Homestay, Resort, Chalet, dan Hotel di Kuala Kangsar

Homestay, Resort, Chalet, dan Hotel di Kuala Kangsar

Kuala Kangsar Homestay, Chalet, Motel,Hotel dan Resort ..hmm, sebelum ke Kuala Kangsar aku surf dulu internet mencari penginapan di sana. Carian dengan Google agak jenuh juga kerana tak banyak penginapan kat sini. Hotel, motel atau chalet Kuala Kangsar tak banyak, mungkin status bandar DiRaja ni yang sederhana saja besarnya berbanding dengan bandar-bandar peranginan lain kat Malaysia ni.

Cari punya cari ada satu tempat penginapan yang agak selesa, sesuai untuk yang berkeluarga tetapi kurang promosinya iaitu Resort Kuala Kangsar. Ada pula yang menyebutnya Resort Sungai Perak . Bahasa Inggerisnya pula Kuala Kangsar Resort. Resort ni mempunyai kawasan yang tersendiri dan mempunyai kemudahan letak kereta yang besar.

Dah alang ke Kuala Kangsar jangan lupa ke tempat menariknya !Banyak ! Check kat pautan tempat menarik ni

Resort Kuala Kangsar aka Resort Sungai Perak aka Kuala Kangsar Resort

Kategori bilik

Bilik eksekutif RM170 -hari mingu/kelepasan/cuti sekolah RM200
Bilik Delux RM110 -hari mingu/kelepasan/cuti sekolah RM130
Bilik Superior RM80 -hari mingu/kelepasan/cuti sekolah RM100
Dorm atau Asrama RM15 setiap seorang dan mesti berkumpulan macam pelajar sekolah, syarikat kelab atau persatuan >TAMBAHAN TILAM PLAK DIKENAKAN BAYARAN RM20

Homestay,Hotel, Motel, Chalet dan lain Penginapan Budget

Hotel yang berikut ni termasuk dalam kategori budget yang biasanya ditemui di rumah-rumah kedai dan tiada kemudahan Tempat Letak Kereta. Tetapi hotel, chalet dan homestay di Kuala Kangsar yang mudah dicari dan promosinya bagus ialah seperti:

Oschalet @ Chalet D’Kampung Mr Os
Chalet Manager – En. Sabki  HP: 012 635 0897
Operation Supervisor- HP : 019 268 7084

Chalet D' Kampung Kuala Kangsar

Foto Ehsan : oschalet.blogspot.com

Dikendalikan oleh team Mr Os ( iaitu pelakon komedi terkenal pada era 80-an yang berasal dari Sayong, Kuala Kangsar)  Lokasi chalet-chalet dan homestay ini ialah 4km dari bandar DiRaja Kuala Kangsar . Chalet-chalet ini memberikan pilihan dari segi harga dan kemudahan-kemudahan yang disediakan adalah bergantung kepada “rate”  yang dikenakan.
Antara kemudahan-kemudahan homestay dan chalet  ialah seperti penghawa dingin ( air-con ), televisyen, mesin basuh , cerek elektrik, rice cooker, di samping ada juga yang menyediakan “kid pool” atau mini kolam renang ,  peralatan memancing, dan bermacam lagi.
Di samping tu anda juga dapat menikmati suasana kampung yang berdekatan dengan Sungai Perak , udara yang nyaman dan bersih dan juga persekitaran kampung – desa yang aman damai dan jauh dari kesibukan dan pencemaran kota dan bandar-bandar besar.  Jika anda ke Kuala Kangsar anda pasti dapat menikmati pengalaman dan merasakan yang ia lebih hebat kepada bandar yang aman dan tenang .
JIka anda datang dari Lebuhraya Utara – Selatan anda boleh keluar melalui Exit Kuala Kangsar, terus menuju ke bandar Kuala Kangsar dan di sini anda boleh bertanya kepada para penduduk di sini, mudah sahaja!!  :-)  Tambahan lagi bandar Kuala Kangsar sering dikunjungi oleh para pelancong dari luar dan dalam negeri ya🙂

Blue Star Hotel,
34 Jalan Raja Chulan, 33000 Kuala Kangsar 05-776 2066 ‎. Yang ni lebih kurang budget hotel

Double Lion Hotel,
120A Jln Besar Tintan, Kuala Kangsar

The Kok Thye Hotel in Kuala Kangsar,
Alamat: 120A Jln Besar Tintan , Tel No 0 5 6221947

Mei Lai Hotel & Restaurant,
7F, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar
Beralamat di 7F, Jalan Raja Chulan dengan Tel No 0 5 861729.

Hotel Kem Hentian Sayong,
Dimiliki oleh Majils Daerah Kuala Kangsar dan Tel No 0 5 7661055

Kuala Kangsar Rest House,
Terletak di Bukit Chandan dan No Telefonnya 0 5 863872.

Tin Heong Hotel
34, Jalan Raja Chulan, Kuala Kangsar,dan Tel No 0 5 862066.

Fun Ah Hotel & Restaurant
Lokasinya No 1, Jalan Dato’sagor, Kuala Kangsar
Kalau nak menginap ni Tel No 0 5 861867.

Bagi korang yang nak menginap di Chalet D’Kampung katakan anda dapat nombor HP diorang dari blogger Jalan-Jalan Cuti-Cuti  https://jalan2cuti2.wordpress.com —  Orang kampung Kuala Kangsar yang udah lame menetap di Johor Bahru  Ahakss 🙂

Kalau udah ke Kuala Kangsar jangan lupa ke lokasi-lokasi menariknya !Banyak ! Klik kat pautan tempat menarik ni. Moh le kiter yop !!🙂 Moh ke maghi !!

One thought on “Homestay, Resort, Chalet, dan Hotel di Kuala Kangsar

  1. Blh x add homestay saya ks lavender homestay
    Kuala kangsar..
    Terletak di taman lavender kuala kangsar
    Teres 2 tingkat,4 bilik tidur dan 3 bilik air.
    Kawasan baru byk kedai2 dan restoran spt kfc ,uncle jimboy western dll.

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s