Laksa Johor yang memang asalnya dari Johor hinggalah ke Laksa Penang dan Laksa Kedah (Laksa Kuala Kangsar pun best…laksa gandum ) yang berasal dari Kedah nun di utara no….menu dari selatan hinggalah ke utara Malaysia ( menu Sarawak dengan Sabah..korang carilah sendiri..meh datang..cerr tengok ada tak menu Borneo kat sini …ahakkss🙂

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Outlet biasa menjual pakaian dan iron-on t-shirt

Tempat makan best di Johor Bahru ni lokasinya terletak di Tampoi iaitu lebih kurang 5km dari Jalan Skudai Lama dan juga 5km juga dari Plaza Angsana, Tampoi . Tak susah nak ke sini . dari jalan skudai lama masuk ke jalan nak pergi angsana dan terus masuk ke dalam dlm 5km hingga anda ternampak di sebelah kanan anda kilang bateri .

makan-best-johor-bahru16

Kontena outlet jualan fesyen terkini anak muda dan aksesori “layan asap”

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang BateriGedung ilmu : banyak manfaat singgah ke sini, beli la sebijik dua buku tu

makan-best-johor-bahru06Juga salah sebuah kontena yang diubahsuai Interior Design  hingga tak menampakkan bentuk kontena , malah menyerlahkan lagi ke profesionalisme pereka bentuk dalaman ( ID ) yang bertanggungjawab menghiaskan outlet ini hingga menarik perhatian.

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang BateriMenarik juga, kontena tapi dah tak macam kontena, hasil kreativiti preka bentuknya.

Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang Bateri

Tempat menarik di Johor Bahru ni masih cuba kekalkan sejarah sejarah identiti Kilang Bateri yang pada satu masa dahulu menjadi tempat ramai para penduduk sekitar dan golongan masayarakat bekerja  . Pada suatu ketika dahulu admin masih ingat panggilan “minah karan” memang cukup sinonim dengan wanita atau gadis-gadis yang bekerja di mana-mana kilang elektronik di Malaysia .
Contoh warisan peninggalannya yang menarik ialah bangku simen ala Rotary Club ni yg mempunyai tulisan  Eveready. Dianggarkan bangku ini sahaja dah berusia lebih 3o tahun. Terletak di hadapan -1855-Barber Shop atau Kedai gunting rambut dan nampaknya atas penilaian admin yang humble ni, nampaknya berjaya jugalah pihak JOHO yang menguruskan kilang bateri ini memulihara sejarah warisan kilang ini … Tempat menarik dan Makan Best Johor Bahru Kilang BateriGunting rambut sambil nikmati kelainan interior kedai , funky, happening dan kedai gunting ni pun dioperasikan oleh anak-anak muda yang dinamik dan pandai berdikari . Moga-moga semangat keusahawanan korang semua di sini jadi contoh pada anak-anak muda bangsa yang lain. Amin

Tempat menarik dan Tempat makan Best di Johor Bahru , itulah  dia serba sedikit cerita tentang Kilang Bateri..tapi belum habis lagi..Bersambung untuk Di mana dan Macam mana nak pergi ke Kilang Bateri ..di post akan datang….Followwwww…isikan Email pada ruang kiri Sidebar…jangan terlepas…🙂 Baca lagi tentang Kilang Bateri Post Ke2 sini

3 thoughts on “Tempat Menarik Di Johor Bahru Dan Tempat Makan Best : Kilang Bateri, Makan Dan Beli Belah

  1. Pingback: Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Kilang Bateri : Jalan-jalan dan cari Makan di Johor Bahru | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  3. Pingback: Tempat menarik kat Johor Bahru-Nearby Places of Interest | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s