Tempat Makan Best di Johor Bahru : Restoran Saga

Tempat Makan Best di Johor Bahru : Restoran Saga, Jalan Mahmoodiah

 

 

tempat-makan-best-jb-warung saga, mahmoodiahFoto atas : Yang teratas sekali foto-foto Sultan-sultan Johor , pemimpin-pemimpin negara

tempat-makan-best-jb-warung saga, mahmoodiahFoto : Dulunya sering kelihatan Allahyarham pemilik kedai ini duduk di sini dan sering berbual dengan pelanggan-pelanggan kedai yang dikenalinya. Beliau meninggal dunia pada awal tahun ini dan beritanya pemergiannya juga pernah dapat liputan di radio Malaysia Johor Bahru dan ruangan selatan akhbar nasional.

Merupakan sebuah restoran yang dah memang terkenal famous di Johor Bahru kerana keunikannya. Nak tau apa yang unik? Ya teruskan membaca. Kalau anda orang Johor bahru pastinya dah tahu ya. Bagi anda yang datang makan angin atau berkunjung ke tempat-tempat menarik di Johor Bahru Puteri Harbour meh datang ke sini.

Ok, di sini admin ceritakan sedikit tentang Resto Saga ni. Lokasinya terletak di Jalan Mahmoodiah, iaitu hampir di pusat bandaraya Johor Bahru, lebih kurang 5km dari Angry Bird Indoor Park yang terletak di dalam KOmpleks KOmtar JBCC.

tempat-makan-best-jb-warung saga, mahmoodiahFoto : Anak muda dengan warung jualan burger di hadapan pintu masuk Restoran Saga.

Ia juga bersebelahan sahaja dengan Surau Jalan Mahmoodiah yang dah berusia lebih daripada 70 tahun itu ya.

Yang istimewanya dan menariknya dengan restoran ini berbanding dengan mana-mana pun restoran ialah di dalamnya dipenuhi dengan gambarfoto-gambarfoto lama berkaitan dengan negeri Johor. Ada foto yang berwarna ada juga yang hitam putih. Daripada foto-foto kerabat diraja negeri Johor, ahl-ahli politik lama Johor hinggalah kepada ahli-ahli politik di negeri jiran iaitu Singapura.

Ok, itu dia serba sedikti tentang Restoran Saga di Jalan Mahmoodiah Johor Bahru, lebih kurang 40 mnit dari Legoland Malaysia dan 20 minit daripada Bandar Bukit Indah, Johor Bahru. Jika anda inginkan lebih maklumat lanjut tentang restoran ini bolehlah juga ke posting yang lepas berkaitan tempat makan di Johor Bahru di sini.

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s