Tempat menarik di Johor : Apa ada kat Telok Sengat?

Tempat menarik di Johor : Apa ada kat Telok Sengat?

Tempat menarik di Johor : Teluk Sengat, Kota Tinggi

 

Tempat menarik di Johor ni iaitu Telok Sengat pada post yang lepas , admin dah ceritakan sedikit latar belakang dan foto-foto dah diuploadkan buat tatapan korang semua, follower J2C2 yang setia ya. Pada kali ni kita sambung lagi tentang Telok Sengat …Jadi , apa yang ada di Telok Sengat? banyak, salah satunya sumber alam sekitar yang tidak ternilai harganya…yang mungkin pupus di zaman akan datang.

Jadi buat masa ni ambillah peluang ke sini..sebelum Telok Sengat yang indah  ni pupus ditelan dek pembangunan yang rakus oleh korporat-korporat dan pemaju-pemaju yang cuma mementingkan keuntungan..Jom, mari kita mulakan pengembaraan kita yer🙂

Tempat menarik di Johor : Apa ada kat Telok Sengat?Foto atas: Inilah dia pekan Telok Sengat yang jaraknya 7km dari Johor Lama ( kota warisan peninggalan Sultan Mahmud pada abad ke 16 setelah kejatuhan Melaka ke tangan Portugis ). Pekan ni agak aman dan damai, sesuai untuk relaks relaks,  semuanya tenang, tiada huru hara kota yang segala-galanya bergerak pantas dan semuanya nak cepat..dan yang pasti tiada orang yang berjalan sambil mata dan tangan difokuskan kepada handphone.

Tempat menarik di Johor,Telok SengatFoto atas :  Korang pernah jumpa stesyen minyak jenama Teguh di lain-lain tempat? Klasik, biasanya hanya dijumpai di pekan-pekan kecil yang jauh terpencil

Tempat menarik di Johor,Telok SengatFoto atas : Nak makan, inilah dia Mak Lam Seafood, pastinya hasil-hasil laut segar dan fresh unutk menu hidangan anda jika ke sini.

 

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

Agak lengang di kala bukan waktu hujung minggu, boleh dikatakan orang Telok Sengat ni kenal sama ada korang luar yang baru ke sini atau penduduk tempatan. Merupakan sebuah pekan kecil yang terletak pada lereng bukit. Nun jauh di bawah sana ialah Sungai Johor yang semakin melebar apabila menghampiri muaranya di Selat Johor.

Tempat menarik di Johor,Telok SengatFoto atas : Bot-bot yang terhampar di atas pasir Sungai Johor apabila air surut

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

Foto atas : Nampak foto atas?, korang dah perhatikan tulisan yang ada kat depan kedai tu? Udang hidup segar Telok Sengat, jarang-jarang dijumpai , atau hampir tak diketemukakan di tempat lain ,even kat Terengganu. Apa pun check dulu ya..admin cuma terperasan dan terus ambil shot.. tak tau lah kalau tu umpan udang hidup untuk pancing…ahakkksss🙂

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi, BelangkasFoto atas : Apa lagi yang korang boleh temui di sini , ya Belangkas. Kalau nak cari hidupan laut yang agak unik iaitu belangkas , datang ke Telok Sengat ni ya, contact Jais ( JJ Belangkas ) . Oops nombor tak de pulak, papan tanda tak disertakan dengan nombor telefon.

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

 Foto atas :  Yang ni pula pemandangan jambatan dan jeti dilihat dari jalan menuju ke Kampung Belading. di mana di situ juga terdapatnya Taman Buaya. Ya, taman buaya berhampiran Sungai Johor yang perairannya berairkan air masin..mungkin buaya air masin kot macam kat Florida, USA..ahakkss🙂

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat  dan Taman Buaya . Satu lagi sebab anda datang ke tempat menarik di Telok Sengat ni ialah Taman Buaya..

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi, Taman BuayaFoto Atas : Selamat datang ke Taman Buaya, Telok Sengat.

 

 

Tempat menarik di Johor : Telok Sengat, Kota Tinggi, Taman BuayaFoto atas : Hmmm..admin macam pernah terperasan foto macam ni..kat mana yer…hmm…yer.. tak silap dalam suratkhabar , 2 tahun yang lepas, kat Morib Selangor…kes orang-orang hilang dan dibakar…tapi ni kat Telok Sengat yer..hehe🙂

 

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s