Tempat menarik di Kuching, Sarawak

Tempat menarik di Kuching, Sarawak

Tempat menarik di Malaysia ni banyak dan salah satu tempat yang korang boleh kunjungi ialah Kuching di Sarawak.Sarawak merupakan sebuah lokasi yang terletak di timur Malaysia dan di dalam pulau Borneo
Jika korang dari Semenanjung memang salah satu cara utama nak ke sana ialah dengan menaiki penerbangan sama ada MAS, Airasia , Firefly dan lain-lain lagilah yang korang biasa naik penerbangan murah ni tau. Tempoh penerbangan pula ialah 2 jam , jadi bawaklah apa-apa hiburan yang korang rasa patut untuk melayan kebosanan yang akan melanda sepanjang 2 jam dalam “flight” tu ya.

Foto atas dan bawah : Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching


Oh ya jangan lupa dalam Airasia ni korang boleh juga berhibur dgn hiburan macam WIfi khusus untuk main video-video dan lagi-lagu yang dibekalkan oleh WIFI yang namanya “ROk” . Hah, yang ni FREE. Tapi tak boleh surf internet. Korang cuma “connect” smartphone korang pd wifi flight ni yang namanya “Rok Wifi”. Nak surf? bayar dgn kad kredit korang.. Lepas tu layanlah movie-movie serta dokumentari video dalam tu sampai tak terlayan ahhh…cuma pastikan bateri smartphone cukup lama.

Apa yang unik dengan Kuching ni ya? Salah satu keunikan kuching ni ialah nama kucing itu sendiri Tapi adakah kita tahu asal -usul nama Kuching itu sendiri.Sebenarnya memang banyak teori tentang asal -usul nama Kuching itu. Ada cerita yang mengatakan penemuan Rajah Charles Brooke dengan seekor Kuching di situ.

Foto atas : Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, yang terletak di tebing Sungai Sarawak, superb!

Salah satu cerita pula mengatakan berasal dari pokok buah mata kuching (Euphoria malaiense) yang banyak ditanam di Malaysia dan sempena nama sebuah bukit yang dinamakan Bukit Mata Kuching di Sarawak. Sumber lain pula mengatakan berpunca daripada sebuah anak sungai di situ yang dinamakan Sungai Kuching. Jadi itulah mungkin antara sumber-sumber asalnya nama Kuching.

Kuching ni kalau korang nak ke sana memang banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Antaranya seperti di bawah :_

1. Taman Negara Tanah Lembab Kuching. Lokasinya ialah 30 km dari bandar.
2. Taman Negara Bako
3. Pusat Hidupan Liar Semenggoh
4. Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF)
5. Dewan Undangan Negeri Sarawak-terletak di tebing Sungai Kuching senibina bangunan ini memang “superb”! yo! Cantik dan menawan , senibinanya mengingatkan korang pada filem alien “Independence Day”
6. Astana
7. Fort Margherita
8. Muzium Kucing
9. Kuching Waterfront -sepanjang 5km di mana anda boleh berjalan kaki strolling di sepanjang waterfront ini         sambil menjamu mata korang dengan panorama indah Sungai Sarawak serta bot-bot yang ke hulu dan ke hilir sungai ini.
9. Muzium Sarawak
10. Kedai cenderamata dan cenderahati – Korang bila jalan-jalan makan mestinya nak beli sumthing untuk bawa balikkan? berdepan dengan waterfront memang banyak kedai-kedai menjual ole-ole untuk dibawa pulang. Dari kain batik Sarawak, ukiran-ukiran kayu, keychain, gula-gula lada hitam,macam-macam ada..
11. Medan Niaga SatokTelur Ikan Terubuk dan Ikan Terubuk Masin – paling famous-kalau sesiapa datang mesti nak bawa balik! Paling famous boleh didaapti di Medan Niaga Satok
12. Kek Lapis Sarawak

Foto atas : Bot 2 tingkat Sarawak River Cruise yang akan membawa anda mudik ke hulu hilir dengan bayaran menikmati panorama kehidupan flora dan fauna di sepanjang sungai ini.

Foto atas : Replika kucing di tengah pusat bandar Kuching , berhampiran dengan Waterfront

tempat-menarik-kuching004Foto atas : Antara Pusat Membeli belah tersohor di Kuching, The Spring

Foto atas : Bot river cruise akan bawa korang bersiar-siar hingga lewat petang dan malam

Foto atas : Bangunan “Old Court House” yang bersejarah di tengah bandar Kuching

Foto atas : Deretan rumah-rumah kedai yang banyak menjual cenderamata dan ole-ole untuk korang bawa pulang, di sekitar sepanjang Kuching Waterfront dan kebanyakannya di sepanjang Jalan Main Bazaar.

Foto atas : Yang menariknya sepanjang RiverFront ini adalah taman-taman yang dindahkan lagi dengan pokok-pokok landskap.

Foto atas : Bukan lah Muzium tetapi merupakan cafe-cafe yang banyak kedapatan di sepanjang Jalan Main Bazaar.

Itu dia antara tempat menarik di Kuching tapi kalau korang nak puas hati kat sini paling kurang menginaplah di sini untuk 3 malam dan 4 hari . Booking awal-awal dulu nanti menyesal pulak..ahaksss..

Bersambung lagi untuk tempat makan di Kuching…followwww….

 

Advertisements

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s