Serba sedikit tentang Jalan2Cuti2

kerteh-640px1

Kampung nelayan Kerteh

 

Blog ni aku wujudkan untuk  merekodkan  catitan-catitan dan gambarfoto-gambarfoto mengenai  perjalanan dan tempat-tempat percutian yang aku telah lawati.

 
Seseorang pernah mengatakan pada aku yang kita takkan terasa rugi sesudah duit kita belanjakan ialah apabila pergi bercuti  atau pun melancong.

Terasa rugi pula  kalau keindahan tempat-tempat atau lokasi-lokasi percutian tu cuma tinggal dalam kenangan sahaja.

Rasanya pengalaman dan percutian tersebut  lebih manis jika dapat dikongsi bersama-sama dengan anda semua.

Selain itu aku juga berharap ianya dapat  menjadi panduan kepada para pembaca yang kebetulan nak bercuti ke tempat-tempat yang telah aku lawati.

Selain itu aku juga menggalakkan blogger-blogger dan para pembaca sekalian bertukar-tukar fikiran  di sini melalui komen dan posting yang boleh dibuat. 

Oleh itu semua orang boleh membuat komen tanpa perlu mendaftar. Komen secara automatik akan disiarkan di ruang komen.

 Kepada blogger-blogger atau pun pembaca boleh juga memberi komen kepada post-post blog di sini. Pertanyaan juga dialu-alukan.

3 thoughts on “Serba sedikit tentang Jalan2Cuti2

  1. Salam.. Kalau melancung ke negara bukan Islam, pastikan restoren menjual makanan halal. Buka buku yellow pages atau ape pe buku directory bab restauren yang dibekalkan hotel, Kalau di USA ditulis bismillah pada restoren islam. Di Australia atau China pun gitu gak. Pas tu tepon restoren tu tanya macam mana nak ke tempat dia. nanti dia bitau bape jauh dan tambang teksi bape. Kalau gi suami isteri man pegi jgn pisah pisah kalau hilang sangat susah.

    Like

Komen le ape-pe