Hotel Penginapan Menarik di Melaka : Mahkota Hotel Melaka
Pada post yang lepas admin dah ceritakan serba sedikit tentang Mahkota Hotel Melaka, jadi pada kali ini admin nak ceritakan sedikit pada anda bilik penginapan di mana admin menginap ni.
Fota atas : Katil jenis queen dalam bilik Suite. Kebersihan suite dan bilik ini admin boleh bagi A
Pada admin rate bilik yang admin perolehi ni memang lah sesuai dengan bilik yang diperolehi. Jenis bilik ialah “1 room family suite”
Hiasan dalaman bertemakan warna putih
Bilik Suite ni mempunyai 1 bilik air yang terletak dalam bilik tidur
Ruang tamu bilik suite Mahkota Hotel ini menghadap laut Selat Melaka. Pada asalnya memang pantai hanya terletak di belakang Mahkota Hotel ini sahaja . Tapi kini telah ditambak oleh pembangunan komersil kedai pejabat yang diluluskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Walaubagaimana pun korang masih boleh menikmati panorama laut Selat Melaka sebagaimana admin yang dapat menginap bilik suite hotel di aras 9.
Suite hotel ini juga disediakan dengan table top, kabinet dapur dan juga meja makan untuk 4 orang. Hiasan dalaman agak old fashion tapi korang akan dapati suite ini begitu selesa untuk ibu bapa yang bekeluarga anak 4 hingga 6 orang.
Ruangan kitchen kabinet ini juga menyediakan dapur elektrik unutk kemudahan anda jika anda bercadang untuk memasak atau memanaskan makanan yang dibeli di luar. Jika korang nak beli keperluan makan dan minum dan lain-lain Kompleks Membeli Belah Mahkota Parade ( ada Parkson di dalam ) juga hanya terletak di depan hotel ini ( seberang jalan) . Sila ke pautan ini pengenalan hotel pada post lepas dan peta/maps lokasi hotel ni.
Foto atas : Tu dia , pemandangan laut Selat Melaka dari tingkat 9 bilik suite admin. Anda boleh tengok kapal-kapal belayar siang dan malam dari view sini. Anda juga boleh keluarke balkoni hotel utk bilik suite. Waktu malam juga indah kerana anda akan dapat menikmati pemandangan dari lampu-lampu kapal laut yang sedang belayar di Selat Melaka.
Serba sedikit tentang kelebihan lokasi Mahkota Hotel Melaka ialah berdekatan dengan Dataran Pahlawan, Holiday Inn hotel, Menara Taming Sari , Mahkota Medical Center, Shopping Complex Mahkota Parade dan lalin-lain di mana yang di atas hanya di seberang jalan sahaja.
Itu dia serba sedikit tentang Mahkota Hotel Melaka ya..adiosss…hingga berjumpa lagi…
Save