Air Papan Chalet Adventure : Restoran Tepian Bendang

Air Papan Chalet Adventure : Restoran Tepian Bendang

Air Papan Chalet kini kembali lagi dalam siri jalan-jalan cari makan di Air Papan, Mersing. Ok, pada post yang lepas kita jenguk-jenguk sebentar ke restoran tepian bendang yang menjadikan tempat makan ini unik dan jarang-jarang ditemui . Lokasinya terletak di Kg Air Papan dan terletak di tepian jalan utama dan menariknya di dalam kawasan sawah menuju ke pantai Air Papan.

Sekarang ni kita sambung lagi persinggahan kita orang ke tempat makan di Air Papan yang mana ianya adalah restoran yang terletak dalam kawasan sawah padi ni ya. Kalau kita tengok pada foto di atas untuk ke restoran ni perlu menyeberangi anak sungai melalui titian papan yang cantik ni.

-f157OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Cuba tengok si Ieman tu, nampak sangat dia “excited” dengan air anak sungai yang jernih lagi bersih di sini . Jadi tak hairanlah di hujung sana nun ada pemancing sekeluarga yang sedang memancing ikan tatkala kami sampai ke sini.

Bagi yang datang atau singgah ke tempat makan ini dengan kereta, anda  bolehlah letakkan kereta di tepi jalan dan melintasi titian papan ke sini.

Bagi anda yang ke tempat makan ini ini pada  waktu tengahari di antara 11 hingga 1.00 petang  adalah ‘time ‘yang paling sesuai sekalui untuk menjamu selera kerana waktu ini disediakan pelbagai menu makan tengahari secara berpakej ataupun ala-cart. Lauk-pauk yang disediakan juga beraneka jenisnya.

-f158air papan chalet

Sambil menunggu hidangan di tempat makan ini anda akan dapat pemandangan di sekitar sini sungguh permai dan indah. Foto di atas menunjukkan anak sungai yang kami lintasi tadi. Nun di hujung sana jalan menuju ke pantai Air Papan di mana pemandangannya cukup memukau  perasaan. Lebih-lebih lagi menarik hati dan kata omputeh ‘breathtaking view’   kerana anda akan  dapat lihat pemandangan desa dihiasi dengan bukit-bukau yang menghijau di ufuk sana yang mana di sebalik bukit-bukit tersebut ialah pantai Teluk Pengail yang juga sebahagian daripada Air Papan.

f-169air papan chalet

Bagi anda yang kali pertama ke sini jangan risau, anda takkan sesat kerana di sini terdapat banyak papan tanda yang akan menunjukkan anda jalan ke patai Air Papan ya.🙂

f-159air papan chalet

Now, jika anda tengok foto di atas, ini lah dia Restoran Tepian Bendang ,Kg Air Papan. Jarak restoran ni ke Air Papan cuma 5 minit sahaja.Kalau nak parking depan restoran pun boleh, tapi tengahari biasanya penuh, jalan berkereta ke sini agak jauh iaitu di hujung corner jalan yg ada papan tanda seperti ditunjukkan pada foto di atas. Kalau tak korang parking macam kami parking tepi jalan. Senang, dan boleh nikmati pemandangan anak sungai di kawasan sawah Air Papan ni.

-f160OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Inilah dia foto ruang di dalam Restoran Tepian Bendang ni. Restorannya juga agak besar saiznya dan menurut pada pandangan penulis, inilah restoran yang terbesar dan eksklusif berbanding dengan tempat makan di Air Papan  lain yang kebanyakan berupa seperti gerai, warung dan kedai-kedai makan kecil.

-f162,163,

air papan chaletAir Papan, Mersing  menjanjikan pemandangan nan indah, unik dan pastinya berbeza dengan destinasi-destinasi percutian yang lain. Lihat saja foto di atas pemandangan seperti ni cuma boleh anda temui pada musim menuai sahaja iaitu pada bulan Januari- Mac saja, pemandangan bendang yang dipenuhi dengan jerami-jerami kering , saujana memandang hingga ufuk nun jauh di sana. Di sini korang dapat dua pemandangan indah iaitu suasana kampung disertai dengan pemandangan sawah padi dan pemandangan suasana percutian di pinggir pantai Laut China Selatan.

air papan chalet

Sementara menunggu hidangan utama iaitu asam pedas sawah sampai, Krew J2C2 sempat menjejakkan kaki ke pinggir sawah. Walaupun masa menunggu sedikit lama, penantian di tempat makan  ini  tak terasa lama dan tidak pula terasa membosankan. Sebabnya pemandangan yang indah terbentang kawasan sawah di Air Papan ni amat menyejukkan mata dan mendamaikan perasaan.

-f164air papan chalet

Kelihatan di atas , asap berkepul-kepul yang berpunca daripada aktiviti membakar jerami yang telah dituai buah padi. Sewaktu kami ke sini kami diberitahu oleh pemilik restoran yang kini kebanyakan sawah-sawah padi di sini di dalam musim menuai.
-f165air papan chalet
Aha, walaupun penantian menunggu asam pedas Air Papan ni agak lama , akhirnya tibalah masa untuk makan tengahari (dah petang pun sebabnya waktu dah tunjuk 2,00 petang ++). Si kecik ni pun dah tak sabar-sabar lagi nak makan…

Tips Jalan-jalan Cuti-cuti : Datang ke sini antara pukul 11pagi hingga 1petang unutk nikmati full menu makan, selepas tu kebanyakan menu dah habis dan tinggal menu asam pedas dan ayam goreng sahaja….

Bersambung lagi..jangan lupa follow up..isikan borang

One thought on “Air Papan Chalet Adventure : Restoran Tepian Bendang

  1. Pingback: Tempat makan di Johor Bahru : Restoran Nabiha dan Zaiton Indah | Makan Angin, Jalan-jalan, Cuti-cuti

Komen le ape-pe

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s