Tempat menarik di Johor Lama

Tempat menarik di Johor Lama

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Tempat menarik di Johor ini iaitu Johor Lama, atau sekarang ni Kg Johor Lama terletak di tebing Sungai Johor dan berhampiran dengan muara Sungai Johor. Cara ke sini ialah dengan melalui jalan air ataupun jalan darat. Kg Johor Lama ini amat bernilai dari segi sejarah kerana di sinilah tempat perlindungan waris Kesultanan Melaka setelah Melaka dijatuhkan oleh Portugis pada tahun 1511.

Tempat menarik di Johor LamaKg Johor Lama ini adalah kampung bersejarah yang jejak sejarahnya menjangkau ratusan tahun lamanya semenjak Kesultanan Melaka jatuh pada zaman yang lampau. Papantanda dan replika sampan di atas dapat dilihat pada simpang jalan masuk ke Kg Johor Lama ini.

Tempat menarik di Johor ini terletak di dalam daerah Kota Tinggi. Bagaimana nak ke Johor Lama? Bagi anda yang tinggal di Johor dan pernah pergi ke Desaru, ianya cuma memerlukan anda peka pada papantanda arah jalan bagi memastikan anda sampai ke destinasi tempat menarik ni. Bagi anda yang berasal dari luar Johor atau Johor Bahru pun juga tak susah untuk ke sini.

Tempat menarik di Johor Lama

Ok, macam ini caranya untuk ke tempat menarik di Johor Lama. Jika datang dari bandaraya Johor Bahru ikut signboard Kota Tinggi/Mersing. Perjalanan berkereta dari Johor Bahru ini biasanya akan ambil masa 40 minit (tu off-peak hour punya time yer..)Dari Kota Tinggi, ambil arah jalan atau ikut ‘signboard’ ke Desaru, bagi anda yang memandu kereta, setelah 20 minit perjalanan dari simpang Mersing-Kota Tinggi-Desaru, pastinya anda akan berjumpa dengan signboard ke Telok Sengat. Jadi, follow sahaja signboard ke Telok Sengat ini.
Dalam lebih kurang 10 minit memandu anda pun tersua dengan papantanda Kg Johor Lama . Ikut papantanda ini .Tidak lama selepas itu iaitu lebih kurang 5 minit anda pun sampailah ke Kg Johor Lama dan memang memang tak akan terlepas pemandangan dari tebing Sungai Johor yang indah ni.
Tempat yang menarik di Johor Lama memang agak unik. Apabila sampai di sini anda akan disambut dengan papantanda yang berbentuk pintu gerbang mini dan dihiaskan dengan papantanda di mana di bawahnya terdapat juga mini sampan.

Tempat menarik di Johor Lama

Kemudian anda juga akan berjumpa dengan papan tanda pelan yang menunjukkan lokasi tempat menarik di Kg Johor Lama . Rumah-rumah dan bangunan-bangunan yang terdapat di dalam Kg Johor Lama ini seperti Pusat Informasi, chalet-chalet, jeti-jeti, sekolah , masjid dan yang paling penting tempat menarik di Johor Lama ini ialah Muzium Johor Lama.

Walaupun penulis sebelum ni banyak kali jalan-jalan cuti-cuti  ke tempat menarik di dalam Johor dan juga ke tempat orang di lain-lain negeri, memang tak sangka yang di dalam Johor juga terdapat tempat menarik macam ni yang pemandangan amat indah  kerana terletak di pinggir muara Sungai Johor yang sejauh mata memandang. Pantainya pula berpasir dan seronok  bila dapat menjejakkan kaki ke atas pantainya yang butir-butir pasirnya agak kasar dan berwarna kekuning-kuningan

Bersambung lagi.. klik untuk link di bawah…

https://jalan2cuti2.wordpress.com/2014/08/08/tempat-menarik-di-johor-lama-kampung-bersejarah-warisan/
Atau mungkin besar anda hendak tahu Tempat-tempat Menarik di Johor Bahru Klik

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s