Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Johor Lama

Muzium Kota Johor Lama ini merupakan tempat yang menarik di Kota Johor Lama yang tak boleh dilepaskan dan pastikan dimasukkan ke dalam jadual lawatan anda jika ke Johor Lama. Ianya terletak bersebelahan dengan Kg Johor Lama, ataupun memang terletak di Kg Johor Lama.

Muzium Kota Johor Lama

Museum Kota Johor Lama ini terletak di sebelah tebing sungai Johor yang lebar dan luas tersebut dan juga tak jauh dari tapak arkeologi yang berhadapan dengan rumah penduduk kampung iaitu cuma 400m sahaja jauhnya (dekat)

Plak Muzium Johor Lama

Museum Kota Johor Lama ini merupakan bangunan yang diperbuat dari kayu jati dan beratapkan genting.Di dalamnya terdapat banyak koleksi artifak-artifak  yang dapat diperolehi daripada sejarah-sejarah peninggalan Kerajaan Johor Lama bermula dari kesultanan Sultan Alauddin Riayat Shah .Meh kita tengok foto-foto kota ini di bawah ye.

 

Museum Kota Johor Lama dan Waktu Buka :

9.00am – 6.00pm

Museum Kota Johor Lama dan Hari Buka :

Setiap hari, Tutup hari pertama Hari Raya Aidlfitri dan Hari Raya Aidiladha
– Oleh itu pastikan tujuan korang ke sini pada Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Korban ialah bukan untuk melawat Muzium yea, nanti kecewa sebab kedua-dua hari raya tu muzium TUTUP eaa.. kalau nak memancing atau mandi-manda di pantai Sungai Johor Lama mungkin boleh lah eaa.. Buat kaki pancing (anglers) di sini terdapat juga jeti khusus untuk disewakan kepada para kaki pancing.

Facilities / Kemudahan Disediakan
1. Tempat Letak Kereta (Terhad).
2. Juru pandu pelancong – perlu ditempah dulu (Guided tours).
3. Public rest room.

Alamat Museum Kota Johor Lama:

Muzium Kota Johor Lama Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan) Lot 1468, Kampung Johor Lama 81940 Kota Tinggi Johor Darul Takzim.
Tel: 07-883 1498 Fax:
6-286 5092
Email:
hanifbukhari@jmm.gov.my

Selain daripada tempat menarik iaitu muzium terdapat lagi 2 aktiviti yang boleh anda  explore di sini iaitu memancing dan juga Nature Trekking kedua-duanya boleh dilakukan di sepanjang pantai iaitu menjelajah dan meneroka alam semulajadi ( Nature Explore) paya bakau pasir .

 pantai Kg Johor Lama - pancingTu dia foto atas, jeti dan wakaf untuk kaki pancing (angler’s paradise) di pantai Kg Johor Lama

Di Kg Johor Lama teredapat pebagai jenis chalet-chalet yang diusahakan oleh para penduduk kampung, ada yang berbentuk Homestay penuh iaitu korang akan tinggal dan merasai hidup suasana kampung bersama tuan rumah ataupun homestay moden ( seperti chalet). Ataupun ada bleh tinggal di homestay di Johor Bahru / Nusajaya yang berdekatan dengan Legoland Malaysia dan cuma 1 jam setengah untuk ke Johor Lama (melalui Lebuhraya Senai-Desaru dan keluar melalui exit Desaru dan kemudian ke Johor Lama)

Kita bersambung lagi eaaa…pastikan anda follow….  🙂

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s