Hotel Penginapan Menarik di Cyberjaya : Cyberview Resort & Spa

Cyberview Resort & Spa : Hotel Penginapan Menarik di Cyberjaya

Admin nak bawa anda ke satu tempat percutian yang menarik di Cyberjaya iaitu Cyberview Resort and Spa. Merupakan sebuah resort penginapan, Cyberview terletak di tengah tengah pembangunan Cyberjaya.

Seperti yang korang tau, Cyberjaya merupakan bandar perindustrian komersil yang menempatkan industri-industri perkilangan yang mengkhusus kepada teknologi multi media, teknologi maklumat komunikasi dan pengkomputeran. Jadi bangunan-bangunan di sini mewujudkan suasana perkilangan dan impresi kerja, kerja, kerja dan kerja.

Oleh itu  kawasan perbandaran Cyberjaya  ini mempunyai perbandingan suasana  yang kontras atau berlawanan dengan Cyberview Resort. . Apabila anda masuk sahaja ke kawasan  tempat percutian berbentuk resort ini, anda akan dapati tempat ini memberikan anda suasana kerehatan dan  landskap yang menarik untuk persekitaran di sin. Apa yang admin dapat tengok di sini, resort ini menawarkan anda penginapan sederhana mewah di dalam  kategori resort 5 bintang.

Foto atas : Fooh, masuk sahaja ke ruang lobi Cyberview Resort and Spa ni admin dah terpana dengan keindahan hiasan dalaman resort ni. Hiasan moden digabungkan dengan perabot perabot moden cukup mengasyikkan , sampaikan admin terlupa sekejap nak buat daftar check-in.

Hiasan dalamannya pula amat menarik dengan senibina Melayu tradisional yang menampilkan ukiran-ukiran pucuk kayu dan kerawangan . Pencahayaan dalam lobi ini juga dirancangkan dengan begitu teliti sekali hinggakan keindahan cahaya lampu ini menyerlahkan bentuk-bentuk ukiran dan warna-warna pada hiasan kayu yang kontras pada pandangan mata.

menarik-cyberjaya-resort00

Lantai ruang lobi juga dibina daripada kayu parquet asliyang seragam dengan warna hiasan kayu pada dinding dinding lobi ini. Kerusi sofa pula amat empuk dan membangkitkan suasana “comfy” sebaik sahaj anda melabuhkan punggung ke atasnya.

menarik-cyberjaya-resort02Pencahayaan yang teliti dan menarik juga menyerlahkan suasana atau “ambiance” yang santai atau relax sesuai dgn fungsinya sebagai tempat percutian dalam kategori resort dan spa.

menarik-cyberjaya-resort05Hiasan dan perabot di sekitar bangunan resort juga meningatkan admin pada suasana hiasan seperti mana penginapan yg kedapatan di Thailand terutamanya di Chiangmai. Di Cyberview resort ini, anda akan dapati perabot-perabot dan hiasannya di perbuat daripada kayu-kayu jati dan lain-lain jenis kayu keras, tembikar-tembikar tanah liat dengan kemasan porselin  dan lain-lain. Contohnya seperti set meja dan kerusi di atas diperbuat daripada kayu jati dengan bentuk yang unik dan tersendiri dan pasu buanga hiasan yang setinggi 1.4m menghiasi tiang-tiang bangunan resort.

Bersambung lagi pada post akan datang..kita tengok pula Bilik Penginapan di Resort ni..Adios amigoes 😀

 

 

 

 

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Advertisements

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s