Tempat Makan Minum Best di Johor Bahru : Cupchai Cafe

Tempat Makan Minum Best di Johor Bahru :  Cupchai Cafe &  Resto

tempat-makan-best-jb-001Foto atas : Cupchai Cafe, terletak di Uda Business Center, “top place” untuk lepak-lepak sama minum air dengan rakan taulan dan keluarga. Di sini juga banyak kedai-kedai yang diusahakan oleh golongan Bumiputera dan Islam dari fesyen tudung, jubah, perkahwinan dan hinggalah barang-barang atau produk yang diimport dari China.

Tempat makan best di Johor Bahru ini iaitu Cupchai Cafe menampilkan hiasan dalaman ( interior design ) cafe yang kreatif dan berkonsepkan ala-ala hipster.  Pastinya menarik perhatian ramai terutamanya anak-anak muda untuk berkunjung dan menikmati hidangan makanan di sini .

 

tempat-makan-best-jb-002Foto atas : Dalam restoran Cupchai

Reka hiasan dalaman cafe ni direkabentuk dan dikonsepkan dari persatuan JOHO  yang mana ianya dianggotai oleh anak-anak muda yang kreatif dan berbakat dalam menghasilkan konsep produk-produk untuk dikomersilkan.

makan-best-jb2 CupchaiFoto atas : Terletak di antara pelbagai jenis kedai yang diusahakan oleh Bumiputera seperti Hamidah Curtain, Hasena Stevia, Kedai Makan Upin dan Ipin dan lain-lain lagi.

upin-restoran-johor

 

Foto atas : Kedai Makan Upin dan Ipin ialah di antara 90% kedai-kedai yang diusahakan oleh Bumiputera  di Uda Business, Tampoi, JB ( sebelah Plaza Angsana, Jb)

Tempat makan best di Johor Bahru ini terletak di Uda Business Center, Tampoi. Terletak beberapa blok di belakang pusat beli-belah kain dan tekstil yang amat terkemuka atau famous di Malaysia iaitu Jakel. Jadi anda dan keluarga boleh membeli-belah di Jakel samada sebelum atau selepas menikmati makanan di Cupchai. Selain itu yang bestnya ia juga terletak hanya 500m dari Plaza Angsana , Tampoi ( tepi jalan besar ke Danga Bay dan pusat Bandaraya Johor Bahru

Next on Cupchai Restoran – menu . Bersambung …

 

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s