Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

Tempat makan dan minum di Johor Bahru ini iaitu Warung Cendol Mak Siti ini terletak di pinggir jalan berhampiran dengan pekan Ulu Choh. Terletak kira-kira 25 minit perjalanan dari Legoland Malaysia, ianya di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah yang juga di mana terletaknya Legoland Malaysia. Selain itu ianya juga terletak di hadapan kawasan Ekstrim Sport Motorcross Ulu Choh Dirt Park 

Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

Ulu Choh pula terletak di antara Pekan Nanas menuju ke Skudai. Sekiranya anda pernah jalan-jalan ke Pontian dari Johor Bahru, pastinya akan ternampak banyak deretan kereta-kereta yang berhenti di tepi jalan berhampiran gerai cendol ni.

Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

Gerainya agak simple dengan meja makan yang diperbuat dengan  gelendong kabel TNB dan di alas dengan tikar getah tetapi sering dikunjungi oleh ramai pengunjung dan termasuk juga kenderaan-kenderaan berplat Singapura juga turut singgah di sini menghirup semangkuk dua cendol.

Gerai ini juga terletak kira-kira 1km ke tasik simpanan air SAJ ( dahulunya Public Utilities Board, Singapura) yang kiranya anda menuju ke Skudai dari arah Pontian pastinya anda akan ternampak sebuah tasik di sebelah kiri anda.

Menu cendol yg dihidangkan :
Cendol kacang merah
Cendol Pulut
Cendol tapai ( dihidang bergantung kpd bekalan tapai )
Cendol biasa

Walaupun begitu anda takkan berjumpa dengan makcik yang bernama Mak Siti di sini kecuali gerai yang dikendalikan oleh 2-3 orang anak muda. Ahakks  :-D

4 thoughts on “Tempat makan-minum di Johor Bahru : Warung Cendol Mak Siti, Ulu Choh, Johor Bahru

  1. Pingback: Event menarik di Johor Bahru : Hard Enduro Harimau Kumbang, Ulu Choh Dirt Park | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

  2. Pingback: Pembukaan Event Hard Enduro Harimau Kumbang : Ulu Choh Dirt Park Motorcross – Menarik di Johor Bahru | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s