Tempat Menarik di Johor Bahru – Pantai Rakyat Pantai Lido, Pantai Indah DiKambus Pembangunan

Tempat Menarik di Johor Bahru – Pantai Rakyat, Pantai Lido, Pantai Indah DiKambus Pembangunan

Foto atas : Kalau nak lepaskan lelah memandu dan hilangkan stress datanglah ke sini Pantai Lido

Apa dah jadi pada tempat menarik yang dulunya jadi tempat mandi manda rakyat kat Johor Bahru ni? Pantai Lido atau nama baru Inggerisnya Danga Bay adalah tanah pantai yang menganjur hingga ke pembangunan tebus guna tambak Lido Waterfront di hadapan Hospital Sultanah Aminah. Kemudian terus hingga ke hadapan Bangunan MBJB ( berhampiran tapak Bazar Karat / JB Bazaar yang kini famous dengan pengunjung-pengunjung dari luar )

Foto atas : Sehingga kini masih ramai pengunjung pengunjung yang sering berhenti di sini mengambil udara pantai dan menikmati pemandangan indah..tapi kini itu semua akan terkubur dalam memori. Apakah tiada langsung usaha-usaha mengembalikan Pantai Lido walaupun dihujung tambakan sana seperti di Melaka? Masjid Sultan Abu Bakar juga akan jauh jauh berada dari pantai akhirnya…

Tempat ini dijangkakan akan berubah sama sekali. Apa yang berubah? Pantai rakyat yang suatu masa dahulu dulunya menjadi kebanggaan rakyat Johor seperti Pantai Tanjung Bungah atau Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang serta Pantai Batu Buruk Kuala Terengganu ,  akan lenyap sama sekali buat selama-lamanya!

Foto atas : Salah sebuah bangunan warisan sejarah Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru memang menghadap laut Pantai Lido, nostalgia bersama arwah bapa admin, yang pernah masuk wad dan ditempatkan pada bahagian yang menghadap laut, dengan angin laut yang sentiasa bertiup sepoi-sepoi bahasa memang best!

Apa yang pastinya admin jangkakan dalam masa 3 bulan lagi memang akan terus pupus tempat bersiar-siar tepi pantai di Johor Bahru ini. Kalau korang nak menikmati pemandangan jalanraya tepi pantai, datanglah ke sini yakni saat-saat terakhir sebelum permata warisan bangsa ini hilang dari pandangan dan sanubari setiap anak watan Johor…lebih-lebih lagi anak watan Johor Bahru yang lahir di sini…

Pelan atas : Pantai Lido ( sekarang Danga Bay ) adalah pantai berpasir yang bermula dari Kuala Danga (muara sungai Danga) ke  Teluk Danga (berhampiran Istana Bukit Serene, Sultan Johor )hinggalah ke hadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Pejabat Pos Besar Johor Bahru , ialah tempat bersiar-siar dan pantai rakyat. Rakyat marhaen tak kira sesiapa sahaja, baik yang naik bas turun di sini, yang berbasikal, malah yang berkereta juga  boleh letakkan kereta pada parkir yang disediakan di sepanjang pantai dan mengambil angin sambil bersiar-siar di tepi pantai tak kira masa.

Foto atas : Kelihatan jentera-jentera penambakan pasir sedang beroperasi dengan hebatnya

Dahulunya rakyat marhaen bebas bersiar-siar di sini tak kira masa baik di subuh hari, tengahari, malam-malam atau pun  menjelang dinihari. Admin sendiri bersama keluarga pun dahulunya selalu bersiar-siar di sini pada malam hari kerana pantai ini diterangi lampu di kebanyakan tempat.

Kalau dulunya masa admin bersekolah, para pengunjung yang datang ke sini akan dapat bersiar-siar dan menikmati angin laut sepanjang Teluk Danga hinggalah ke pusat bandar berdekatan Bazaar Karat yang sepanjang 7km. Kalau tak singgah di tepi pantai pun, anda masih dapat menikmati pemandangan laut pantai Lido sambil anda pandu kereta secara bersantai-santai.

Admin cadangkan korang baca post min yang lepas tentang Pantai Lido yang seronok untuk rakyat marhaen bersiar-siar. Sila baca tentang Pantai Lido yg amat menarik di sini

Masih ingat lagi masa admin muda-muda dulu, lepas berjaya dapat lesen kereta, admin memang gemar turunkan tingkap kereta dan ambil udara sear ketika memandu di sepanjang pantai Lido ni, tapi yang pilunya semua akan hilang termasuklah tempat-tempat untuk anak bangsa berniaga dan bergiat dalam bidang ekonomi di sekitar pantai ini..

Salam bahagia buat pembaca setia J2C2 dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 2019 buat semua…

Save

Save

Save

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s