Hotel di Kota Iskandar, Johor, Legoland – Pekan Gelang Patah ( nearby )

Hotel di Kota Iskandar,  Johor, Legoland –  Pekan Gelang Patah ( nearby )

Hotel kota iskandar-paling hampir di Gelang PatahBagi anda yang ingin menginap juga berhampiran Kota Iskandar , inilah dia bajet hotel yang paling hampir sekali iaitu yang terletak di pekan koboi Gelang Patah. Hotel Orient, walaubagaimanapun Krew J2C2 tak dapat membuat ulasan bagi hotel bajet ini ya ..ahaks..

Walaupun begitu hotel ni memang hampir dengan Legoland Malaysia , lebih kurang 5 minit perjalanan kalau korang memandu kereta.

Apa-apa pun saksikanlah keindahan panorama pekan koboi Gelang Patah dengan bangunan kedai pra sejarahnya.

Hotel di Kota IskandarHotel di Kota IskandarHotel di Kota IskandarDahulunya restoran Cafe Awana kini bertukar pemilik menjadi mamak Aladeen, mungkin ada Shisha dalamnya..ahakss

Bagi korang yang inginkan lebih keselesaan di samping suasana malam yang lebih ‘happening’ dan ‘lively’  carilah hotel-hotel di Bandaraya Johor Bahru  3 bintang, 4 bintang atau 5 bintang , tak da pilihan melainkan kena pergi ke bandaraya Johor Bahru ( juga melalui Lebuhraya Pesisir Pantai) Meh sini klik tempat menarik di Johor Bahru

Hotel 3 bintang yang agak decent dan baru sahaja siap di bina dan dibuka kepada awam ialah Hotel Pariss (12 tingkat-2010) dan Hotel Granada (10tingkat-2012). Hotel Granada terletak betul-betul berhadapan dengan Jaya Jusco Taman Bukit Indah. Walaubagaimanapun tak dapat dipastikan sama sama ada makanan di sini telah mendapat pengesahan halal daripada JAKIM..

Bagi anda yang mencari penginapan berbentuk homestay yang selesa  dan dikelilingi kemudahan seperti cafe, restoran, kedai makan, dobi, klinik dll lagi dan dekat dengan Jusco Aeon(5 min berjalan kaki) Tmn Bukit Indah, Tesco dan Giant? Sila klik untuk ke laman homestaylegolandjohorbahru

Kedua-dua hotel ini boleh dicapai dengan memandu selama 7 minit dari Legoland Malaysia melalui Lebuhraya Pesisir Pantai  atau jika anda berada di atas jalanraya cari signboard menuju ke Taman Bukit Indah-Taman Perling.

Hotel di Kota Iskandar, Johor –  Pekan Gelang Patah ( nearby )

1 thoughts on “Hotel di Kota Iskandar, Johor, Legoland – Pekan Gelang Patah ( nearby )

Komen le ape-pe