Hotel Penginapan Menarik di Melaka : Mahkota Hotel Melaka

Hotel Penginapan Menarik  di Melaka : Mahkota Hotel Melaka

hotel-best-melaka03-Hotel Penginapan di Penginapan di Melaka : Mahkota Hotel

Di sini admin nak ceritakan pasal penginapan hotel di Melaka di mana salah satunya ialah Mahkota Hotel Melaka. Buat pengetahuan korang Melaka ni merupakan tempat menarik yang terkenal bukan sahaja kat Malaysia malahan juga di seluruh dunia. Warisan sejarah silam Melaka inilah yang membolehkan Melaka memperolehi status daripadaUnesco sebagai bandaraya warisan dunia( World Heritage City).

Dan kalau korang nak tau , Hang Tuah yang sinonim dengan Kesultanan Melayu Melaka, bukan lagi lagenda, malahan kewujudan Hang Tuah telah dibuktikan melalui rekod-rekod manuskrip purba di Pulau Okinawa Jepun yang merekodkan kedatangan Hang Tuah bersama rombongan perdagangan Melaka mengunjungi dan mengadap Maharaja Okinawa ( rujuk silang ialah cara unutk membuktikan kewujudan dan kesahihan sejarah dengan rekod yang ada di negara-negara lain terutamanya bagi pengkajian sejarah korang tau…)

Oleh kerana tempat menarik ini sangat menarik jadi datuk bandar dan penguasa di sini berusahalah untuk mencantikkan bandaraya ini dan hasilnya Melaka menjadi tempat pelancongan yang terkemuka.

Dengan kedatangan pelancong yang ramai maka keperluan untuk penginapan adalah tinggi  di sini dan oleh itu salah sebuah hotel yang terkemuka di melaka ialah Mahkota Hotel yang akan admin ceritakan di sini.

hotel-best-melaka04
Foto atas : Lobi hotel ni juga menyediakan buggy, tapi admin tak pernah tengok pelanggan hotel ni naik buggy, mungkin untuk staff hotel jer..Apa kata Manager Hotel bagi keterangan unutk apa gunanya buggy ni, nak kata padang golf pun memang tiada di sini..

Mahkota Hotel ini pada asalnya terletak di tepi pantai Selat  Melaka . Oleh kerana pembangunan Melaka yang pesat dan amat rakus maka kawasan pantai yang dahulunya di belakang hotel ini telah pun ditambak oleh pembangunan komersil yang telah diluluskan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah. Di hadapan hotel ini pula terletaknya sebuah hospital swasta iaitu Mahkota Medical Center.

mahkota-hotel-melaka-map-how to goFoto atas : Map ke Mahkota Hotel Melaka

Ok, cuba korang tengok Mahkota Hotel punya map yang kat atas ni, di sebelah baratnya ialah Holiday Inn Hotel, berdepan seberang jalan ialah Mahkota Parade (Parkson) dan Mahkota Medical Center, dan Dataran Pahlawan yang sering menjadi venue bagi event event nasional dan peringkat antarabangsa juga tak jauh dari sini. Begitu juga dengan Menara Taming Sari yang boleh korang naik untuk menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka Bersejarah ni. Tapi unutk naik korang akan dikenakan bayaran ya!

Manakala yang menariknya bersebelahan Hotel Mahkota Melaka ini pula sebuah hotel 5 bintang iaitu Holiday Inn Melaka  yang admin tengok ramai pelancong-pelancong Jepun dan Eropah berdedai-dedai masuk dan keluar.

hotel-best-melaka03-Hotel Penginapan di Penginapan di Melaka : Mahkota HotelFoto atas : Basikal bersejarah di Hotel Mahkota, cantik
kalau korang nak berselfie atau wefie dengan basikal ini, kalau nak naik try
la minta pada manager hotel, mana la tau untung batu, tenggelam.. :D  ahaksss

Maklumlah ajelah hotel 5 bintang  , dan bagi mereka mungkin hotel rate Holiday Inn Malacca murah kerana tukaran wang asing ( currency exchange ) mereka yang tinggi berbanding ringgit malaysia yang semenjak dua menjak ini asyik turun nilai (devalue).

Walaupun hotel ini agak berusia tetapi oleh kerana kedudukannya di tengah bandaraya warisan bersejarah ini, memudahkan anda ke mana-mana lokasi pelancongan dan tarikan yang banyak kedapatan di sekitar bandar Melaka ini.

hotel-best-melaka03-Hotel Penginapan di Penginapan di Melaka : Mahkota HotelFoto atas : Foyer ke Lobby Mahkota Hotel

Tu dia di atas sedikit sebanyak tentang penginapan di Melaka di mana bukan sahaja hotel, motel, rumah tumpangan dan homestay yang kini tumbuh macam cendawan melata lepas hujan di Malaysia ni…

Bersambung lagi ya..untuk Hotel Mahkota di Melaka ni yaaa…Adiossss

 

 

 

Save

Save

Save

Save

Save

Save

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s