Tempat menarik di Johor Lama : Kota Johor Lama

Tempat menarik di Johor Lama : Kota Johor Lama

Tempat menarik di Johor Lama, Kota Tinggi ini memang banyak menyimpan sejarah silam bangsa Johor , malah lebih daripada itu ianya juga menyumbang kepada sejarah Tanah Melayu keseluruhannya. Kat sinilah sejarah Kesultanan Melaka yang berakhir terpaksa berundur apabila Portugis menawan Melaka pada 1511 dan memaksa Sultan Mahmud Syah ke sini

Jadi pada post kali ini kami dan krew J2C2 akn bawakan anda kembali ke Kg Johor Lama, Kota Tinggi. Kali ini kita akan lihat sebahagian darpada kesan-kesan sejarah yang ditinggalkan semenjak ratusan tahun yang lepas.

Antara yang menarik ialah Kota Johor Lama kini hanya tinggal kesan serpihan kota (Johor Lama Fort )

Tempat menarik di Johor Lama : Kota Johor Lama

Ok jadi macam mana korang nak ke kota Johor Lama ni? Senang sahaja, ikut arah signboard, tak susah. Sebaik sahaja anda sampai di muka kampung Johor Lama anda pastinya akan ternampakkan signboard seperti di atas yea.

( Johor   Lama Fort ) Kota Johor Lama dan jalan ke sini  ini mungkin agak sunyi sedikit  pada hari biasa berbanding hari-hari hujung minggu , walaupun begitu krew J2c2 tak terasa sunyi kerana terdapat juga para penghuni yang meraikan kedatangan rombongan J2C2. Tu dia sebagaimana foto di atas telatah sang-sang monyet dan ungka (tiada dalam foto dek kerana malu) pastinya akan membuatkan korang terhibur.

Tapi awas jangan hulurkan tangan atau biarkan anak-anak buka tingkap kereta, “better safe than sorry” kata orang putih.
johor lama fort-roadFoto di atas , kami tersua dengan sekumpulan rombongan murid-murid sekolah yang menuju ke Kota Johor Lama – syabas pada para guru-guru yang berusaha menyemaikan minat pada warisan sejarah negara

Jalan ke kota Johor Lama ini mungkin agak ke dalam sikit tapi it’s ok, lebih kurang dalam 1km anda akan berjumpa dengan kesan-kesan sejarah di satu tapak yang ada kesan korekan atapun tapak arkeologi di mana akan berjumpa dengan batu-batu purba artifak berupa batu-batuan bangunan ataupun struktur-struktur kota.

Kota Johor Lama Fort

Foto atas : Krew J2C2 agak teruja dengan kesan-kesan sejarah yang berupa artifak-artifak lama ( historical relics) ni yang sebenarnya terletak di hadapan rumah penduduk Kg Johor Lama fort

Kota Johor Lama Fort

Foto atas : Juga terletak cuma 500m sahaja dari tebing Sungai Johor di Kota Tinggi

Kota Johor Lama Fort

Foto atas : Beberapa orang guru sedang meneliti kesan-kesan sejarah Kota Johor Lama Fort ini.

Kota Johor Lama Fort

Foto atas : Berusia ratusan tahun tapi agak “insecure”  artifak “historical relics” Kota Johor Lama Fort ini , nampak macam masih dalam proses mencari tetapi mungkin terdedah kepada kecurian kerana tiada sesiapa yang mengawasi tapak ni.

Kota Johor Lama FortFoto atas : kesan-kesan sejarah yang masih dalam proses untuk didedahkan oleh para arkeologi

Kota Johor Lama Fort

Kota Johor Lama Fort

Foto atas : Batu-batuan Kota Johor Lama Fort dan korang dapat lihat ukiran-ukiran pada batu-batuan artifak ini. Kota Johor Lama FortFoto atas : Artifak ini tertanam di dalam tanah sedalam 2 meter. Kesan-kesan sejarah yang berupa seperti tembok-tembok kota yang mungkin telah terbenam dalam tanah semenjak Portugis menyerang Kota Lama ini. Juga dikatakan Portugis membakar keseluruhan kompleks kota ini dan meruntuhkan tembok-tembok batu kota ini.

Kota Johor Lama pastinya bersambung lagi…jangan terlepas, isi borang Follow di sebelah kiri…

2 thoughts on “Tempat menarik di Johor Lama : Kota Johor Lama

  1. Pingback: Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Tempat menarik di Johor Lama : Kampung Bersejarah Warisan | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe