Tempat makan di Johor : Ramli Kopitiam, Batu Pahat.

Tempat makan di Johor : Ramli Kopitiam, Batu Pahat.

Tempat makan di Johor : Ramli Kopitiam, Batu Pahat.

Tempat makan di Johor ni iaitu Ramli Kopitiam merupakan kedai makan yang menghidangkan pelbagai jenis makanan sarapan dan menu utamanya ialah nasi lemak ayam dan mee rebus. Terletak di tengah-tengah bandar , memang mudah untuk ke sini.

Ramly Kopitiam, bersebelahan jer dengan Pasar Pagi atau Pasar Lambak Jln Ibrahim , Batu Pahat, di tengah tengah town center.Foto atas : Ramly Kopitiam, bersebelahan jer dengan Pasar Pagi atau Pasar Lambak Jln Ibrahim , Batu Pahat, di tengah tengah town center.

Lokasi Tempat Makan

Lokasinya terletak di Jalan Ibrahim , iaitu berhampiran dengan Pasar Pagi . Jadi korang bolehlah bersama-sama keluarga di sini sambil  mungkin boleh shopping atau beli dan belah ( jangan belah terus, duduk sat kat kopitiam rasah dulu sarapan di sini no..katah orang utarah…ahakkks 🙂 ) sikit-sikit di pasar pagi Jalan Ibrahim ni. So, bagi korang yang nak bercuti di Johor, Batu Pahat jangan ketinggalan ya, tempat makan ni pastikan tersenarai ke dalam lokasi tempat makan korang ya..

Tempat makan di Batu Pahat Johor ni bukan sahaja korang akan dapati unik dan menarik perhatian malah lokasinya juga bersebelahan dengan tempat menarik di Batu Pahat iaitu pasar pagi yang korang akan dapati  bermacam-macam barangan dari barang-barang antik hinggalah gerai petai dan hasil mahsil kampung dan herba-herba hutan.

Kalau tak mahu bershopping boleh lah juga melayan-layan mata melihat gelagat pembeli dan penjual di sini. Atau pun ‘ window shopping” dan yang lebih tepat lagi “corridor shopping” kerana di sini meja-meja kopitiam diletakkan di kaki lima atau koridor yang bersebelahan sahaja dengan lorong Pasar Pagi ni.

Tips J2C2 ke sini : Jalan di sini banyak sehala atau “One Way..” pastikan anda dah study dulu sebelum ke sini kalau tak “tawaf”  keliling pusat bandar Batu Pahat ni.. .. 3-4 kali sebelum dapat parking dkt dengan tempat makan ni…ahakkks…jadi bagi orang jauh utara ke timur ke yang nak bercuti di Johor pastikan bawa map atau study Google Map atau senang Waze apps tu …

Bersambung lagi…kita tengok menu utama di Ramly Kopitiam…

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s