Cari tempat minum kopi best Americano di Taman Universiti?tapi bukan Starbuck?

Foto atas : Fasad Kedai Waris Food Center yg terletak di tengah pusat bandar Taman Universiti(berhadapan dengan deretan kedai Rainbow Stationery)

Korang yang menjadi penggemar kopi Americano mesti pernah minum kopi kat di Starbuck, Coffe Bean atau SF ( San Francisco) kan? Nak cari alternatif yg murah, tapi nak pure original Americano coffee macam kat cafe-cafe ternama di atas kan? kat mana nak cari kat Taman Universiti, Johor Bahru ni?

Foto atas : Secangkir Americano pure coffee bean dengan yang hanya boleh ditemui di Restoran Waris Food Centre



Buat korang yg memang penggemar kopi asli atau coffee bean dan tak suka kopi biasa campuran yg tradisional, mari ke Restoran Waris Food Centre di Taman Universiti, JB. Bagi yang suka lepak dan santai dengan member-member atau pun dengan keluarga sini pun terbaik untuk dapatkan kopi Americano yang begitu umppphh!

Dalam banyak restoran-restoran di Johor Bahru seperti mamak, restoran tomyam, restoran-restoran Melayu hanya inilah satu satunya restoran yang menyediakan kopi Americano, Latte, Cappucino dan Expresso. Dan yang menariknya restoran ini juga menggunakan mesin coffee maker bagi memastikan kualiti adunan kopi terjaga.



Nak tau berapa harganya? Cuma RM3.90 utk secawan kopi Americano. Abam memang stick pd Americano, pasal taste pada kopi atau teh yg ada campuran creamer/susu mcm tu kurang. Kalau korang tak minat Americano, kat sini juga ada Latte, Expresso dan Cappucino.

Untuk pengetahuan korang tempat makan di Taman Universiti menghidangakan pelbagai jenis makanan daripada roti canai yang pelbagai aneka termasuk roti sarang burung, nasi dan mee goreng dan juga tomyam termasuk beraneka jenis minuman. Bagi yang nak cari hidangan raya seperti ketupat, rendang dan sebagainya Gerai Kak Izan menyediakan menu raya ni.

Foto atas : Meehon Goreng Thai yang admin pesan dah sampai…apalagi..

Adios amigoes, selamat menempuh minggu PKP yang mencabar ya #kitajagakita #patuhiSOP

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s