Traders Hotel, Puteri Harbour dekat Legoland Malaysia

Traders Hotel, Puteri Harbour dekat Legoland Malaysia

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

Traders Hotel ,ok, kali ini kami akan bawa anda jenguk-jenguk ke Traders Hotel, Puteri Harbour yang tak jauh dari Legoland Malaysia, iaitu lebih kurang 10 minit dari Legoland Malaysia dan 15 minit dari pusat bandar yang terdekat iaitu Bandar Bukit Indah Johor Bahru. Ia juga merupakan antara hotel yang dekat dengan Legoland Malaysia (hotel near Legoland Malaysia).Ia juga adalah alternatif kepada penginapan homestay yang terdapat di sekitar Legoland Malaysia dan Bandar Bukit Indah, bandar terhampir dan paling lengkap di Nusajaya.

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

Bangunan di sebelah kanan hujung, ialah bangunan Taman Tema Dalaman Hello Kitty (termasuk The Little Big Club) yang menempatkan Lat’s Place Themed Restaurant dan juga Toys R Us. Bangunan di sebelah kiri dan kanan hadapan , kedua-duanya ialah bangunan Traders Hotel dan penulis serta Krew J2C2 berada di atas Skybridge ketika gambarfoto ini diambil.

Bagi yang berkesempatan dan mampu untuk menginap di Traders Hotel , di Puteri Harbour ini ia menjanjikan pemandangan yang indah suasana sekitar harbour dan pemandangan Pusat Pentadbiran Baru Kerajaan Negeri Johor (Nota : Tempat menarik di Johor Bahru Dataran Mahkota Kota Iskandar) yang hanya terletak kira-kira 500m sahaja dari Puteri Harbour ini.

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

Traders hotel ini sebenarnya mempunyai kadar hotel rate yang lebih rendah daripada hotel rate Legoland Hotel Malaysia. Iaitu paling minimum berharga Rm500 semalam untuk bilik yang dapat memuatkan dua orang, memandangkan ianya adalah hotel berkelas 5 bintang dan harganya adalah bersesuaian denga taraf hotel ini .

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

 Gymnasium House di atas podium
traders hotel alternatif homestay legoland malaysiaFoto di atas ialah  salah satu pemandangan dari bilik Traders Hotel yang menghadap pemandangan indah Puteri Harbour di , Kota Iskandar Nusajaya. Nun di hujung sana ialah bangunan Kompleks Kastam dan Jeti Antarabangsa yang menyediakan khidmat feri ke Singapura dan Indonesia

Hotel rate Traders Hotel di atas adalah bilik jenis Deluxe Harbour view iaitu bilik yang mempunyai pemandangan ke arah Puteri Harbour. Dengan menginap di bilik hotel jenis ini korang akan dapat melihat pemandangan indah terutamanya pada waktu pagi suasana bot-bot atau kapal layar kecil sedang berlabuh di harbour .

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

Sebenarnya Traders Hotel di Puteri Harbour ini adalah di bawah kepunyaan Shangri-La hotel (itu sebabnya kalau korang tengok sign Traders Hotel, di bawahnya ada perkataan tulis -“by Shangri-La”), iaitu rangkaian hotel international yang amat ternama di seluruh dunia .

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

 

Gambarfoto di atas menunjukkan lobi lif ke bilik-bilik hotel di Traders Hotel Puteri Harbour kat Nusajaya

Walaubagaimanapun  hotel rate di Traders Hotel ini adalah untuk penginapan atau accommodation satu bilik jenis Deluxe Room. Bagi bilik jenis high end iaitu hotel rate untuk Executive Suit ialah sehingga RM1070 semalam.

traders hotel alternatif homestay legoland malaysia

Berbeza dengan hotel rate untuk Hotel Legoland Malaysia yang serendah RM725 untuk bilik hotel jenis Kingdom Themed yang dpt memuatkan lima orang sehinggalah hotel rate setinggi rm1560 untuk jenis Kingdom Themed Suite yang dapat memuatkan lebih daripada 5 orang tetamu hotel.

traders hotel alternatif homestay legoland malaysiaSalah satu ruang pandang yang menghubungkan bangunan ke sebelah  bangunan yang lain  di mana penulis berada, sebenarnya Traders Hotel ini mempunyai bangunan-bangunan hotel yang bersambung di atas satu sama lain dengan Skybridge.

Ok, itulah dia serba sedikit tentang Traders Hotel di Puteri Harbour , Nusajaya ya….

Bagi anda yang ingin mencari rumah percutian (vacation home) atau homestay terutamanya yang berkeluarga besar dan mahukan kemudahan seperti shopping complex Jusco Aeon Bukit Indah , Tesco Bukit Indah, kedai-kedai dan pada masa dekat pula dengan Legoland Malaysia sila ke laman homestay di sini

 

 

One thought on “Traders Hotel, Puteri Harbour dekat Legoland Malaysia

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s