Tempat makan di Johor Bahru : Warung Saga, Jalan Mahmoodiah

Tempat makan di Johor  Bahru : Warung Saga, Jalan Mahmoodiah

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Warung SagaGambar di atas Warung Saga, pelbagai jenis makanan ada , Satar, aneka jenis goreng-goreng  nasi dan mee.Dihiasi dengan gambarfoto lama , terutamanya berkaitan gambar sejarah-sejarah, tokoh-tokoh pemimpin dan Sultan-sultan jajahan takluk Johor D.T  .Tak ketinggalan juga foto-foto artis-artis

Tempat makan best kat Johor Bahru ni iaitu Warung Saga walaupun dari luar nampak cam biasa-biasa sajer, tapi jika anda singgah dan masuk ke dalamnya pastinya anda akan berasa kagum dengan inisiatif pemilik Warung Saga ni.

Pesanlah makanan dan sambil menjamu selera korang akan dibawa kembali semula ke zaman silam. Di sini gambar-gambar klasik lama terutamanya gambar hitam – putih tergantung di dinding Warung Saga ni. Koleksi-koleksi gambar pemerintah-pemerintah, sultan-sultan Johor dan juga Kerabat Diraja bermula dari His Highness Sir Sultan Abu Bakar hinggalah ke sultan terkini iaitu D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Warung SagaPemandangan dari luar Warung Saga ; dari luar nampak macam biasa-biasa jer, signage pun tak der, tapi unutk ke sini pastikan korang cari Surau Jln Mahmoodiah dulu, baru akan terjumpa di sebelahnya Warung Saga

Berada dalam Warung Saga ni sambil menjamu selera pastinya tidak akan terasa bosan kerana gambar-gambar yang tergantung di sini memang amat menarik perhatian anda . Di sini korang akan terasa seperti di bawa kembali ke zaman silam bila menatap gambar-gambar yang ada.

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Warung SagaTokoh-tokoh pemimping asing pun ada kat sini:Gus Dur, Bambang Susilo, Suharto, Goh Chok Tong dan lelain lagi

Yang terkini, pemiliknya menambah koleksi kulit album-album piring hitam dan piring hitam sekitar tahun 50 dan 60 an. Memang sukar nak dicari album-album piring hitam lama sekarang ni , tambahan pula ianya dah pupus ditelan dek zaman, bermula dengan kemunculan katrij ,kaset kemudian CD dan sekarang ni MP3 dan macam-macam lagi jenis format lagu yang korang boleh muat turun dari internet tanpa susah payah pergi ke kedai muzik.

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Warung SagaKoleksi cover album-album penyanyi tahun 60-an pun ada kat sini, baru ditambah oleh pemilik Warung Saga ni

Tempat makan best di Johor Bahru ni terletak di Jalan Mahmoodiah, iaitu dekat-dekat dengan Hospital Sultanah Aminah dan juga Sekolah Sultan Ibrahim Girl School (S.I.G.S). Warung Saga ni juga bersebelahan dengan Surau Jalan Mahmoodiah yang satu masa dulu kami di J2C2 pernah buat post mengenainya. Jadi kalau korang kebetulan datang ke warung saga ni dan menunaikan solat di surau ni , hulur-huklurkanlah barang singgit dua untuk tabung surau ni ya!🙂

Tempat Makan Best Kat Johor Bahru : Warung SagaTerdapat juga barangan antik dipamerkan di sini menghiasi ruangan dalam gerai; antaranya set telefon tahun 80-an, radio tiub, type-writer “arang batu”, dan lain-lain barangan antik

2 thoughts on “Tempat makan di Johor Bahru : Warung Saga, Jalan Mahmoodiah

  1. Pingback: Tempat Makan Best di Johor Bahru : Restoran Saga | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s