Tempat makan best di Shah Alam : Restoran Soto Shah Alam, Seks 8

Tempat makan best di Shah Alam : Restoran Soto Shah Alam, Seks 8

makan-best-shah-alam012Foto : Tempat makan best untuk tengahari, penuh dengan para pelanggan yang datang dari seluruh pelosok Shah Alam, yang bukan datang dari Selangor pun ramai, termasuklah admin dan Krew J2C2 ya….

Tempat makan best di Shah Alam  ni iaitu Restoran Soto merupakan restoran yang terdiri daripada 3 buah kedai pejabat- jadi tempat makan ni memang besar dan panjang, pemiliknya ambil 3 kedai sekaligus uuutk dijadikan restoran .

makan-best-shah-alam011 Foto: Tempat makan best untuk tengahari berpuluh lauk pauk, pilih sahaja yang korang berkenan di perut…ahakks… 🙂 Kalau korang datang 2 bulan, setiap hari pilih satu lauk pun tak cukup seround dua…

makan-best-shah-alam008Foto : Ikan kembung masak cili pedas, marvelous! boleh berair hidung tapi memang sedapppp…

Tempat makan best dan marvelous di Shah Alam ni yang bestnya menyediakan tak kurang daripada 40 jenis lauk pauk makan tengahari dan yang bestnya semua sedap-sedap belaka.

makan-best-shah-alam006Foto : Untuk penggemar ketam, masak lemak marvellous

Namanya Restoran Soto tetapi menu makan tengaharinya yang mungkin menjadi daya penarik kepada seluruh penduduk Shah Alam untuk menikmati makan tengahari di sini Memang rambang mata!   dibuatnya bila nak memilih lauk-pauk yang disediakan.

makan-best-shah-alam005Foto : Salah satu faveret admin , ikan patin masak gulai tempoyak!

makan-best-shah-alam009Foto : Hidangan tengahari admin, menu gulai tempoyak ikan patin dengan kerabu sotong,

Alamat dan lokasi tempat makan best ni sebagaimana di bawah :-

Lokasi : Jalan Tepian 8/2, Seksyen 8, Shah Alam, ( salah satu jalan masuk ikut Taman Pertanian Malaysia, Off Jalan Liku 8 ). Lokasi restoran ni juga cuma 200meter dari surau Jalan Liku A8.

j2c2-restoran soto-jalan liku8

Foto atas : Surau ni menjadi “landmark” yang membawa ke tempat makan best kt Shah Alam ni. Dari Jalan Liku 8 bila nampak surau ni masuk ke simpang ni dan pusing keliling pasti jumpa resto ni.

makan-best-shah-alam1Foto : 3 buah kedai ni mungkin nampak “humble” jer, tapi awas, meh makan sini , memang terangkat, lauk banyak, sedap-sedap pulak tu!!

Tempat makan best ni juga tak jauh dari Concorde Hotel, Shah Alam di Seksyen 9.  Manakala hotel 4 bintang tersebut pula terletak dekat Seksyen 8. So kalau nak pergi ke tempat makan best ni, setkan Waze, meh ke sini, tak sampai 10 minit pun pandu dari Concorde Hotel!! So oleh kerana jarak tempat makan yang dekat dengan  hotel penginapan , kami pun bersarapan juga di sana :D.

Ini memang promosi baik punya untuk Restoran Soto ( salah satu tempat nostalgia admin dengan si tersayang )

Tips Jangan Melepas J2C2 : Datang ke sini pukul 11.00 pagi, lauk pauk hangat-hangat dan masih banyak, kalau pkl 2.00 ptg da banyak yang habis…nanti melepasss…apa-apa pun admin dan Krew J2C2 rasa memang berbaloi makan tengahari kat sini.

Skala Kesedapan : 5 bintang
Skala Harga : Berpatutan dengan kesedapan menu

Daftarlah untuk follow blog ni, cara nak follow ikut guidedi bawah :-
1. Pergi ke Home page ( senang klik jer banner besar pada bahagian atas page-tak kira di page mana korang berada, bila klik banner ni autobot akan bawa anda ke Home page ,
2. Selepas berada di Home page, pada  side bar kanan scroll ke bawah nanti nampak perkataan dalam kotak oren/merah “Ya, hantarkan Yang Terkini” .
3. Masukkan email dan selepas tu check email anda yang ditaipkan dan tekan butang oren “Ya, Hantarkan Yang Terkini”

klik-follow-Jalan2cuti2.wordpress.com

Komen le ape-pe