Tempat makan best di Johor Bahru:Kapten Steambot and Grill

Tempat makan best di Johor Bahru:Kapten Steamboat and Grill

tempat-makan-johor-bahru: Kapten Steamboat

Tempat makan best di Johor Bahru ni iaitu Kapten Steambot memang agak famous dengan penduduk tempatan di sini. Bagi anda yang datang dari luar  dan sedang bercuti di Legoland , kami di J2C2 cadangkan supaya jangan terlepas menikmati hidangan steamboat yang best di sini.

Anda pastinya nak menjamah menu steambot yang best kat sini setelah seharian atau pada siangnya menghabiskan masa di Legoland atau mengunjungi  tempat-tempat menarik di sekitar bandaraya Johor Bahru. Ayuh mari ke tempat makan enak di Johor Bahru ni!!

Tips Jalan-jalan Cuti-cuti Makan-makan: Tak banyak tempat makan best di Nusajaya ni, jadi pastikan anda kembali semula ke bandaraya Johor Bahru untuk menikmati menu steamboat kat restoran Kapten Steambot ni ya! Terutamanya jika anda menginap di hotel, motel atau homestay sekitar Johor Bahru / Nusajaya.  Inilah dia antara restoran steamboat Melayu JB yang paling top sekali .

Tempat makan best kat Jb ni mempunyai hiasan dalaman yang menarik dan ambiance memang sesuai untuk makan-makan bersama keluarga. Kalau korang perhatikan restoran ni sedikit bertemakan kelautan atau marin. DI pintu masuknya anda akan dapat melihat boya bersaiz kecil sebagai hiasan ke dalam restoran steamboat ni ya. Di dalamnya pula dihiasai dengan menu-menu makanan , tanda -signage dan gambar-gambar berstailkan Inggeris .

tempat-makan-johor-bahru: Kapten Steambot

Lokasi

Tempat makan best di Johor Bahru ni terletak bersebelahan  lebuhraya Skudai , iaitu di sebelah kiri menghala ke bandaraya Johor Bahru (lokasi masih di dalam Bandar Baru Uda). Bagaimanapun anda perlu masuk ke Jalan Susur Tun Abdul Razak 6. GPS Coordinates: 1.487188,103.724054

Tips penting lokasi J2C2:

Walaupun di sebelah Lebuhraya Skudai , kedai ini terletak menghadap bahagian belakang iaitu blok kedai menghadap belakang, jadi pastikan anda bertanya orang yang berhampiran

tempat-makan-johor-bahru: Kapten Steambot

Menu

Buffet Steamboat, set menu steambot  dan ala-cart.

Bagi yang ingin menikmati sepenuhnya hidangan makanan steambot bolehlah pilih menu buffet. Bagi korang yang ingin menikmati hidangan steamboat cara sederhana atau ekonomi bolehlah pilih set-set steambot yang dipaparkan dalam menu; atau bagi yang ingin menikmati makanan secara ala-cart seperti menu mee-mee dan nasi-nasi dikombinasikan dengan set-set menu steambot cara ini lebih sesuai dan pastinya anda tidak membazirkan makanan yang telah dibayar. Duit pun dapat dijimatkan..So kurang memang takkan tersilap tempat pilih tempat makan enak di Johor Bahru ni ya  :-)

Masa operasi:

Business Hour: 4.00pm – 12.00am (daily) , dibuka setiap hari kecuali hari yang diumumkan tutup dalam FB restoran ya..

Harga

Pada masa post ni  ditulis kita orang di J2C2 dapati harga buffet steamboat adalah seperti berikut:

1.Dewasa-RM28  ; pendek citer-harga paling best !

2.Warga Emas Rm20,

3.Kanak-kanak  RM15

tempat-makan-johor-bahru: Kapten Steambot

Kelebihan/Kekurangan/Kemudahan

-harga ekonomi/berpatutan, boleh dikatakan murah berbanding dengan kualiti makanan, suasana dan kemudahan restoran

-warga emas ada diskaun

-lokasi sebelah lebuhraya Skudai,

-tak terpencil dikelilingi apartment, perumahan dan termasuk dalam kelompok rumah-rumah kedai.

-sesuai untuk keluarga

-ada wifi

-ada aircon untuk indoor

-Di sini juga terdapat sudut permainan kanak-kanak(mini playground), jadi para ibu bapa boleh menikmati hidangan steambot sambil memerhatikan anak-anak bermain di sudut permainan sana tu

tempat-makan-johor-bahru03

-PERHATIAN DAN TIPS : untuk pengunjung-ada ruang makan outdoor (meja-meja di koridor, lebih sesuai untuk yang datang dengan rakan-rakan, kerana koridor restoran  ini agak tinggi lebih kurang 3 meter berbanding dengan lot parking yang terletak di bawah.
Bagi korang yang berkeluarga dan bawa anak kecil  dinasihatkan agar  makan di dalam untuk keselamatan anak-anak kecil (toddler) ya. Dan juga bagi korang yang ingin bawa ibu bapa di atas kerusi roda(wheel-chair)  minta maaf ya, mungkin terpaksa didokong sebab satu-satu caranya untuk naik ke atas dari parking ialah dengan korang naiki tangga ke koridor atas)

  • -ruang solat, bagaimanapun agak kecil dan hanya boleh memuatkan dua orang, wuduk juga perlu diambil di dalam tandas.
  • -terdapat meja makan ala Jepun(makan bersila/bertimpuh ) dan juga duduk di atas kerusi seperti biasa
  • -sesuai untuk event, sambutan hari keluarga, hari ibu, bapa, harijadi dll.

tempat-makan-johor-bahru: Kapten Steambot

Kebersihan

Restoran -Krew J2C2 bagi 4 star-ada kelas gitu ahaksss..:)
Tandas 3.5 star-bersih dan selesa digunakan.

Skala kepuasan overall menurut J2C2: 4.5 star dari 5 star 4/5, memang puashati dibandingkan dengan harga set buffet!. Suasana warm (warm ambiance) dan best lahh! Restoran owner pun peramah dan melayan pelanggan yang datang dengan senyuman dan menjawab soalan dengan baik dan berhemah. Termasuklah anak-anak mereka yang cantik-cantik dan hensem-hensem lak tu..ahakss

Tempat makan enak di Johor Bahru ni pastinya akan meninggalkan kenangan manis bersama-sama kunjungan anda ke Legoland nanti…🙂

Pastikan anda mengunjungi tempat makan best ni ya!! 🙂

Untuk Tempahan boleh hubungi / call : Hanif 019-7710765

AMARAN J2C2 : Pastikan anda buat tempahan booking dulu, kalau tak kena Q dulu atau restoran dah penuh, nak-nak bila hujung minggu. Kalau nak walk-in atau cuba nasib pun boleh…ahakss🙂

Kapten Steamboat harga latest update :
Menurut Bro Shaiful ( komen fans J2C2) lagi harga terbaru Kapten ialah sebagaimana di bawah :

1. Harga-weekday RM30 dewasa & RM15 kanak-kanak,
2. Weekend RM32 dewasa & RM15 kanak2, orang tua above 60 yrs RM22
Terima kasih pada bro Shaiful atas maklumat terbaru ya . .:-)

17 thoughts on “Tempat makan best di Johor Bahru:Kapten Steambot and Grill

  1. baru tengok kat JJCM tadi pastu google la pasal tempat ni kan. tak sangka murah sebab banyak sangat choice makanan dia kan. tapi jauh sangat kat jb tu. huhu, tengok la nanti kalau gi jb leh la singgah makan sini.🙂

    • Ked, memang tersangat lah berpatutan harganya, tambahan pula buffet nya banyak pilihan, tak menang perut menikmati hidangan buffet kat Kapten Steamboat ni.

      Kalau bercuti ke Legoland, Hello Kitty – Puteri Harbour datanglah ke sini ya. Juga jangan lupa, Jika anda menginap di tempat-tempat penginapan seperti homestay , guesthouse atau hotel di pusat Bandar Taman Bukit jangan lepaskan peluang ke sini ya Ked!🙂

  2. Pingback: Tempat makan best kat Johor Bahru :12 Tempat Kena Tahu! | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  3. Makan kat Kapten Steamboat memang best!!! Kami makan lunch buffet.RM25@ for adult. Makan sampai nk memandu balik pun susah….Perut penuh.Alhamdulillah! Actually, makan dgn kawan2 meraikan yg naik pangkat. Grillnya memang best. Ada marinated ayam, daging, lamb, squid ring. Cubalah , baru tau… Ai ai kapten!!! Bravooo!!!

  4. sekarang nya harga-weekday RM30 dewasa & RM15 kanak-kanak, weekend RM32 dewasa & RM15 kanak2, orang tua above 60 yrs RM22

    • Good info bro shaiful…jadi sekarang harga Kapten Steamboat ialah :-
      1.harga-weekday RM30 dewasa & RM15 kanak-kanak,
      2.weekend RM32 dewasa & RM15 kanak2, orang tua above 60 yrs RM22

  5. saya n the geng skolah bru nk try wat reunion kt kapten steamboat and grill…kalo b’baloi kami pergi lg….

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s