Sup Sitam Batu Pahat : Tempat Makan Best

Sup Sitam Batu Pahat : Tempat Makan Best

 

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

Tempat makan best di Batu Pahat ni iaitu Sup Sitam   yang famous memang merupakan salah satu destinasi makan-makan yang korang tak boleh lepaskan . Masa first time dengar namanya, admin ingatkan sup hitam, maka terbayanglah sup yang berwarna hitam…rupa-rupa Sup Sitam…So,  kalau korang ke Batu Pahat , admin cadangkan masukkan ianya ke dalam salah satu destinasi jalan-jalan cari makan korang..ye..

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHATFoto atas: Sebahagian daripada BP Walk, yakni laluan pejalan kaki yang lebar..tapi sesetengahnya dah jadi sempit dan bila jadi sempit dah jadi kurang mesra untuk orang awam lalu lalang apatah lagi lah untuk OKU ( Orang Kurang Upaya dan orang Berkerusi Roda-Wheelchair Person),
Namanya BP Walk tapi di sebahagian laluan sempit dan sukar dilalui..ni Majlis Perbandaran Batu Pahat kena la ambil perhatian..

Lokasi:
Yang bagus pasal lokasinya, gerai sup yang famous buat penduduk Batu Pahat ni terletak di tengah-tengah bandar dan lokasi juga amat strategik. Jadi tak susahlah korang nak cari  sup ni, Tambahan pula ianya diletakkan di Batu Pahat Walk, iaitu kawasan siarkaki di pinggiran jalan utama bandar.  Cuma kat bandar Batu Pahat ni, jalannya banyak yang ” one-way”..kalau korang terlepas..tawaf satu bandar, baru la jumpa semula…ngeh..ngeh..ngeh..ngeh..ahakss :

Tips orang luar nak ke Sup Sitam :
Dari highway Utara Selatan, amik Exit Tol Air Hitam, lepas tol ikut arah Batu Pahat dan selepas 40 minit memandu sampailah korang ke bandar batu Pahat..

 

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHATAntara jenis-jenis sup yang dihidangkan kat Sup Sitam ialah sup lidah, urat, perut, “gear box”, ekor dan lalin-lain lagi.

 

Foto atas : berdepan dan berdekatan dengan Pos Malaysia Batu Pahat

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHATPos Malaysia berdepan dengan Sup Sitam, bangunan lama yang klasik

 

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHATSup tulang yang mebeles, meleleh dan boleh disedut..boleh dimakan bersama nasi lemak Rm1.00  di sini

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

TEMPAT MAKAN BEST, SUP URAT BATU PAHAT

Lokasi Sup Sitam ni :-
Jalan Rahmat, Kampung Pegawai, 83000 Batu Pahat, Johor. (Depan HSBC BANK / bertentangan dengan Pejabat Pos.)

Adios amigoes, sampai ketemu lagi dalam lain-lain post 🙂

Save

Save

Advertisements

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s