Tempat Menarik dan Shopping Raya Johor Bahru : Tempatan Fest Raya 2016, Puteri Harbour

Tempat Menarik dan Shopping Raya Johor Bahru : Tempatan Fest Raya 2016, Puteri Harbour

tempatan fest puteri harbour Raya 2016

Tempatan Fest Raya 2016 yang hari ni merupakan hari terakhir berlangsungnya di Puteri Harbour, Iskandar Puteri (Nusajaya). Bagi korang yang baru bangun tidur di petang Sabtu nan indah ini, masih belum terlambat untuk mandi bersiap dan ayuh mari kita ke festival ekspo bergerak seantero Malaysia ni .

tempatan fest puteri harbour Raya 2016

Macam -macam ada di sini semuanya hasil buatan anak-anak lokal kita yang bersemangat keusahawanan, kreatif,  dan imaginatif .

Bagi korang yang belum pernah ke Tempatan fest sebelum ni ambilllah peluang untuk jenguk-jenguk ke sini .

tf-raya-2016-6

Tempatan Fest ni merupakan “A Touring Festival of Malaysian Independent Clothing” menurut pernterjemahan dari pihak organizer mereka ya ataupun secara mudahnya dapat difahami sebagai Festival Fesyen Pakaian bergerak malaysia. kalau korang nak tau festival ini sentiasa bergerak ke seluruh malaysia dari satu bandar ke satu bandar yang lain.

Lebih dan kurang macam itulah dan memang itulah  modus operandi Tempatan Fest yang saban masa menjelajah ke seluruh negara untuk mempromosi hasil-hasil kreativiti anak-anak tempatan yang genius. Boleh dikatakan lokal genius dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

puteri-harbour-nusajaya-public-marinaTu dia Puteri Harbour dengan bot bot layarnya

Berlokasi di Puteri Harbour, satu-satunya pelabuhan kapal dan bot layar antarabangsa di negeri Johor, Puteri harbour ni terletak bersebelahan sahaja dengan Taman Tema Dalaman Hello Kitty ( dan juga The LIttle Big Club, Thomas and Friend dan Bob The Builder, iaitu permainana dan aktiviti-aktiviti Fun Fair serta  aktiviti permainan fizikal unutk kanak-kanak, orang dewasa juga boleh turut serta kerana permainan-permainan juga disediakan untuk orang dewasa menemankan anak-anak mereka bermain)

Juga Puteri Harbour terletak 5 minit perjalanan memandu kereta dari Legoland Malaysia . Manakala ia juga terletak 10-15 minit memandu dari Bandar Taman Bukit Indah, sebuah bandar satelit kepada Legoland Malaysia, Hello Kitty Puteri Harbour dan juga KOta Iskandar.

Di sini semuanya lengkap dari kemudahan bershopping seperti AEON Bukit Indah. Setinggi 3 tingkat, pelbagai outlet jenama branded seperti Hush Puppies, Levi’s, Al-ikhsan sport,Padini, Vinnci dan pelbagai lagi.

Kalau  restoran ada lebih 25 buah di sini seperti KFC, Pizza Hut, Oldtown, A&W, Starbuck, Nando’s Black Canyon, Secret Recipes, JOhnn’s, dan termasuk AEON Food Court.

Selain itu pelbagai kemudahan penginapan ada di sini dari hotel budget Ah Sang hinggalah ke Granada Hotel serta penginapan berbentuk homestay atau guesthouse.

Apalagi dah mandi?Jom kita Tempatan Fest, jangan terlepas nanti melepas…ahakkksss..

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s