Legoland Malaysia – “Apakah The Beginning “?

Legoland Malaysia – “Apakah The Beginning “?
Legoland Johor -The Beginning

Legoland Malaysia bermula dengan satu tempat yang anda kenali sebagai THE BEGINNING atau ertinya Permulaan.The Beginning ni bermula sebaik sahaja anda melepasi Medini Lifestyle Mall di mana anda akan berada di satu dataran yang di hadapan anda ialah Pintu Gerbang entrance ke Legoland. Di sebelah kirinya pula ialah Legoland Hotel bertaraf 5 bintang dan merupaka tempat penginapan alternatif kepada homestay atau motel di sini.

Legoland Johor - tempat makan

Lokasinya di hadapan pintu masuk dan selepas anda melepasi pagar di mana anda serahkan tiket dan diberi gelang tangan. Jadi di sini anda boleh temui pelbagai perkara seperti:
1. Kaunter khidmat pelanggan Legoland – untuk anda berurusan atau ada masalah-masalah yang ingin dibincangkan dengan petugas Legoland.

Legoland Johor - tempat makan

2. Lost Parent- iaitu tempat di mana kanak-kanak yang hilang di bawa ke tempat ini sementara petugas Legoland menyiarkan melalui PA System . Jadi bagi ibu bapa jika anda kehilangan , cepat-cepat beritahu petugas di sini dan mereka akan segera mencari anak anda dan membawanya ke sini.

3. Mesin ATM untuk anda keluarkan wang- memang tak sah kalau ke sini tak shopping walaupun sedikit. Setakat yang Krew J2C2 tahu di sini terdapat satu sahaja iaitu Maybank ATM. Jadi bagi anda yang tidak mahu caj RM1 bagi lain-lain bank bukan Maybank,  keluarkan kan lah duit anda sewaktu di luar iaitu di Medini Lifestyle Mall. Terdapat banyak ATM di sana.

Legoland Johor - the BeginningFoto atas : Di sebelah Brick Shop ini terletaknya Pejabat Khidmat Pelanggan, Lost Parent  dan sebagainya

4. Surau – satu di antara bilik-bilik solat yang terdapat di dalam  kawasan taman tema

5. Bilik air atau Tandas

6.The Big shop atau kedai besar, terdapat mainan Lego dan lain-lain cenderahati bertemakan Lego

Legoland Johor - the Beginning

7. Mini Market jualan produk Lego – enough said , semua bebarang Lego ada kat dalam ni.

8. The Brick Shop Lego– jualan mainan lego dan lain-lain ‘souvenir’

9. The Brick Shop photos untuk anda bergambar – khidmat ambil gambar oleh krew-krew Brick Shops

10. The Cafe – minuman dan makanan, rehat .Juga di antara beberapa restoran yang terdapat di dalam Legoland Johor.

11. Sewa Locker – unutk simpan barang-barang dengan selamat , terdapat banyak lokasi locker dengan bayaran wang syiling ikut jam.

12. Sewaan Stroller – bagi yang datang dari jauh dan bawa anak kecil memang amat digalakkan bawa stroller kerana anak-anak kecil pastinya kepenatan dan apabila anak-anak kecil penat mereka minta didukung. Bila anak anda minta didukung jalan keliling dalam kawasan seluas 50 ekar , pastinya bahu dan lengan anda rasa nak tercabut! ahakss  !! Jadi jika terlupa bawa stroller pihak Legoland ada sediakan sewaan stroller dengan bayaran  ya.

Kawasan dalaman taman tema Lego Malaysia  agak luas juga iaitu 50 ekar dan pastinya jarak yang anda tempoh di dalam ni jauh. Pastinya selepas tidur atau recharge mereka akan segar semula dan berlari-lari kat dalam ni. Awas! Anak-anak mungkin tak mahu balik dan keluar dari Legoland

13. Ruang merokok – bagi perokok tegar anda dikehendaki merokok di sini dan dilarang oleh petugas jika merokok di lain-lain kawasan . Amat dilarang merokok di lain-lain tempat memandangkan ramai kanak-kanak berada di Legoland .

Tips Legoland Johor Jalan2Cuti2 – Bersedia lah dengan segala kelengkapan kerana anda akan menghabiskan masa selama 8 jam atau lebih di sini. Legoland ini bukan sahaja merangkumi permainan di luar atau “outdoor” malahan terdapat beberapa permainan yang bercorak hiburan dan pendidikan (educational). Bagi permainan jenis ini ia memerlukan anak-anak anda masuk ke dalam ruangan berhawa dingin ditemani oleh ibu bapa iaitu anda. Biasanya ia berkonsepkan permainan Lego dan memerlukan daya kreativiti anak-anak anda. Di sini anak-anak anda akan menghabiskan tidak kurang 2 jam bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang telah disediakan oleh pihak Legoland. Awas! anak anda mungkin tak nak di bawa keluar dari sini!! Get ready, get set, stay !!🙂

Mahu cari penginapan untuk ke Legoland Malaysia, bawa kereta dan terus berhenti di depan pintu ? Klik sini untuk penginapan di Bandar Taman Bukit Indah 7 minit ke Legoland Malaysia

One thought on “Legoland Malaysia – “Apakah The Beginning “?

  1. Pingback: Apakah Technic Twister : Legoland Malaysia – Tempat menarik dekat Johor Bahru dan taman tema | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s