Tempat menarik di Johor : Johor Bahru alkisah klasik

Tempat menarik di Johor : Johor Bahru alkisah klasik

 

old-jb-town-of-yesteryear

Johor Bahru asalnya dulu ialah sebuah bandar kecil di hujung Tanah Melayu atau Malaya , keadaannya dan suasananya aman dan sentosa, sebuah tempat menarik yang tidak sesibuk sekarang ini. Sehingga ke tahun 1960-an ia merupakan bandar kecil di Malaya yang indah seindah “Good old time”.

Pantai Lido menjadi tempat percutian penduduk dan orang-orang dari luar untuk bermandi-manda .Airnya bersih berwarna biru dan tenang sekali. Ramai yang datang memancing ikan di pinggir-pinggir pantai di sini.

old-johor bahru-jetty-towards-bukit-timbalan

Begitu mudah memancing ikan di sini hingga dikatakan ikan-ikan boleh dipancing dengan menggunakan seutas benang yang diletakkan doh tepung dihujung benang. Apabila ikan memagut doh tepung tali ditarik dan ikan akan terikut sekali.! Itu dia keunikan tempat menarik di Johor Bahru suatu masa dahulu!! Pantai Lido sekitar tahun 1980-an menjadi tempat mandi manda kesukaan admin dan lain-lain pengunjung yang singgah di Johor Bahru.

old-pantai-lido-johor bahru klasikFoto : Menarik sungguh Pantai Lido, Johor Bahru  dari zaman dahulu hinggalah ke awal 2000-an Pantai Lido masih  belum di tambak oleh projek mega Billion RM mewah-mewah, kondominium dan apartment mewah unutk golongan berada dan jutawan dan mega jutawan dari negara asing. Anda berjalan-jalan siar-siar secara santai di tepian pantai .

Bot-bot dan perahu-perahu kecil boleh memudiki Sungai Segget hingga ke hulu bandar Johor Bahru. Kini Sungai Segget telah tertutup kepada lalulintas air, tiada lagi keindahan bot-bot dan sampan-sampan kecil ke hulu dan ke hilir sungai ini

Harga barang-barang keperluan tak mahal , malah lebih murah daripada lain-lain bandar di Tanah Melayu.

Apa yang terjadi hanya tinggal kenangan indah sahaja, tempat yang menarik seperti Pantai Lido telah hilang ditambak, Tanjung Puteri hanya tinggal nama di dalam buku-buku dan makalah sejarah sahaja, Kuala Danga juga telah menjadi hak milik Danga Bay, Teluk Danga juga telah hilang ditebusguna daripada paya-bakau indahnya.

Alangkah seronoknya jika hutan paya bakau di Danga Bay dijadikan destinasi pelancongan sebagaimana di Tanjung Bin , Kukup, Pontian di mana terdapatnya Board Walk Tanjung Bin. Sejarah cuma tinggal sejarah dan tak mungkin akan pulih kembali.

Diadaptasikan daripada :What’s going on in Johor Bahru?
[Sumber gambarfoto: Peggy Loh, super325.wordpress.com dan super325.wordpress.com

Bersambung lagi pada Selasa 27 September 2016 …jangan lupa…follow..macam mana nak follow

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s