Tempat Menarik di Cameron Highlands : Tea Shop Boh Ringlet

Tempat Menarik di Cameron Highlands  : Tea Shop Boh Ringlet

ameron Highlands - Ringlet Boh CafeBersama staff Ringlet Boh Cafe, Cameron Highlands yang friendly

Foto di atas . Menunggu minuman teh yang dibeli secara self-service . Di Tea Shop Boh Ringlet ini  cuaca pada waktu petang ini memang agak sejuk ( memang sejuk ) dan skala kesejukannya memang lebih sejuk berbanding dengan Tea Boh Shop di Sungai Palas

Ini  kerana angin bertiup agak kuat dan pada ketika itu suhu turun hingga ke 15 darjah Celcius (macam kat New Zealand waktu tengahari musim panas). Kemudian ketinggian altitud tempat ini pula adalah lebih tinggi berbanding dengan Sungai Palas.

Cameron Highlands : Ladang Boh Teashop Habu Ringlet

Seperti juga di negara yang beriklim sederhana, suku sekitaran di Tea Shop Ringlet akan menurun sekiranya terdapat angin yang bertiup kencang. Contohnya jika di Wellington , New Zealand  jika tiada angin bertiup pada petangnya suhu ialah 8 darjah C, jika angin bertiup kuat pada waktu itu juga suhu boleh turun ke 4 darjah Celcius.

Cameron Highlands - Boh Tea Plantation RingletTempat kami minum teh sambil makan scone (macam tart)

Jadi di Tea Shop Boh Ringlet di sini bukan sahaja anda mesti pastikan anak-anak kecil bawa baju panas, malah orang dewasa juga pastikan bawa baju panas terutamanya bagi anda anda yang tak tahan kesejukanwalaupun di dalam air-con di rumah.  Di sini angin yang bertiup kencang boleh menyebabkan muka atau tangan anda menjadi biru dan kebas kerana kesejukan.

 

Cameron Highlands : Ladang Boh Teashop Habu Ringlet

Apa-apa pun kuncinya ialah bawa baju panas, baju panas , baju panas dan baju panas. Dan yang keduanya ialah bawa wang, tiada ATM di sini ya. Jadi sewaktu di Tanah Rata atau sebelum ke sini singgahlah dulu di Tanah Rata untuk mencucuk duit di ATM atau ke bank-bank yang terdapat di sana. Nanti menyesal tak cukup duit nak beli  teh-teh dalam tin ya!!

Dan satu lagi di sini di Tea Boh Shop Ringlet, terdapat teh-teh di dalam tin yang tak boleh anda jumpa di lain-lain tempat di Malaysia kecuali d sini dan di luar negara. Maknanya ada produk teh yang dijual di sini hanyalah untuk produk yang akan dieksportkan ke negara-negara maju sahaja.. Jangan meneyesal tak beli arrrr….. ahaksss🙂 So untuk mak-mak dan akak-kak kaki shopping , sedia duit🙂

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s