Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

 

Air Papan Chalet

Air Papan Chalet merupakan salah satu tempat penginapan yang terdapat di pantai Air Papan, Mersing. Ianya terletak di pantai Air Papan. Tidak terdapat hotel-hotel atau resort yang bertaraf 4 hingga 5 bintang di sini. Penginapan di sini adalah lebih merupakan budget hotel hotel atau penginapan budget .

 

Sri Mersing Resort, Air Papan

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Bagi anda yang inginkan kemudahan hotel bertaraf 3 bintang dan ke atas silalah mencari penginapan tersebut di bandar Mersing.

Di sini belum ada resort atau chalet yang bertaraf bintang, jadi marilah ke sini dan pengalaman anda tinggal di chalet atau resort Air Papan boleh dijadikan kayu ukur bagi menaraf bintangkan penginapan di sini …ahakkks🙂

Bagi anda yang memilih untuk menginap di sini pantai hanyalah terletak beberapa langkah sahaja dari chalet ini. Berikut adalah chalet-chalet penginapan yang terdapat di sini:

 

Sri Mersing Resort

 

Air Papan Chalet

Disediakan dengan chalet binaan batu bagi yang mempunyai kemudahan penghawa dingin(air-con).Chalet Papan pula bagi yang disediakan dengan kemudahan kipas angin sahaja. Sangat sesuai bagi mereka yang mencari penginapan budget rendah untuk keluarga atau berkumpulan seperti rakan-rakan atau persatuan/kelab.

 

chalet-air-papan-penginapanSri Mersing resort

Tips bawak baju sedikit: Bagi engkorang yang bawak baju sedikit tapi bila sampai kat sini terlebih daftar hari dek kerana terpikat dengan keindahan Air Papan ni, jangan risau kerana kedai-kedai yang menjual baju-baju t-shirt kedapatan dengan jumlah yang agak banyak juga di sini.

Tips Aktiviti Ekstrim: Bagi yang gemarkan aktiviti menyelam dan snorkeling , terdapat juga kedai-kedai aksesori renang dan pakaian yang besedia memberikan perkhidmatan aktiviti jenis ini. Ini samada mereka menjadi agen servis syarikat yang mengendalikan aktiviti ini atau mereka sendiri juga menyediakan perkhidmatan ini. Rajin-rajinlah survey ya!

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Sri Mersing Resort-chalet-chalet

Aktiviti Yang Tiada: Bungee jumping dan Nature -trail!

 

Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

Sri Mersing Resort
Penginapan berbentuk chalet berkembar. Setiap satu chalet mempunyai pilihan 1 bilik+ ruang tamu atau 2 bilik+ruang tamu.
Terdapat juga chalet dengan bilik air yang mempunyai 1 katil king + katil 2 tingkat(sesuai untuk 3 anak di mana tingkat bawah dengan tilam saiz king dan atas tilam saiz bujang-single)
Mempunyai kemudahan swimming pool dewasa dan kanak-kanak(wading pool)
Surau yang agak besar(stand-alone building)
BBQ pit
Dewan makan(untuk berkumpulan sahaja)

 

Air Papan Beach Resort, Mersing

Air Papan Beach Resort, Mersing

 

Air Papan Beach Resort, Mersing, satu lagi penginapan berbentuk chalet dan resort yang agak menarik dan menyediakan penginapan yang mampu anda biaya dan terdapat pelbagai jenis bilik-bilik chalet penginapan yang disediakan

Air Papan Beach Resort ini juga cuma terletak sepelaung saje jaraknya dari pantai Air Papan ya. Jadi boleh memakai swimming gear dari bilik penginapan di sini sambil berjalan kaki ke Pantai Air papan ye!🙂

 

Fishing Bay Resort
Resort menawarkan perkhidmatan jenis pertengahan dan oleh itu kadar bayaran penginapan adalah mid-range.

Mempunyai penginapan chalet jenis standard, family,superior dan deluxe room. Kadar caj penginapan terendah bermula dari RM118.00 (tak termasuk 10% cukai kerajaan dan GST)

Berbanding dengan penginapan chalet yg lain, yang ini menyediakan sarapan pagi untuk 2 orang bagi setiap kategori bilik.

Kemudahan -kemudahan yang terdapat seperti cafe(menu western dan tempatan), bilik karaoke, BBQ pit untuk disewa, swimming pool dan wading pool(kanak-kanak), bilik mesyuarat dengan air-con dan surau.

Lain-lain perkhidmatan jenis adventure yang disediakan:
-snorkeling
-basikal
-kayak
-trekking dengan jurupandu
-banana boat
-memancing laut dalam
-Island picnic lunch
-perlatan permainan sukaneka(telematch)
-beach volleyball
-joran pancing(RM40.00 sehari)

Teluk Godek Beach Resort

Penginapan di sini juga merupakan chalet-chalet penginapan . Jarak dengan pantai hanya beberapa langkah sahaja. Chalet ni kalau engkorang tengok daripada segi fizikalnya memang agak biasa-biasa jek, tapi cuba ke kaunter pendaftaran pastinya agak memeranjatkan juga kerana harganya tidaklah rendah . Mungkin kerana penginapan di sini mendapat permintaan ramai terutamanya pada hari-hari kelepasan am dan hujung-hujung minggu.

 

Tips untuk backpackers: Kalau engkorang rasa harga-harga penginapan kat sini mahal, ni lah masanya untuk pasang dan khemah , entah-entah lagi berbaloi-baloi menikmati keindahan malam di pantai Mersing dengan berkhemah. Lagi best kalau dapat tidur sama mendengar bunyi deburan ombak yang sesekali menghempas di kepala masing-masing.

Tips  Berkhemah : Pastikan korang tau aras pasang dan aras surut pantai, jangan plak tengah malam korang terjaga dalam air  laut pasal  korang pasang khemah tepi pantai masa air surut yeaa…ohhh yeaaa  :) ahakkkss

Tips nak lagi murah: Kalau kat Pekan Mersing tu hotel-hotel memanng la agak tinggi harganya berbanding kat sini, bagi yang datang untuk berkhemah atau camping lebih murah kalau sarapan pagi, tengahari dan malam tu dibuat sendiri. Pancing jangan lupa bawa sekali sebab di sini airnya bersih dan pastinya ikan-ikan kedapatan dengan banyaknya.

Chalet Sri Tanjung
Chalet ini menawarkan kos penginapan berbudget rendah. Jarak chalet hanya beberapa langkah sahaja dari pantai. Harga dari RM80 ke atas

Walaupun Tahun Melawat Malaysia 2014 dah nak sampai ke hujungnya masih belum terlambat untuk korang nikmati percutian hujung tahun ni yeaa..

Tu dia…sedikit sketa Air Papan chalet dan Resort …akan bersambung lagi…

 

17 thoughts on “Air Papan Chalet, Resort dan Lain Penginapan di Mersing

  1. 5 thn lepas pernah dtg ngan member.. memang dah tak tau jalan pasal ikut member je dr belakang..
    dok cari balik pon x ingat.. tgk gambar mcm sama dengan tempat saya pergi dulu..
    Thanks bro… ada harapan nak bawak family dtg sini..

    • Try Google website dia danberhubung dengan pengurus Air Papan Chalet ya

      On 23 May 2015 at 22:10, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

  2. Saya telah cuba talipon & email yg tertera di laman website Air Papan Beach Resort.Tapi sejauh ini panggilan talipon tidak di jawab & email pun undelivered. Mungkin website tidak di kemaskini.Kalau ada info no talipon terkini resort harap dapat email saya – buhari1404@yahoo.com.sg

    • Air papan Beach resort dana alamatnya serta no telefon ni kami perolehi semasa nginap di sana.. Hmm..kena search cari alamat nya nih…

      On 9 July 2015 at 11:35, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

  3. I pun sama dah puas calll semua chalet mahu resort2 dekat air papan dengan nombor yang sedia ada……takde yang mengangkat….. cadang nak wat gathring di air papan 29.1.16…..tapi takde yang mengangkat

    • Hmm, saya pun dah try call Air Papan chalet ni, pon ha… x de siapa yg jawab call. No ni crew Jalan-jalan cuti guna masa ke sana utk sesi dokumentari..mungkin dah guna no lain
      ..atau bankrap..tapi x mungkin….hmmm

    • Try no ni lakk.. +60 7-799 2993 kalau x dpt juga…check pkl bape tepon..jgn time malam orang tidor pun nak tepon…kalau x dapat juga jangan la hantokkan kepala tu kt dinding ye…ahakss…ohhh yea…😉

  4. saya baru kol tadi no. 07-7992384 ada je orang yg jawab nama dia cik ayu tp bln dec ni dah penuh tggl satu bilij jer. hurmm x merasalah jwbnya nak bersantai kat sana 24-26 dec ni. aduh!

    • Hadoiii…admin pun tmpang sedih gak pd cik khalida, tapi Air Papan dan Chalet sana biasanya memang penuh cuti -cuti sekolah , ada yang book awal, seawal dua bulan sebelum tarikh c-in dan c-out. 😦 . Tak meraso lahhh den…

      On 12 November 2015 at 16:08, Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti wrote:

      >

  5. A,salam.. hi saya norra dri muar saya ingin bertanya ada pakej utk keluaga sbb saya ingin menbawa ank2 saya bercuti hujung thun nie..wassalm..

  6. Knape lh susah sgt nk angkt telfon dh byak kali cll tpi x angkt2.sy nk boking chel… Cll hpn pn x dpt.

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s