Tempat menarik di Johor Lama : Kampung Bersejarah Warisan

Tempat menarik di Johor Lama : Kampung  Warisan Bersejarah Pinggiran Selat

Tempat menarik di Johor LamaPinggiran Sungai Johor yang indah ini seolah-olah di pinggir pantai, tetapi sebenarnya terletak di tebing Sungai Johor dengan pantai berpasir, nun jauh di sana terletak Jambatan Sungai Johor yang panjangnya lebih kurang 1.5km merentasi Sungai Johor yang agak lebar.

 

Tempat menarik di Johor Lama ni memang menarik. Tu dia, sebagimana foto di bawah papantanda jalan pun disediakan bagi memudahkan anda mencari destinasi di dalam kampung ni.

Tempat menarik di Johor Lama

Teruskan perjalananan dan kami memandu di atas jalan kampung yang menyusur tebing Sungai Johor dan di sebelah kiri dapat dilihat tanah perkuburan yang mana ada di antara kubur -kubur tersebut adalah kubur bersejarah yang berusia ratusan tahun lamanya. Satu pemandangan tempat menarik yang amat jarang dijumpai di mana tanah perkuburan terletak di pinggir tebing sungai.

Tempat menarik di Johor Lama

Kami teruskan perjalanan di sepanjang pinggir Sungai Johor yang agak melebar kerana muara sungai ini cuma beberapa kilometer sahaja dari Selat Johor. Juga menarik kerana pantai ini adalah dari jenis berpasir dan bukannya lumpur seperti kebanyakan sungai-sungai yang terdapat di negeri Johor.

Tempat menarik di Johor LamaJeti di atas sering menjadi tumpuan para pemancing dan setiap hujung minggu pastinya jeti ini akan dikunjungi rami

Tempat menarik di Johor Lama

Mungkin juga kerana Sungai Johor ini muaranya terletak berhampiran dengan Laut China Selatan jadi unsur semulajadi ombak secara semulajadinya mewujudkan pantai yang berpasir seperti hampir keseluruhan pantai-pantai indah yang terdapat di sepanjang pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Tempat menarik di Johor Lama

Gambar di atas menunjukkan sebuah rumah dua tingkat yang juga adalah homestay yang diusahakan oleh para penduduk di Kampung Johor Lama ini.

Tempat menarik di Johor Lama

Kami jalan terus lagi menyusur lagi tempat menarik di Kg Johor Lama ini dan kelihatan foto di atas ialah seni bina landskap berupa batu-batuan yang rasanya dibina oleh AJK penduduk kampung pinggiran sungai yang indah nan permai ini.

Tempat menarik di Johor LamaTempat menarik di Johor Lama –  Restoran Bahtera Seafood yang menyediakan pelbagai jenis menu makanan, terletak betul-betul di tepi pantai pinggiran Sungai Johor,  menjadikan suasana di sini bertambah menarik dengan hempasan ombak yang lembut memukul pepasirannya sambil anda menikmati hidangan makanan.

Tempat menarik di Johor Lama ini juga mempunyai sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis menu seperti aneka nasi dan mee yang digoreng . Oleh kerana perut dah lapar dan Krew Jalan-jalan Cuti-cuti pun dah mengadu perut dah berbunyi-bunyi maka kami pun singgah di sini untuk mengisi perut. Buat pengetahuan anda , inilah satu-satunya restoran atau medan selera yang terdapat di Kg Johor Lama ini.

Tempat menarik di Johor LamaHIdangan nasi goreng pelbagai menu

Tempat menarik di Johor LamaRestoran tempat makan di pinggiran pantai Sungai Johor dan kelihatan sebuah pentas dan astaka

 

Tempat menarik di Johor LamaGambarfoto di atas pula menunjukkan di antara sebuah chalet atau homestay yang terdapat di Kg Johor Lama ini. Berkeadaan baru dan menurut firasat penulis dibina dalam linkungan enam bulan hingga dua belas bulan yang lepas.

Bersambung lagi di siri akan datang..Muzium Johor Lama dan tapak arkeologi runtuhan batu-batuan Kota Johor Lama ..

 

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s