Tempat menarik di Cameron Highlands : Ladang Kea (Kea Farm)

Tempat menarik di Cameron Highlands : Ladang Kea (Kea Farm)

Tempat menarik di Cameron Highlands ni iaitu Ladang Kea (Kea Farms) juga merupakan salah satu tempat yang korang tak boleh miss , khusus kalau nak bawak ole-ole atau buah tangan balik ke rumah atau kampung halaman korang ya!🙂 Kea Farm ni merupakan tempat di mana sayur-sayuran, buah-buahan dan hasil-hasil pertanian segar Cameron Highlands dijual.

Sayur dan buah-buahan segar di Kea Farm, Brinchang Cameron Highland

Lokasinya cuma 300m jer dari Hotel Equatorial di Brinchang. Kalau kat sini kita memang selalu akan tersua dengan jip Land Rover yg selalu digunakan untuk mengangkut hasil-hasil pertanian segar terus dari ladang-ladang yang terdapat di lereng-lereng gunung sekitar Cameron ni .

Bagi korang yang gemar membeli sayur-sayur segar di sinilah tempatnya, terdapat juga buah-buahan segar yang pelik-pelik juga terdapat di sini. Antara buah-buahan pelik yang korang takkan temui di tempat lain kecuali di Cameron Highlands ni ialah buah cinta(ni menurut kata si penjual buah kat Cameron ni.), buah Tampoi, buah salak, buah dan lain-lain .

Tips Jalan2Cuti2: bagi korang yang nak beli buah Strawberry segar kat sini pastikan korang masukkan buah strawberry dalam peti sejuk beku ais ( kotak gabus yg korang masukkan air batu – air batu ni boleh dibeli kat 7-E kat Tanah Rata )
Ikut pengalaman Krew J2C2 buah strawberry segar ni akan berubah rasanya jadi masam jika terbiar dalam keadaan suhu biasa yang panas dan lembab di bawah sana . Ndak-ndak kalau korang singgah tempat lain selepas turun  dari Cameron Highlands ni. Jadi unutk pastikan kesegaran buah strawberry Cameron ni berterusan pastikan korang bawa peti sejuk beku Ye11

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s