Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

tempat menarik di johor : telok sengat , kota tinggi

Tempat menarik di Johor Lama ni iaitu Telok Sengat adalah sebuah pekan kecil yang terletak di persisiran Sungai Johor . Ia juga berhampiran dengan muara Sungai Johor dan mempunyai pemandangan indah tepi pantai berlatar belakangkan Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang merentasi Sungai Johor.

tempat menarik di johor : telok sengat , kota tinggiFoto atas : Pantai ni sebenarnya adalah persisiran Sungai Johor, oleh kerana terletak hanya 5km dari muara Selat Johor, Sungai Johor di bahagian Telok Sengat ini tertakluk kepada air pasang surut di laut Selat Johor. Di belakang sana pula anda dapat lihat Jambatan Lebuhraya Senai Desaru yang sepanjang 2.5km merentasi Sungai Johor.

Pekannya kecil sahaja, tetapi permai dan indah. Jauh dari hiruk pikuk bandaraya Johor Bahru dan lokasinya lebih kurang 70 km dari bandaraya Johor Bahru dan 40km dari bandar Kota Tinggi.

Foto atas : Pantai Telok Sengat, Johorni sebenarnya adalah persisiran Sungai Johor, oleh kerana terletak hanya 5km dari muara Selat Johor, Sungai Johor di bahagian Teluk Sengat ini tertakluk kepada air pasang surut di laut Selat Johor. Di belakang sana pula anda dapat lihat Jambatan Lebuhraya Senai Desaru yang sepanjang 2.5km merentasi Sungai Johor.Foto atas : Korang nampak jeti kat atas tu? Ini lah dia idaman kaki kaki pancing ataupun “anglers” dan setiap 2  hujung minggu acara pertandingan memancing di adakan di sini.

Yang menarik tentang pekan Telok Sengat ialah pada hujung minggu ianya menjadi tumpuan kaki memancing yang memancing di jeti yang terdapat di pekan pinggir pantai Sungai Johor ini. Kalau korang peminat Joran-joran meh la ke sini dan yang menarik ialah Joran Grand Prix 2008 juga pernah diadakan di sini

Tempat menarik di Johor : Teluk Sengat, Kota Tinggi

Foto atas : Tu dia tempat menarik dan situasi termenarik, paling best!  Korang nampak pakcik ni tengah jual udang kertas “fresh” baru naik dari laut noooo! Sekilo, memang harga terbaik!Kualiti dan kesegaran terbaik!

 

Tempat menarik di Johor : Teluk Sengat, Kota TinggiFoto atas : Tempat menarik Johor, udang Sungai Johor terbaik, mari tengok dekat lagi, tu dia ciri-ciri udang terbaik , kulit lutsinar, kaki-kaki udang ni masih bergerak-gerak lagi, nak udang  fresh sampai balik umah? bawak tong polisterene isi air laut, letak udang, balik terus gorengg….umpphhhh! ( maaf , kotak rokok tu bukannya promosi ya…ahakkss )

Satu lagi perkara yang menarik ialah tempat ini juga tidak jauh dari Kampung Johor Lama iaitu lebih kurang 7km dan kedua-duanya juga terletak pada persisiran Sungai Johor yang sama. Ini bermakna anda juga boleh ke Kampung Johor Lama dengan menaiki bot dari sini. Kampung Johor Lama juga amat bernilai dari segi sejarah bangsa kerana di situlah terdapat warisan peninggalan kota-kota Sultan Mahmud yang berundur dari Melaka pada abad yang ke 15 iaitu pada 1540 yang lepas selepas Melaka jatuh ke tangan Portugis.

Tempat menarik di Johor : Teluk Sengat, Kota TinggiFoto atas : Nak cari makan, sama jalan-jalan kat tempat menarik Teluk Sengat? Jangan risau ; korang tengok atas tu, ada medan selera! Harga berpatutan

Tempat menarik ini menurut seorang pakcik yang admin jumpa dan sempat berbual-bual, pada setiap 2 minggu sekali akan diadakan pertandingan memancing .

Pertandingan tersebut akan diadakan di atas jeti dan dianjurkan bila air pasang tiba. ( sungai ini berhampiran muara Selat Johor dan oleh itu air pasang di sini ialah air pasang laut )

Tempat menarik di Johor : Teluk Sengat, Kota Tinggi
Foto atas : Menjelang petang banyak gerai di buka, salah satunya ialah Satey Telok Sengat yang famous ni ya…   ( admin dan Krew Jalan2Cuti2 pun beli satey ni ye.. )

Jadi, kiranya korang minat memancing dan kaki pancing ‘hardcore’ jangan lepaskan peluang ni ya, masukkan tempat ni dalam senarai destinasi pancing korang ya…jangan pancing lain sudah laaa…ahaksss..🙂

Homestay pun ada juga di sini..kalau nak bermalam ya….

Bersambung lagi…Follow lah! Isi kat side bar kanan ni …masukkan email!

3 thoughts on “Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

  1. Assalamualaikum admin.. Saya Nadzirah anak kampung Teluk Sengat..Saya ingin ucapkan terima kasih kepada admin kerana sudi dtg ke kampung saya serta membuat coretan ini dan secara tidak langsung telah mempromosikan kedai satay yg dijalankan oleh mak ayah sy..Jika admin mempunyai masa lapang, sudilah berkunjung kembali ke kampung sy untuk melihat sedikit pembaharuan yg berlaku seperti pembinaan masjid baru dan penambahbaikan jeti yg berada berada di pekan Teluk Sengat..

    • Assalamualaikum Nazirah,

      Teluk Sengat ni memang tempat yang menarik di Johor untuk dikunjungi Terima kasih admin ucapkan kerana Nazirah sudi membaca dan mengetengahkan perkembangan terbaru Kg Telok Sengat. Insyaallah jika diizinkan , admin akan ke sana . Dah lama tak ke sana .

      2016-04-23 10:25 GMT+08:00 Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti :

      >

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s