Tempat makan dan minum di Melaka :Pulau Sebang, Alor Gajah

Tempat makan dan minum di Melaka :Pulau Sebang, Alor Gajah

Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau SebangFoto atas : Tu dia gerai Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau Sebang

Tempat makan dan minum di Melaka ni iaitu gerai Cendol Pulau Sebang sebenarnya bukanlah pulau melainkan sebuah nama tempat yang terletak tidak jauh dari Exit Alor Gajah (Lebuhraya Utara Selatan) dan juga tak jauh dari A’ Famosa Resort yg terkenal itu.

Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau SebangFoto atas : Labu goreng yang admin terlepas…😦

Gerai atau tempat makan ini terletak di pinggir jalan menuju ke pekan Alor Gajah dan dihiasi dengan pemandangan kampung yang amat menarik dan menyegarkan mata, hilang keletihan dan kelesuan admin memandu. Maklumlah  memandu melalui jalan biasa dari Segamat semenjak pukul 12.30 petang hari tersebut.

Ok, apa yang dihidangkan di sini ? Antara menu yang dihidangkan di sini ialah seperti laksa utara, mee kari, tahu sumbat, mee tiaw, bihun sup, goreng pisang dan bermacam lagi goreng bertepung yang dihidangkan di sini. Dan tak terkecuali labu goreng yang admin dan krew Jalan2cuti2 tak pernah ketemu di tempat-tempat lain. Malang tidak berbau, ketika admin dan Krew J2C2 sampai ke sini , labu goreng dah pun “sold out”

Gerai  Cendol Pulau Sebang ini sebenarnya famous dengan pengguna jalanraya dan penduduk tempatan dan mereka menghidangkan menu cendol seperti berikut :-
-cendol kacang
-cendol jagung
-cendol tapai
-cendol pulut

Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau SebangFoto atas : Lepas makan cendol admin berlari-lari ke sini untuk ambil “shot” pemandangan bebiri ni yang entah ke mana nak balik. Bijak betul biri-biri Melaka ni , tak perlu ada penjaga

Sambil makan dan minum  di sini admin dan Krew jalan2cuti2 dapat menikmati pemandangan kampung yang indah menarik dan permai, sementelahan lagi kawasan luar bandar di Melaka memang terkenal dengan keindahan alam sekitarnya yang berbukit bukau. Kebetulan pula  terdapat sekawan kambing biri-biri yang dalam perjalanan ke suatu tempat, mungkin nak balik ke kandang masing –masing lah agaknya. Jadi admin tak lepaskan peluang untuk menangkap sekeping dua gambar biri-biri ni ya.

Tempat makan dan minum di Melaka :Pulau Sebang, Alor GajahFoto atas : Pokok apa di atas tu? Buat kali pertamanya admin menemui pokok Avocado yang tengah berbuah🙂 , pokok Avocado Pulau Sebang, Melaka ! Juga berhampiran gerai cendol Pulau Sebang

Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau SebangFoto atas : Pokok Avocado ni juga terletak di parking bersebelahan gerai ni ya.

Tempat makan best Melaka-Cendol Pulau SebangFoto atas : Parking tepi jalan pun ok juga, sebab jalan kampung ni tak berapa sibuk, tapi awas , ambil perhatian pada lori – lori tanah yang lalu lalang.

Dengan ini berakhirlah kisah tempat makan di Melaka, gerai Cendol Pulau Sebang…

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s