Kedai Makan Kampung di Bukit Indah, dekat Legoland Malaysia Nusajaya

Kedai Makan Kampung di Bukit Indah, dekat Legoland Malaysia Nusajaya

Kedai Makan Kampung di Bukit Indah–Dekat Legoland-Restoran Mak Engku and Catering

Bagi korang yang mencari kedai makan kampung di Bukit Indah,  Nusajaya marilah ke restoran Mak Engku and Catering . Korang boleh dapati Mak Engku menyediakan lebih daripada 20 jenis masakan Melayu untuk makan tengahari.

Jangan fikir Mak Engku sediakan menu makan untuk tengahari jer yer…sarapan pagi dan makan malam juga disediakan oleh Mak Engku. sarapan pagi juga dah disediakan bermula pukuk 7.00 pagi, jadi korang yang nak masuk berhibur kat Legoland, yok datang ke sini sarap dulu , sebelum pintu masuk Legoland dibuka pada pkl 9.30pagi 🙂

Kedai Makan Kampung di Bukit Indah–Dekat Legoland-Restoran Mak Engku and CateringFoto atas : Lauk pauk di sini dihidangkan dalam tray catering

Lokasi kedai makan Mak Engku ni pun tak jauh dari Legoland Malaysia, cuma antara 7 ke 10 minit memandu kereta korang..kalau pandu kereta orang lain pun sama jer masanya..ahaknya.. 🙂

Kedai Makan Kampung di Bukit Indah–Dekat Legoland-Restoran Mak Engku and CateringFoto atas  : Bandar Bukit Indah, Nusajaya di mana lokasinya Mak ENgku berada..

Dan satu lagi bandar Bukit Indah ni merupakan Prime Area, Central Business District atau Pusat Perdagangan bagi Nusajaya di mana di sini terdapat 3 buah Hypermarket iaitu AEON, Tesco dan Giant, kedai-kedai pelbagai hinggalah 9 buah bank terdpat di Bukit Indah ni  seperti Bank Islam, Bank Rakyat, BSN, Publick Bank, Maybank ( Full Banking kaunter di dalam AEON, Aras Tanah), Hong Leong, Ambank, Alliance, Bank of China, RHB, Standard Chartered dan lain-lain lagi minus bank ah long…ahakss… 😉

Korang nak tau cerita lanjut pasal Bandar Bukit Indah, klik sini

Kedai Makan Kampung di Bukit Indah–Dekat Legoland-Restoran Mak Engku and Catering

Macam mana pula kalau nak ke sini kalau korang naik Grab atau Uber? Senang jer, bagitau abam Grab atau abam Uber korang nak g Mak Engku Bukit Indah..kalau tak tau pulak…apalagi ” Fire Up” Waze lahh…Mak Engku ni dah masuk dalam Waze dan juga Google Maps..

Antara senarai lauk pauk yang Mak Engku masak ialah:
-lemak ikan sepat
-lemak cili padi
-kuah gulai ikan taucu ( ni faveret admin.. yum..yum..)
-ayam masak merah
-asam pedas ikan
-pindang ikan
-terung sambal ( terung panjang)
-sambal belacan
-gulai tempoyak ala Perak
-dan lain lain lagi

Tips J2C2 : Kelebihan Mak Engku, kalau korang nak panaskan makanan, di sini disediakan microwave.

Ok, tu dia Mak Engku dan Catering, nak cari kedai makan kampung di Bukit Indah, yang lokasinya bukan di kampung..ahakss..Kalau korang menginap di hotel atau homestay sekitar Bandar Bukit Indah ni, meh datang ke sini ( orang Perak khabor, moh ler datang ke sini… )

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Advertisements

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s